Resepi Tomyam Ayam Simple Sedap Kuah Pekat Ala Thai (Campur)

Resepi tomyam

Jika anda suka masakan tomyam ayam atau campur asli berasal dari Thai, pasti tahu versi yang mana paling sedap samada berkuah putih atau tom yam kung warna merah dan pedas atau rahsia resepi yang simple tapi sedap, kan?

Resepi tomyam ayam dikatakan adalah dari jenis yang dicampurkan dengan pelbagai bahan dan sangat mudah dibuat guna pes asal dari siam yang halal untuk orang Islam kini banyak dijual di kedai atau pasar raya besar.

Kepada anda yang ingin tahu cara buat tomyam kuah pekat yang ringkas dan kaw-kaw rasanya, kami kongsikan resepi paling sedap yang telah menarik perhatian ramai di media sosial yang mana netizen telah mengakui sangat power.

Resepi Tomyam Ayam Paling Sedap Ala Thai


Tomyam resepi kuah pekat dan sedap ala Thai

Perkongsian resepi tomyam ayam air tangan dari Puan Dina Amalina Nordin mengatakan beliau mendedahkan rahsia yang tersembunyi selama ini bagaimana untuk sedapkan masakan tom yam seperti makan di restoran siam.

Malahan beliau turut tunjukkan langkah demi langkah cara-cara untuk memasak berserta dengan gambar-gambar bahan-bahan asal masakan ini yang sangat mudah caranya tanpa tunggu lama katanya.

Untuk tomyam, dia akan pastikan kuahnya sentiasa pedas, masam dan pekat. Jika anda sukakan masam boleh juga lebihkan bahan yang diperlukan manakala untuk pes pula adalah resipi original dan halal dari Thailand.

Bahan-Bahan Penting

Resepi tomyam ayam simple

  • Bawang besar atau bawang Holland belah 4
  • Cili api diketuk
  • Daun ketumbar
  • Daun limau purut
  • Serai perlu diketuk
  • Air asam jawa atau pes
  • Cili kisar atau cili boh
  • Pes tomyam Madam Pum
  • Ayam, daging, sotong atau udang
  • Lobak merah
  • Cauliflower atau bunga kobis
  • Baby jagung
  • Buah tomato dibelah empat
  • Sedikit cendawan



Cara-Cara Membuat

1. Masukkan air mengikut sukatan tomyam yang diinginkan dengan bawang besar yang telah siap dibelah empat serta cili api, kemudian didihkan sebentar.

2. Masukkan cili kisar iaitu cili kering atau cili boh sehingga ia mendidih sepenuhnya. Kemudian masukkan pes tomyam, jangan kedekut sekiranya anda mahukan masakan tom yam anda lebih sedap dan kaw-kaw.

3. Masukkan ayam atau daging, seafood, sotong serta udang. Sila tunggu sehingga ayam menjadi masak dan empuk sedikit. Seterusnya masukkan serai yang telah siap diketuk.

4. Diikuti dengan daun limau purut, carrot, pes asam jawa brand Adabi. Kemudian rasakan dulu masakan tersebut samada cukup masin dan masam semuanya lengkap. Lalu ditambahkan dengan garam.

5. Selepas itu giliran sayuran seperti baby corn, bunga kobis dan celery, cendawan dan tunggu sehingga ia mendidih.

6. Masukkan pula buah tomato dan kacaukan sekejap. Tutupkan api, masukkan daun ketumbar. Siap dan mudah tak?

Menurut Puan Dina, beliau masak tomyam tak pernah sekali pun dengan cara tumis kerana pes tom yam telah pun berminyak, begitu juga dengan ayam, jadi campurkan saja kesemuanya.

Saya masukkan cili kisar dan cili boh untuk dapatkan warna yang merah dan kelihatan cantik serta rasa pedas sedikit. Saya tidak gunakan perahan air limau sebaliknya guna air asam jawa kerana ia akan jadi lebih sedap, masam dan pekat.

Saya sangat sukakan tomyam, so saya banyak kali try and error sehingga terjumpa cara ni yang paling terbaik dan dapat makan puas hati satu keluarga tanpa perlu lagi order di mana-mana kedai.

Sekiranya anda ada daging sebaiknya dimasukkan dalam masakan lebih awal, manakala udang atau sotong perlu dimasukkan kemudian bersama dengan sayur-sayuran kerana sotong dan udang akan cepat masak.

Untuk sayuran yang jenis keras seperti carrot harus dimasukkan di awal masak berbanding dengan semua sayuran lain yang dimasukkan kemudian. Buah tomato pula adalah yang paling terakhir kerana ia cepat lembik.



Masakan Lain Yang Mungkin Anda Suka


Kesimpulan

Macamana susah tak nak buat, mudah saja kan? Sebenarnya, masakan tomyam mempunyai bermacam resepi yang berbeza diolahkan oleh mereka yang pakar masak dengan kreativiti tersendiri menjadikan ia lebih sedap dimakan.

Antara yang biasa dimasak serta menjadi pilihan orang Malaysia seperti tomyam putih, merah, tanpa santan atau pes, tak dimasukkan serai, tiada lengkuas dan banyak lagi tetapi resepi tradisional paling disukai ramai.

Begitu juga dengan olahan cara masak dan bahan lain yang dicampurkan selain seafood, ayam dan daging, ada juga ikan dan sebagainya. Jika anda inginkan sesuatu kelainan dalam masakan tomyam anda juga boleh mengolahkan sendiri.

Resepi tomyam yang jadi viral adalah daripada mereka yang pakar memasak seperti Azie Kitchen, Sheila Rusly, Che Nom dan semestinya siam mari, anda boleh juga melihat bagaimana mereka menyediakannya di laman sosial.

Semoga perkongsian Dina Amalina Nordin resepi tomyam ayam yang sedap dan simple saja cara membuatnya ini dapat membantu anda untuk sediakan di rumah dengan jayanya. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog