1001 Khasiat Daun Durian Belanda Terbukti Berkesan Cegah Penyakit

Khasiat daun durian belanda

Khasiat daun durian belanda sememangnya telah terbukti amat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia serta dapat mencegah berbagai jenis penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, sakit gout, buah pinggang, jantung, darah tinggi dan sebagainya.

Nama saintifik buah durian belanda adalah Annona Muricata dan maksud dalam English pula Soursop yang mempunyai kelebihan yang tersendiri serta menjadi perhatian ramai pakar perubatan yang membuat kajian akan kebaikkannya.

Khasiatnya bukan saja terdapat pada buah tetapi merangkumi keseluruhan pokok bermula daripada isi, kulit, batang, pucuk muda atau tua yang mempunyai keajaiban menakjubkan dijadikan ubat dan penawar penyakit.

Untuk buah pinggang, kulit, jantung, kanser, gout, kencing manis

Kandungan glukos, frukosa, vitamin C dan antioksidan yang tinggi terdapat pada buah yang boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus manakala air rebusan daun durian belanda menjadi pilihan ramai untuk mencegah sakit.

Rasa manis asli dan lemak berkrim membuatkan buah ini disukai sesiapa saja yang memakannya. Namun, ia lebih baik dimakan ketika tidak terlalu masak kerana dikhuatiri nutrisi akan hilang apabila terlalu lembik.

Daunnya juga dijadikan teh atau minuman herba mengubati serta mengurangkan keradangan selain dapat mengawal penyakit kencing manis dengan baik sekali dengan hanya meminumnya sahaja.

Khasiat Daun Durian Belanda Untuk Penyakit


Buah durian belanda

Kelebihan buah dan daun durian belanda terbukti memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian manusia yang memerlukan 60 Miligram (MG) Vitamin C bagai mencapai tahap kesihatan yang baik dan ideal sepenuhnya.

Berikut adalah antara manfaat dan khasiat daun durian belanda yang sering digunakan dalam perubatan tradisional petua nenek moyang untuk melawan penyakit kita termasuk kaedah moden dengan kajian terperinci.

  • Kencing Manis
  • Kolestrol
  • Demam
  • Darah tinggi
  • Ubat kanser
  • Buah pinggang
  • Jantung
  • Kulit
  • Sakit gout
  • Cyst

1. Merawat Penyakit Kanser

Khasiat daun durian belanda untuk kanser telah membuktikan sangat efektif melebihi daripada kimoterapi serta turut boleh membunuh sel kanser payudara dan sebagainya.

Begitu juga dengan buahnya yang dapat menghalang dengan berkesan terhadap Angiogenesis iaitu satu proses pembentukan saluran darah baharu yang merupakan titik permulaan pertumbuhan kanser tumor.

Selain itu, ia turut dapat menyekat pembiakan virus anti keradangan serta mengurangkan kesan lebam, anti mikrob dan anti parasit dengan baik sekali.

Satu hasil kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Purdue di Amerika Syarikat mendapati penggunaan daun buah durian belanda ini rebus dan minum airnya dapat merawat berbagai jenis kanser seperti:

  • Payudara
  • Prostat
  • Paru-paru
  • Kolorektral
  • Hati
  • Tiroid
  • Serviks
  • Nasofarink
  • Limfoma
  • Dan lain-lain

Walau bagaimanapun, fakta yang mengaitkan buah ini dapat mengubati kanser dikatakan ada keraguan kerana katanya tidak semestinya hanya satu kajian saja dapat menyembuhkan penyakit tersebut.

Apa yang pasti, kajian di Amerika tersebut berpendapat buah ini mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser adalah benar tetapi yang diragukan adalah hanya sekali kajian sahaja. Wallahualam.

2. Atasi Penyakit Anemia

Ia adalah salah satu antara pembekal zat besi dalam badan manusia serta melancarkan perjalanan oksigen dalam darah apabila kita mengambilnya dengan konsisten.

3. Meredakan Kencing Tak Lawas

Amalan pengambilan buah durian belanda sangat membantu pesakit kencing tak lawas kerana kandungan ferum atau iron di dalamnya mampu bersihkan buah pinggang dan memperbaiki sistem penghadaman manusia.

Malahan, ia dapat mengurangkan risiko berdepan dengan penyakit batu karang yang biasanya terbentuk daripada mendapan garam galian dalam badan.

4. Mencegah Osteoporosis

Elemen kandungan sodium yang terbaik dan amat tinggi yang terdapat di dalamnya iaitu sebanyak 14 MG/ 100gram, Phosphorus dan Potasium pula dalam kadar 278 MG / 100 gram telah menjadikan ia sangat istimewa.

Mengapa? Kerana ia sangat memberi manfaat untuk manusia yang mana ia dapat menguatkan tulang, membina semula serta turut merawat penyakit tulang Osteoporosis ini.

Walau bagaimanapun, untuk melihat hasil serta kesan yang maksimum dalam aspek kesihatan seseorang adalah berpandukan kepada setiap kuantiti yang dimakan olehnya.

5. Melegakan Migrain atau Sakit Kepala

Ya, benar ia dapat mengurangkan migrain dan melegakan sakit kepala yang sering berlaku apabila terdapat kandungan bahan kimia seperti serotonin yang boleh mengecilkan saluran darah seseorang.

Baca : Cara Buat Jus Durian Belanda (Smoothie)

Kelebihan Buah Durian Belanda


Saraf, darah tinggi, ibu hamil, demam, cyst, fibroid, gastrik

Isi yang berwarna putih dan buah berduri lembut ini mempunyai kandungan antioksidan yang amat baik berkesan untuk meningkatkan daya tahan serta turut melambatkan proses penuaan manusia.

Buah yang dipercayai berasal daripada negara Peru, Mexico dan Argentina ini serta kini banyak ditanam di seluruh dunia sangat banyak manfaat untuk kesihatan dan antaranya adalah seperti berikut:

  • Membekalkan tenaga dan badan bertambah segar
  • Merawat kekurangan air dalam badan
  • Menjadikan tidur lena dan tenang
  • Merawat ulser mulut
  • Mengawal tekanan darah dan hipertensi
  • Mencegah keracunan makanan dihadapi oleh bayi
  • Merawat buasir
  • Mengawal jangkitan ringan pada hati
  • Merawat demam
  • Menguatkan sistem imunisasi
  • Menghalang jangkitan parasit dalam badan
  • Mengawal kandungan gula dalam darah
  • Melegakan sakit belakang badan
  • Merawat masalah kulit mengelupas
  • Anti penuaan yang kuat
  • Merawat kaki bengkak
  • Atasi masalah rambut gugur dan kelemumur

Petua Tradisional Cara Kampung


Petua terbaik dengan cara merebus daun durian belanda serta meminum air rebusan boleh membantu pesakit untuk merawat dan melawan berbagai jenis penyakit seperti yang dikongsikan oleh Salimah Olie di laman Facebook.

Kebaikan dan kelebihan

1. Kanser

10 helai daun durian belanda yang tua dan rebus bersama 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga ia menjadi satu gelas air saja. Minum air rebusan itu 2 kali sehari, selama 2 minggu atau sehingga kanser sembuh.

2. Hilangkan Sakit Pinggang

Ambil 20 helai daun dan rebuskan dengan 5 gelas air. Tunggu sehingga mendidih serta jadikan sebanyak 3 gelas air saja. Seterusnya, minum ¾ gelas air rebusan setiap hari sekali.

Cara ini juga boleh digunakan untuk sakit belakang juga atau sakit urat dan sebagainya. Lihat hasilnya setelah menggunakan petua ini, walau bagaimanapun, ia berdasarkan dengan antibodi seseorang.

3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh

Khasiatnya terbukti mampu kuatkan daya ketahanan badan. Guna 5 helai daun durian belanda. Rebuskan dengan 4 gelas air. Apabila mendidih dan biarkan ia menjadi segelas dan sekali sehari.

4. Kencing Manis (Diabetes)

Daun durian belanda untuk kencing manis telah jelas terbukti dapati mengatasi penyakit ini, minum air rebusan daun ini sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil.

Ini memang benar, ia boleh menurunkan kolestrol dan telah ramai pesakit diabetis yang mengamalkan petua ini serta membuktikan bacaan kadar gula mereka semakin baik.

5. Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi atau Hipertensi antara faktor utama yang boleh terjadinya penyakit strok. Jika anda ada tanda-tanda penyakit tersebut, disarankan amalkan minum air rebusan daun ini untuk stabilkan tekanan darah.

6. Mengatasi Masalah Buasir

Air dan jus

Untuk atasi masalah buasir kronik, guna 10 helai sahaja yang tua dan rebuskan dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Apabila ia suam, minum sekali sehari sehingga sakit buasir anda sembuh.

7. Ubat Sakit Urat Saraf

Daunnya dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf. Rebus 10 helai daun yang tua tetapi warna daunnya masih hijau pekat.

Bersihkan daun-daunnya, kemudian rebuskan dengan sukatan sebanyak 2 gelas air, didihkan sehingga menjadi segelas. Minum air rebusan itu 2 kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

8. Merawat Sakit Gout

Banyak perubatan alternatif yang turut gunakan daun ini sebagai penawar dan ubat mujarab. Cara penggunaan adalah dengan dihiris halus selepas dibersihkan dan rebus bersama dua cawan air sehingga jadi secawan.

Apabila ia telah menjadi suam-suam suku boleh diminum untuk dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang sehingga sakit gout anda berkurangan dengan cepat.

9. Mengubati Ekzema

Cara guna adalah dengan tumbuk sehingga lumat daunnya yang diambil untuk beberapa helai kemudian disapukan ke bahagian yang sakit atau tempat yang terdapat punca ekzema.

Video Penerangan Kebaikan Buah Ajaib


Di bawah ini pula adalah video penerangan lengkap yang diambil daripada channel YouTube milik jutawan yang juga seorang artis terkenal dan pengusaha produk durian belanda iaitu Datuk Rosyam Nor.


Baca : Resepi Air Balang Soursop Untuk Bisnes

Kesimpulan

Sebenarnya masih banyak maklumat tentang kebaikan buah ini, walau bagaimanapun informasi yang dikongsikan di atas adalah antaranya yang sering diperkatakan oleh ramai orang di mana-mana.

Anda boleh mengambil produk atau ubat-ubatan yang dihasilkan berasaskan buah durian belanda yang dijadikan kapsul atau cecair untuk mengubati pelbagai jenis gejala, simptom dan mencegah banyak penyakit yang dihidapi.

Untuk maklumat lanjut tentang ubat yang diperbuat dari buah ini samada kering atau segar dan teh daun durian belanda, kami sediakan pautan di bawah sebagai rujukan bagi memudahkan semua orang untuk dapatkan info tepat dan lengkap.

Turut disertakan pautan pembekal buah durian belanda yang boleh anda beli secara online sekiranya anda memerlukannya di masa akan datang dan harga yang dijual agak murah dan sangat berpatutan.


Jika anda mempunyai pengalaman minum teh atau air daripada daun durian belanda yang menjadi penawar penyakit atau sebab tertentu, anda boleh kongsikannya di sini untuk kebaikan mereka yang memerlukan.

Itu saja serba sedikit tentang kelebihan buah dan khasiat daun durian belanda ini, diharap ia dapat membantu serta bermanfaat buat anda semua demi kesihatan yang lebih baik dalam kehidupan. - Bukit Besi Blog

Petua Hilangkan Masalah Kencing Tak Lawas Lelaki & Wanita

petua hilangkan kencing tak lawas

Berasa sakit atau tidak puas membuang air kecil dan ingin pergi lagi ke tandas selepas baru saja 5 minit masuk, itu bermakna kencing tak lawas. Ia bukan perkara biasa dan wajib dirawat, sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda, penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa saja.

Tugas harian pasti akan terganggu apabila anda kerap ke tandas kerana kencing tidak lawas dan apabila membuang air kecil hanyak sikit-sikit saja keluar. Lebih teruk lagi jika berlaku pada waktu malam pasti tak boleh tidur dengan selesa.

Untuk mengurangkan, mengatasi atau meredakan masalah kencing tak lawas, anda boleh mengamalkan petua tradisional menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk mengubati dan merawat penyakit ini untuk menghilangkan rasa tidak puas membuang air kecil.

Petua Hilangkan Kencing Tak Lawas


cara hilangkan kencing tak lawas

1. Daun Sirih

Guna beberapa helai daun sirih dan rebuskan sehingga mendidih. Minum air rebusan daun sirih tersebut sebanyak dua kali sehari dan lihat hasilnya.

2. Biji Barli

Kencing tidak lawas boleh diubati dengan meminum air rebusan biji barli dan selain itu ia juga mampu memperbaiki saluran air kencing serta dapat menyejukkan badan.

3. Buah Nenas

Guna buah nenas yang tidak terlalu masak dan kupaskan kulitnya. Kisarkan menggunakan blender serta tapiskan, minum air nenas tersebut dan amalkan dua kali sehari. Insya Allah, sembuh.

4. Air Basuhan Beras Terakhir

Guna air basuhan beras yang terakhir atau yang kali ketiga. Masukkan ke dalam gelas serta amalkan minum air basuhan beras tersebut ketika selesai makan tengahari. Amalkan setiap hari sehingga masalah kencing tak lawas tiada lagi.

5. Durian Belanda

Dapatkan buah durian belanda yang tidak masak dan ambilkan isinya seterusnya didihkan dengan air. Setelah mendidih dan biarkan sehingga suam. Masukkan gula sedikit dan minum. Amalkan selalu supaya kencing tak lawas anda itu hilang.

6. Lobak Putih

Parut atau blender lobak putih dan sebaiknya diparut sebatang lobak putih sehingga menjadi segelas air. Minum air tersebut sebelum masuk tidur selama 3 hari tanpa skip. Jangan lupa bacaan selawat serta amalkan setiap minggu dan sebulan sehingga tiada lagi masalah buang air kecil tak lawas.

7. Air Masak

Air masak adalah ubat yang paling terbaik untuk menghilangkan masalah kencing tak lawas. Jadi, mulai sekarang pastikan anda sentiasa mengamalkan minum air masak dengan banyak setiap hari.

Baca : Khasiat Pokok Semambu

Cara Mencegah Kencing Tak Lawas

petua atasi masalah kencing tidak lawas

Cara mengatasi masalah tak lawas membuang air kecil boleh diamalkan seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui portal rasminya di MyHEALTH.

  • Minum air yang banyak
  • Amalkan pemakanan seimbang dan kurangkan lemak
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan buah-buahan
  • Jaga berat badan yang ideal elakkan gemuk
  • Sentiasa bersenam
  • Kurangkan tertekan atau stress
  • Amalkan hubungan suami isteri yang sihat
  • Elakkan hubungan haram
  • Jaga kebersihan diri dan persekitaran
  • Elakkan kecederaan di bahagian perineal ketika bersukan basikal atau kuda
  • Jangan menahan membuang air kecil
  • Jangan meminum air minuman haram ia merosakkan masalah kencing
  • Dapatkan rawatan doktor jika ada gejala kencing tak lawas

Gejala dan Tanda-tanda Kencing Tak Lawas

  • Rasa tak puas selepas kencing
  • Air kencing menitik selepas buang air kecil
  • Kerap rasa nak buang air kecil
  • Rasa sakit atau pedih ketika kencing
  • Saluran air kencing seperti tersekat-sekat
  • Terpaksa meneran ketika mula-mula nak buang air kecil
  • Air kencing meleleh secara tiba-tiba sedangkan tak buang

Petua Atasi Kencing Tak Lawas Dalam Solat



Jika kencing tak lawas solat pun pasti terganggu dan kena kerap ambil wuduk. Untuk elakkan masalah ini, anda boleh tengok cara elakkan masalah buang air kecil tak lawas daripada penjelasan kedua-dua ustaz di bawah yang menerangkan bagaimana untuk atasi perkara ini berkaitan solat.

Masalah kencing tak lawas bukan berlaku kepada orang tua sahaja malahan orang muda juga. Oleh itu, jagalah kesihatan diri dan amalkan petua-petua yang dikongsikan di atas agar masalah anda dapat diatasi dengan mudah dan berkesan. - Bukit Besi Blog

Pokok Semambu Penawar Mujarab 40 Jenis Penyakit (Khasiat Daun Semambu)

khasiat daun semambu untuk wajah

Pasti ramai yang kenal pokok semambu atau mambu yang banyak ditanam di kawasan kampung. Nama saintifik pokok ini adalah Azadirachta Indica iaitu sejenis tumbuhan yang berasal daripada keluarga Mahogani iaitu Meliaceae.

Pokok semambu dikatakan berasal daripada negara India, Pakistan, Sri Lanka, Myanmar dan Bangladesh ini mempunyai kelebihan dan khasiat yang sangat banyak untuk penyakit, kesihatan tubuh badan dan banyak lagi kegunaannya mengikut petua tradisional.

Pokok semambu juga dianggap sebagai pokok perubatan serta digunakan secara meluas dalam upacara keagamaan Hindu dan turut digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Homeopati oleh masyarakat India. Ia juga mempunyai berbagai nama mengikut tempat dan negara antaranya adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

  • Neem - Bengali
  • Arya Veppu - Malayalam
  • Azad Dirakht - Bahasa Parsi
  • Nimba - Sanskrit
  • DogonYaro - Dalam Sesetengah Bahasa Nigeria, Margosa
  • Neeb - Bahasa Arab
  • Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa - Bahasa Telugu
  • Kohomba - Bahasa Sinhala
  • Vempu - Bahasa Tamil
  • Tamar - Bahasa Burma
  • Indian Lilac - English

Khasiat Pokok Semambu Untuk Kesihatan


Khasiat daun semambu untuk demam campak

Kegunaan pokok yang istimewa ini bukan hanya kerana daun semambu saja tetapi hampir keseluruhan pokok boleh digunakan untuk tujuan perubatan antaranya seperti batang, buah, bunga dan pucuk daunnya yang biasa dibuat ubat-ubatan.

Kelebihan pokok dan daun semambu adalah kerana terdapat kandungan yang baik di dalamnya antaranya seperti anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus. Manakala daun semambu yang dijadikan serbuk amat berkesan untuk menghilangkan atau melegakan penyakit kulit seperti alahan kulit.

Begitu juga dengan penyakit kulit ekzema, gatal-gatal, ruam, kurap dan beberapa penyakitk kulit yang hampir sama dengannya. Walau bagaimanapun, yang paling berkesan adalah digunakan untuk merawat luka pada kulit daripada kesan terbakar.

Sememangnya terlalu banyak kebaikan dan khasiat daun semambu dengan hasil yang amat menakjubkan sama ada untuk kecantikan wajah atau mencegah keguguran rambut, uban serta mampu menghilangkan kelemumur dengan cepat dan berkesan.

kebaikan sabun semambu untuk chickenpox

Selain dijadikan serbuk kering daun semambu, ia juga boleh dibuat minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada Rheumatoid Arthritis, Osteorthritis, sakit belakang badan dan juga penyakit gout yang serius.

Pokok semambu juga dikatakan mampu melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit terbaik serta dapat memulihkan fungsi usus kita. Malahan ia dapat memperbaiki kualiti darah serta menyahkan toksik dalam darah dan meningkatkan sistem imun, kawal paras gula dan menghindari penyakit.

Disebabkan penggunaan serta manfaat daun semambu yang sehingga kini diguna secara meluas, pokok semambu telah mendapat perhatian ramai sehinggakan dalam perubatan moden turut menggunakan ekstrak tumbuhan ini untuk perubatan.

Di negara Afrika timur, kerana khasiat dan kelebihan pokok semambu yang dipanggil sebagai Mwarobaini (Swalihi) yang bermaksud pokok 40 dan ia dikatakan sangat ajaib boleh mengubati dan merawat 40 jenis penyakit.

khasiat daun mambu lengkap

Manakala, dalam masyarakat Melayu sejak dari nenek moyang kita, daun semambu biasanya akan diletakkan di bawah bantal atau di bawah tilam dengan tujuan untuk mengurangkan kegatalan akibat daripada demam campak atau chicken pox.

Selain di bawah bantal dan tilam, daun semambu juga diramas serta dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air untuk dijadikan sebagai air mandian untuk melegakan demam campak yang biasanya dihadapi oleh kanak-kanak.

Dikatakan juga dari Facebook, penyakit kencing manis boleh juga diubati dengan menggunakan daun semambu yang mana ia mampu menurunkan kadar gula dengan cepat dan berkesan. Petua dan cara untuk menggunakannya, hanya rebus beberapa daun mambu dan minum air rebusan tersebut.

Hari ini sangat banyak produk-produk berasaskan daun semambu dijual yang membuktikan daun semambu adalah penawar berbagai penyakit. Bukan saja minyak dari pokok semambu dibuat ubat tetapi berbagai lagi seperti yang boleh dibeli dengan harga murah secara online melalui Shopee dan Lazada.

Antara yang sering menjadi perhatian ramai kerana keberkesanannya adalah Sabun Daun Semambu, Sabun Neem Himalaya yang mampu merawat kegatalan kulit ruam bayi, losyen, bedak sejuk, krim wajah dan Semambu Spray Syona yang amat mujarab merawat dan menghilangkan chicken pox.

Terlalu banyak produk yang diperbuat menggunakan herba dan khasiat daun semambu jika hendak dijelaskan satu persatu. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk seperti yang dinyatakan yang mampu merawat berbagai penyakit, anda boleh lawati link yang dikongsikan di bawah.


Sebenarnya masih lagi banyak senarai penyakit yang boleh diubati dengan pokok berserta khasiat daun semambu jika hendak dituliskan. Tidak menjadi kesalahan kalau kita berikhtiar dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi, kita berusaha dan yang menyembuhkan Allah SWT. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Apa Itu Demam Denggi, Tanda-tanda dan Cara Untuk Mencegah

Demam denggi

Mungkin masih ada yang tidak tahu apa itu demam denggi, apakah tanda-tanda, punca dan bagaimana ia boleh berlaku berserta cara untuk mencegah supaya tidak merebak membahayakan orang ramai yang berada di sekeliling kita.

Tip Dan Panduan Penjimatan Air

cara menjimatkan air

Air merupakan keperluan asas manusia yang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Penggunaan dan permintaan air yang digunakan di seluruh dunia makin meningkat setiap hari. Kepentingan air harus dijaga dan sebagai manusia kita harus menjaganya.

Masih ada negara di dunia mengalami masalah kekurangan air. Namun kita seharunys bersyukur kepada Allah kerana di Malaysia kita masih lagi mampu mengecapi kemudahan air ini dengan mudah tidak seperti sesetengah negara yang kehausan kerana ketiadaan air.

Cara dan Panduan Penjimatan Air


Permintaan dan penggunaan air bersih semakin meningkat sedangkan sumbernya kian berkurangan, oleh itu langkah pemuliharaan dan cara penjimatan air harus dilakukan disamping dapat meningkatkan tahap kesihatan.

Berikut dikongsikan  beberapa cara untuk jimatkan air yang sepatutnya dilakukan oleh setiap individu yang bertanggungjawab dengan kebaikan air terhadap manusia. Sesiapa sahaja perlu mementingkan keperluan serta tahu cara penggunaan air dengan betul.

cara jimat air

Cara Untuk Menjimatkan Air
  • Kurangkan waktu dan jumlah mandian
  • Tutup pair air semasa bersyampu atau bersabun
  • Gunakan syampu atau sabun yang kurang berbuih

Penggunaan Tandas Yang Betul
  • Gunakan air yang pernah digunakan seperti air basuh tangan atau sayuran daripada pengepam tandas
  • Gunakan peralatan dua-pam di dalam sistem pengepaman berbanding dengan sistem biasa yang menggunakan 10 liter air setiap pam, sistem dua-pam hanya menggunakan 6 liter air untuk pengepaman penuh dan 3 liter air untuk pengepaman separuh
  • Gunakan tandas yang cangkuk untuk penggunaan yang singkat

Membasuh Kenderaan Di Rumah
  • Kurangkan kadar mencuci kenderaan di rumah
  • Setiap kali membasuh gunakan baldi dan elakkan penggunaan hos

Kegunaan Air Untuk Penyiraman
  • Gunakan air basuhan tangan atau sayuran
  • Gunakan bekas atau baldi untuk menyiram
  • Letakkan bekas di bawah pasu bunga untuk menahan air keluar, cara ini dapat mengurangkan kekerapan menyiram dan penjimatan air

Penggunaan Air Mencuci Lantai
  • Tidak perlu menggunakan paip atau mencurah air ke atas lantai
  • Gunakan pengelap lantai untuk mencuci seperti mop
  • Gunakan bahan pencuci yang kurang berbuih
  • Kerap menyapu lantai untuk mengelakkan habuk dan debu terkumpul

Penggunaan Air Untuk Mencuci Pakaian
  • Mengumpul pakaian yang ingin dicuci sehingga mencukupi muatan mesin basuh
  • Gunakan bahan pencuci yang kurang berbuih dan menjimatkan air
  • Air basuhan pakaian yang menggunakan cecair yang kurang berbuih boleh digunakkan untuk mencuci lantai, kenderaan dan sebagainya, aktiviti ini juga adalah sebagai langkah untuk penjimatan air
Semoga tips dan panduan cara jimat air ini dapat membantu anda untuk menguruskan kehidupan seharian dengan lebih baik lagi.  - Bukit Besi Blog

Rotavirus Dan Langkah Mengatasinya

Apa itu Rotavirus? Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia.

Berita terkini di Malaysia, 2 mangsa telah meninggal dunia di Tapah, Perak kerana dijangkiti oleh Rotavirus yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE).

Apa Itu Rotavirus?


Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras.

Malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti.  Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.

rotavirus

Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus

  • Cirit birit berlarutan
  • Muntah berterusan
  • Sakit perut
  • Demam dan selsema
  • Bau najis terlalu busuk

Komplikasi Rotavirus

Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan.

Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit

  • Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan
  • Dehidrasi Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
  • Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
  • Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah

Sumber info: simedarbyhealthcare.com
Sumber gambar: doctortipster.com