Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan (Persediaan Exam)

doa menghadapi peperiksaan

Apabila anak akan menduduki peperiksaan, ibu bapa wajib memberikan sokongan serta perlu mengamalkan doa anak periksa atau doa menghadapi peperiksaan agar semua soalan boleh dijawab dengan mudah dan apa yang dipelajari akan terus ingat.

Setiap kejayaan memerlukan usaha yang kuat, oleh itu jika anda perlu menduduki exam, adalah digalakkan anda amalkan doa ketika menghadapi peperiksaan seperti yang dikongsikan. Jika anda ibu atau bapa kepada anak tersebut, pastikan anak anda mengamalkan doa dan zikir untuk lulus periksa.

Walau bagaimanapun, solat lima waktu wajib untuk dilakukan dan ia lebih afdal jika diamalkan tanpa meninggalkan solat. Jika anda sekadar amalkan doa lulus peperiksaan tetapi tidak membuat solat fardhu, amalan anda itu seperti sia-sia dan tidak bermakna.

Sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan nanti, sentiasa amalkan zikir dan doa yang bersesuaian termasuk doa penerang hati, doa mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Ibu bapa pula harus turut bersama-sama sentiasa solat dan memohon petunjuk Allah agar anak berjaya dalam peperiksaan.

tips dan doa peperiksaan untuk anak

Merayulah kepada Allah semoga dipermudahkan menjawab soalan dalam peperiksaan nanti dan pastikan hati sentiasa ikhlas dalam melakukan setiap satu perkara. Meminta maaf daripada kedua ibu bapa dan ingatlah redha ibu bapa yang akan menentukan kejayaan anak nanti.

Sebelum membaca semua doa untuk menghadapi peperiksaan ini, anda wajib membaca Bismillah, ini adalah sekadar pesanan. Sebagai manusia terkadang kita sering lupa dengan perkara yang remeh dan sentiasa mengabaikan benda-benda yang mudah.

Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan


Doa Penerang Hati

doa penerang hati untuk peperiksaan

Maksud Rumi :

"Ya Allah bukakanlah hikmahMu dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Doa Ketika Terlupa

doa dipermudahkan belajar dan periksa

Maksud Rumi :

"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa, Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa."

Doa Untuk Ditambahkan Ilmu

doa agar cepat faham dalam belajar

Maksud Rumi :

"Ya Allah, jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang engkau kurniakan kepadaku. Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku serta tambahilah daku ilmu pengetahuan."

Doa Mohon Petunjuk

doa mohon petunjuk belajar

Maksud Rumi :

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

Doa Mudahkan Hafalan

doa untuk ingat apa yang dihafal

Maksud Rumi :

"Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Doa Kuatkan Ingatan dan Tak Mudah Lupa

doa untuk memperkuatkan ingatan mudah menghafal

Maksud Rumi :

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."- Surah Al-Israa' Ayat 70

Doa Untuk Mengulangkaji Pelajaran

doa menghadapi peperiksaan

Maksud Rumi :

"Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki."

Doa Selepas Selesai Ulangkaji Pelajaran

doa selepas belajar

Maksud Rumi :

"Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu."

Doa Ketika Masuk Dewan Peperiksaan

doa sebelum masuk dewan peperiksaan

Maksud Rumi :

"Dan katakanlah: Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku."

Doa Ketika Terima Kertas Peperiksaan

doa anak periksa upsr pt3 spm

Maksud Rumi :

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku."

Doa Mohon Mudah Jawab Soalan

doa supaya mudah menjawab soalan peperiksaan awam

Maksud Rumi :

"Wahai Tuhan yang Maha hidup lagi Maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan."

Doa Mohon Kejayaan

doa memohon kejayaan dalam peperiksaan

Maksud Rumi :

"Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh."

Doa Menghadapi Peperiksaan

Seorang guru sekolah berkongsi tentang rahsia amalan yang mahal yang boleh diamalkan oleh semua calon yang akan mengambil peperiksaan. Tak kira apa jenis exam yang akan duduki sama ada UPSR, PT3, SPM, Universiti dan sebagainya, semua boleh amalkan doa menghadapi peperiksaan ini.

Amalan ini juga adalah doa mudah belajar dan tidak mudah lupa apa juga ilmu yang dipelahar selain dapat menghafal serta ingat setiap pelajaran. Doa ketika menuntut ilmu ini amat sesuai digunakan oleh semua pelajar.

Seeloknya berwudhuk sebelum membaca doa ini. Ambilkan segelas air kosong untuk dibacakan ayat berikut.

Baca Surah Al A'la


Apabila sampai di ayat yang ke-enam iaitu "Sanuk Riu Ka Fala Tannsa" ia perlu diulangkan sebanyak 7 kali dan seterusnya tiup ke dalam bekas air atau gelas itu tadi.

Seterusnya sambung membaca surah ini sehingga ke akhir ayat.

Setelah itu, minumlah air tersebut serta niatkan supaya ilmu yang dipelajari serta yang dihafal tidak akan lupa ketika menghadapi peperiksaan nanti.

Ia juga amat baik jika diamalkan ketika di pagi hari sewaktu menduduki peperiksaan dan ia lebih baik dan afdal jika terus menerus menjadikan amalan rutin harian dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.

Doa Mohon Kejayaan Dalam Peperiksaan

Berikut adalah amalan doa untuk memohon kejayaan dalam peperiksaan dengan cemerlang yang diajarkan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani melalui channel YouTube miliknya.


Kesimpulan

Jadi, amalkanlah doa untuk berjaya dalam peperiksaan ini termasuk melakukan ibadah-ibadah yang lain agar kita dipermudahkan untuk jawab semua soalan dengan tenang sehingga selesai.

Semoga perkongsian doa ketika menghadapi peperiksaan, doa penerang hati, doa mudah belajar, mudah hafal dan sebagainya dapat membantu anda untuk berjaya dalam examination anda itu nanti. Semoga dimudahkan dan lulus dengan cemerlang.

1001 Hadiah Untuk Lelaki Yang Terbaik Murah dan Simple

hadiah untuk ayah

Bila tiba hari jadi, anniversary atau kenduri kahwin, mesti ramai kaum perempuan yang buntu nak belikan hadiah untuk lelaki. Apa yang nak dibeli untuk diberikan kepada mereka? Silap beli nanti, ada yang masuk dalam tong sampah sebab tak suka.

Doa Agar Cepat Dapat Jodoh Yang Baik (Lelaki & Perempuan)

Doa cepat dapat jodoh yang baik dengan seseorang

Ajal, maut dan rezeki hanya Allah yang tahu tetapi tidak manusia, jodoh pertemuan itu adalah rahsia Allah. Doa saja mengatasi segalanya dan kita tidak akan tahu siapakah pasangan terbaik atau yang bakal menjadi isteri atau suami kita nanti.

Perkara yang melibatkan jodoh yang baik selalunya dianggap sebagai misteri dan tiada sesiapa yang tahu kecuali Allah SWT. Apabila berbicara tentang cari pasangan, pastinya setiap daripada kita inginkan jodoh yang baik dari segi agama dan akhlaknya.

Sebenarnya, sejak dari rahim ibu kita sebelum dilahirkan ke dunia, Allah telah menetapkan siapakah jodoh kita sama ada lelaki atau wanita. Dan apabila berkahwin nanti, itulah pasangan kita yang Allah tentukan semenjak dari dalam kandungan lagi.

Bagi anda yang sehingga hari ini masih lagi tidak berkahwin dan tidak mempunyai pasangan suami atau isteri, janganlah berputus asa kerana setiap manusia mempunyai rezeki mereka masing-masing. Hanya waktu dan saat yang akan menentukan bilakah semua itu akan berlaku.

Doa bertemu jodoh dan berkekalan rumi

Jangan merungut mengapa jodoh lambat sedangkan kawan-kawan sebaya semuanya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Pasti ada hikmah dan sebabnya mengapa kita masih belum bertemu jodoh yang diinginkan dan berkahwin, hanya Allah yang mengetahui.

Yang paling penting sekali, janganlah sekali-kali berkecil hati mengapa masih belum menikah sedangkan umur semakin meningkat. Apa yang perlu dibuat adalah berusaha dan berdoa serta meminta, merayu dan memohon kepada Allah agar dipercepatkan dengan doa jodoh.

Doa Agar Dapat Jodoh Lelaki dan Perempuan


Di sini dikongsikan kepada anda bagaimana anda boleh berdoa dengan doa agar cepat menikah dan berjodoh yang diinginkan untuk lelaki dan perempuan yang boleh anda amalkan selepas selesai menunaikan solat fardhu lima waktu. Jangan berputus asa dan pastikan anda sentiasa mengamalkan doa-doa ini.

Jangan lupa ketika berdoa sebut nama seseorang yang anda mahukan itu sekiranya anda mengenali wanita atau lelaki tersebut. Tidak salah membaca doa dalam Bahasa Melayu atau rumi tanpa jawi, yang penting kekal berpanjangan.

Doa meminta jodoh terbaik agar dipermudahkan dengan sebut nama

Maksud Rumi:

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh (isteri-isteri) kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." - QS Al-Furqaan 74

Doa cepat jodoh yang kita inginkan

Maksud Rumi:

"Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik."

Doa Bertemu Jodoh Untuk Lelaki

Doa jodoh dengan si dia ini boleh dibaca oleh kaum lelaki yang ingin cepat mendapat jodoh pilihan hati. Anda dikehendaki amalkan doa ini dengan kerap sambil tidak meninggalkan amalan-amalan wajib yang harus dilakukan oleh semua umat Islam.

Kuatkan jodoh untuk lelaki perempuan

Maksud Rumi:

"Ya Robb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat."

Doa Bertemu Jodoh Untuk Perempuan

Doa jodoh ini adalah untuk wanita yang ingin dipercepatkan mendapat jodoh yang baik atau pilihan hati yang selama ini diidamkan atau pun tidak pernah mengenali mana-mana lelaki. Anda boleh amalkan setiap hari ditambah dengan amalan lain yang amat digalakkan.

Doa pendekat jodoh bahasa melayu

Maksud Rumi:

"Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat."

Menjadi Orang Yang Lebih Baik

Terkadang punca yang menyebabkan seseorang itu susah dapat jodoh kerana disebabkan kesilapan atau dosa-dosa masa silam. Kita tak tahu apakah kesalahan kita sehingga sukar untuk mendapat jodoh.

Jadi, untuk cepat dapat jodoh, tidak salah kita berikhtiar dengan doa-doa yang disediakan. Apa yang paling adalah berusaha menjadi orang yang lebih baik serta bertaubat untuk tidak melakukan lagi perkara lalu.

Perkara yang pertama yang perlu dititikberatkan adalah meminta maaf dari kedua ibu bapa di atas semua kesilapan kita selama ini. Biarpun sama ada atau tiada salah. Memohoh maaf dari ibu bapa juga akan membantu kita untuk menjadi orang yang lebih baik serta cepat dapat jodoh.

Terkadang rezeki kita sempit dan jodoh kita lambat mungkin kerana kesalahan dan dosa kita terhadap ibu bapa kita tanpa kita sedari. Redha ibu bapa juga adalah redha Allah SWT yang akan memberi ruang yang amat baik untuk kita mendapatkan rezeki.

Berbakti kepada kedua ibu bapa adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam serta menjaga silaturrahim di antara keluarga, adik-beradik, saudara mara dan sebagainya. Amalan-amalan sebegini amatlah disukai Allah.

Surah al quran dan zikir yang mujarab

Kesimpulan

Untuk mendapatkan hasil yang cepat dengan menggunakan doa dipercepatkan disatukan jodoh ini, anda wajib tidak mengabaikan solat lima waktu serta tidak lupa untuk melakukan ibadah-ibadah lain seperti bersedekah amal jariah, berpuasa dan sebagainya.

Jika kita ikhlas dalam setiap perbuatan kita berserta kebaikan yang kita tunjukkan pasti doa kita akan dimakbulkan Allah dengan cepat. Jadi, apabila anda ingin mendapatkan jodoh terbaik, anda haruslah sentiasa melakukan kebaikan dan tinggalkan keburukan yang mendatangkan dosa.

Semoga dengan mengamalkan doa-doa pendekat jodoh yang dikongsikan anda akan cepat bertemu jodoh yang baik dan terbaik serta mendapatkan pilihan hati anda selama ini. Pastikan ia kekal selamanya dunia dan akhirat. Ingatlah, semua itu rahsia Allah. - Bukit Besi Blog

Slot Program TV Pendidikan di Saluran TV Okey RTM

Slot Program TV Pendidikan di Saluran TV Okey Radio Televisyen Malaysia (RTM)


tv pendidikan di saluran tv okey rtm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah bekerjasama untuk memperkenalkan slot Program TV Pendidikan di saluran TV Okey Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ini adalah satu usaha tambahan kepada siaran EduwebTV yang pada ketika ini dilaksanakan oleh KPM secara web streaming.

Slot Program TV Pendidikan ini merupakan usaha untuk membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian, terutamanya semasa lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Melalui kerjasama ini. KPM menyediakan rancangan berbentuk pembelajaran yang bersesuaian untuk disiarkan oleh RTM. Dengan ini, murid yang tidak mendapat capaian internet tidak akan ketinggalan dan masih boleh mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) di rumah melalui televisyen.

Slot tersebut akan mula bersiaran pada hari Isnin, 6 April 2020 menerusi saluran TV Okey, iaitu salah satu daripada saluran RTM. Sebagai permulaan, ianya akan disiarkan selama dua (2) jam setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Waktu siaran adalah pada pukul 9:00 hingga 10:00 pagi dan pukul 1:00 hingga 200 petang. Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter.

Ringkasan Waktu Siaran TV Pendidikan KPM
  • Channel Siaran : TV Okey, Myfreeview Saluran 110‌‌, Astro Saluran 146
  • Hari Siaran : Setiap hari bermula 6 April 2020
  • Masa Siaran : 9.00 am - 10.00 am, 1.00 pm - 2.00 pm
  • Streaming Live : myklik.rtm.gov.my

Slot ini boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV. Selain daripada itu, siaran ini juga boleh ditonton menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI.

slot program tv pendidikan kpm

Bagi murid yang mempunyai capaian internet, siaran ini boleh ditonton melalui laman sesawang www.myklik.rtm.gov.my secara web streaming.

KPM berharap usaha ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid, guru dan ibubapa bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan dengan efektif dan menarik walaupun dalam keadaan yang mencabar ini.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 04 APRIL 2020.

Sebarang pertanyaan berkaitan Program TV Pendidikan, sila hubungi Puan Siti Mahmudah Binti Sudiman, Pegawai Perhubungan Awam di talian 014-217 2217 atau Encik Haris Hameed, Pegawai Penghubung Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan di talian 019-457 5816.

Semoga cuti adik-adik kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tidak terbuang begitu saja, sekurang-kurangnya waktu itu terisi dengan menonton slot program TV Pendidikan KPM di saluran TV Okey RTM dan Astro. - Bukit Besi Blog

Kenapa Kita Kena Bayar Cukai Pendapatan (Income Tax LHDN)

siapa yang perlu bayar cukai pendapatan

Pasti ada yang masih tertanya-tanya adakah perlu membayar cukai (income tax) dan berapakah tangga gaji yang diwajibkan ke atas seseorang itu untuk membayar cukai seperti mana yang disarankan oleh kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Cara Buat Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2

cara mohon i-Lestari KWSP akaun 2

Cara Buat Permohonan i-Lestari KWSP


Pengeluaran i-Lestari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KSWP) Akaun 2 telah berkuatkuasa untuk tempoh bermula daripada 1 April sehingga 31 Mac 2021. Bagaimana cara untuk memohon pengeluaran i-Lestari KWSP?

Cara untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2 sangat mudah sama ada secara online menggunakan i-Akaun KWSP atau pun melalui pengisian borang yang disediakan dan perlu dihantar menerusi surat-menyurat.

Sebelum keluarkan wang i-Lestari dari akaun KWSP, anda wajib mengetahui tentang konsep serta syarat-syarat untuk mengeluarkan EPF anda tersebut. Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:
  • Pengeluaran boleh dibuat daripada Akaun 2 sahaja
  • Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran
  • Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Contoh Situasi:
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Syarat Permohonan i-Lestari KWSP
  • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  • Berumur di bawah 55 tahun; dan
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Berapa Lama Boleh Buat Permohonan?

Tempoh untuk ahli buat permohonan pengeluaran i-Lestari bermula daripada 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021. Permohonan itu hendaklah sampai dan diterima oleh pihak KWSP sebelum tarik 31 Mac 2021.

Berapa Jumlah Boleh Dikeluarkan?

Jumlah untuk mengeluarkan simpanan KWSP dari Akaun 2 adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan dan ia tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP anda yang terdapat dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran dibuat.

Sekiranya jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan tersebut berdasarkan kepada jumlah berkenaan.

Bilakah Permohonan dan Bayaran Pengeluaran i-Lestari?

Untuk permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020. Manakala permohonan yang diterima selepas April akan dibuat bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran yang diterima oleh KWSP.

Bolehkah Menukar Jumlah Pengeluaran?

Anda boleh mengubah amaun atau tukar jumlah pengeluaran i Lestari secara berulang setelah permohonan diluluskan. Cara nak menukar amount bulanan tersebut boleh dilakukan secara online di URL KWSP untuk tujuan Penukaran Jumlah Pengeluaran.

Anda hanya perlu kemaskini borang tukar amaun dengan  memasukkan data yang dikehendaki dan juga jumlah pengeluaran setiap bulan yang anda mahu. Sila isi dengan betul dan baca setiap satu seperti yang dinyatakan.

Bagaimana Untuk Memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP
  • Anda boleh memohon secara atas talian iaitu e-Pengeluaran melalui laman web KWSP dengan menggunakan i-Akaun.
  • Buat permohonan dengan menghantar borang melalui emel ke ilestarimohon@epf.gov.my
  • Anda juga boleh menghantar permohonan melalui surat dan hantarkan ke alamat berikut:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720,
Petaling Jaya

Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

Walau bagaimanapun, semua ahli KWSP disarankan untuk menghantar borang permohonan secara online melalui e-Pengeluaran bagi mempercepatkan proses kelulusan daripada pihak KWSP. Permohonan melalui surat pasti akan mengambil masa yang agak lama.

Cara Untuk Memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Berikut dikongsikan cara-cara buat permohonan i-Lestari KWSP Akaun 2 secara online melalui laman rasmi KWSP. Cara yang dikongsikan ini adalah untuk mereka yang telah mendaftar di I-Akaun KWSP.

Sila ikuti perkongsian Luqman Hariz yang menunjukkan cara-cara untuk anda buat permohonan langkah demi langkah sehingga selesai.

1. Sila pergi ke laman www.kwsp.gov.my dan masukkan password serta ID.

cara buat permohonan i-Lestari KWSP

2. Sila tekan option withdrawal.

i-Lestari Akaun 2

3. Tekan New Application.

cara keluarkan duit kwsp i-lestari

4. Tekan pada Withdrawal Type.

pengeluaran i-lestari

5. Sila pilih I-Lestari.

cara mohon i-lestari

6. Tekan (X) kemudian tekan Next.

pengeluaran kwsp

7. Masukkan amaun min RM50 dan maksimum RM500 di ruangan applied amount. Pilih jenis Bank dan masukkan nombor akaun bank dan tekan Next.

syarat-syarat permohonan

8. Kemaskini maklumat peribadi di ruangan ini jika perlu.

berapa lama boleh keluarkan i-lestari

9. Klik ☑️ di check box dan klik Request TAC.

jumlah duit i-lestari

10. Dapat TAC Nombor dihantar ke nombor telefon melalui SMS. Masukkan di ruangan TAC No, kemudian tekan Submit.

e-pengeluaran kwsp

11. Siap sudah permohonan pengeluaran I-Lestari KWSP Akaun 2.

laman web kwsp

12. Jika anda tekan print, lampiran yang sama akan keluar di paparan komputer anda.

permohonan i-Lestari KWSP

13. Paparan selepas mengakhiri permohonan I-Lestari KWSP.

keluar duit i-lestari

Semoga perkongsian cara keluarkan dan permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2 ini akan dapat membantu serta memudahkan anda untuk mendapatkan wang simpanan anda itu. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Senarai Cawangan LHDN Negeri Perak (Alamat & No Tel)

Cawangan LHDN Perak

Anda sedang mencari alamat dan nombor telefon cawangan LHDN negeri Perak? Di sini kami kongsikan senarai alamat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi seluruh negeri Perak Darul Ridzuan mengikut daerah-daerahnya.

Senarai Cawangan LHDN Kuala Lumpur & Putrajaya

Cawangan LHDN Kuala Lumpur Putrajaya Cyberjaya

Jika anda sedang mencari alamat dan nombor telefon cawangan LHDN di Kuala Lumpur atau Putrajaya, di sini kami kongsikan alamat lengkap bagi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berkaitan termasuk di Cyberjaya.

Hukum Memakai Gincu di Bulan Puasa (Pakai Lipstik Bulan Ramadhan)

hukum pakai lipstik bulan puasa

Apakah hukum memakai gincu di bulan puasa atau Ramadhan iaitu ketika siang hari? Persoalan ini pasti menjadi tanda tanya ramai kaum wanita yang masih belum tahu tentang pemakaian lipstik di bulan yang mulia ini.

Pasti ada yang ragu-ragu tentang bergincu ketika bulan puasa dan ada pula berpendapat jika gincu berperisa strawberry atau rasa buah mungkin akan batal puasa serta merta sebab mempunyai rasa buah.

Malahan ada yang mengatakan selepas bergincu secara tiba-tiba tertelan rasa buah yang melekat pada bibir selepas memakai gincu. Adakah hukum pakai gincu berperisa buah batal puasa?

Seorang perempuan lain bertanya lagi, macamana pula jika selepas memakai lipstik dan secara tidak sengaja menjilat bibir selepas diletakkan gincu tersebut? Mungkin puasa terbatal bukan walaupun puasa sunat?

Hukum Pakai Gincu di Bulan Puasa


hukum pakai gincu di bulan puasa

Untuk menjawab persoalan apakah hukum memakai gincu atau lipstik di bulan puasa bagi semua wanita, kami kongsikan beberapa jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam (JAKIM) dan sumber sahih.

Ini jawapan yang dikongsikan di laman Tazkirah bagaimana ia menjawab persoalan tentang hukum menggunakan lipstik di bulan puasa iaitu Syeikh Muhammad bin Saleh Al-Utsaimin pernah ditanya tentang hukum menggunakan krim bagi orang yang puasa untuk menghilangkan kekeringan di bibir. Maka, beliau menjawab :

"Diperbolehkan bagi seseorang untuk melembabkan bibir atau hidungnya dengan menggunakan krim atau membasahinya dengan air, dengan kain atau semacamnya.

Namun perlu dijaga, jangan sampai ada bahagian yang masuk ke perutnya. Jika ada yang masuk ke perut tanpa sengaja maka puasa tidak batal. Sebagaimana orang yang berkumur, kemudian tiba-tiba ada bahagian yang masuk ke perut tanpa sengaja, puasanya tidak batal." (Majmu’ Fatawa Ibnu Utsaimin, 19:224)

Ini pula jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan tentang satu soalan yang berkaitan iaitu adakah batal puasa saya jika saya memakai lipstik (gincu bibir) pada waktu siang di bulan Ramadhan?

Hukum penggunaan lipstick pada siang hari Ramadhan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana ia tidak menelan masuk ke dalam rongga. Sekadar terdapat ‘rasa’ di bibir maka ianya tidak membatalkan puasa.

Para ulama juga berpendapat bahawa semua jenis bahan kecantikan yang digunakan di luar kulit sama ada yang berbau atau tidak serta bertujuan untuk berubat atai kecantikan, ia tidak termasuk dalam kategori yang membatalkan puasa KECUALI jika seseorang itu memakai ubat-ubata tersebut dan menelannya.

Perkara ini juga telah pun diperjelaskan melalu sebuah hadis seperti yang dikongsikan di bawah iaitu daripada Hadis Riwayat Ibn Abi Syaibah.

hukum jilat bibir ketika puasa

Begitu juga pendapat jumhur ulama yang mana persoalan ini disamakan dengan tukang masak atau ibu-ibu yang memasak juadah berbuka puasa serta ingin merasakan masakan tersebut dengan lidah dan perkara itu tidak batal puasa selagi ia tidak menelan masakan tersebut.

Walau bagaimanapun, melalui kitab mazhab Al-Syafie, perbuatan tersebut hukumnya makruh tetapi tidak membatalkan puasa kerana perkara dirisaukan sekiranya tertelan sehingga membatalkan puasa dan ia juga telah disebutkan melalui Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyyah RA ;

"Merasa makanan adalah makruh sekiranya tiada hajat tetapi ia tidak membatalkan puasa. Sekiranya terdapat hajat (untuk merasanya) makai a seperti al-madhmadhoh (berkumur)." (Majmu’ al-fatawa, 25/266)

Jadi, jika anda mencalit gincu atau lipstik di bibir sebagai pelembab atau untuk mengelakkan bibir kering atau pucat, haruslah berhati-hati dan jangan terlalu kerap menjilat bimbang kerana dikhuatiri akan tertelan rasa tersebut.


Jadi kesimpulannya, tak batal puasa jika kaum perempuan memakai gincu atau pelembab bibir untuk mengelakkan bibir kering atau merekah. Walau bagaimanapun, harus diingatkan niat memakai gincu dan jangan terlalu berlebih-lebihan di bulan puasa. - Bukit Besi Blog