Doa Murah Rezeki & Amalan Pembuka Rezeki Melimpah Ruah

Doa murah rezeki paling mustajab rumi

Setiap dari kita pasti biasa menghadapi masalah kewangan atau tak cukup duit walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh untuk keluar dari kesusahan. Namun masih tak berjaya biarpun sering solat dhuha, amalkan doa murah rezeki, membaca Al-Quran dan banyak lagi. Di mana silapnya dan apakah yang perlu kita lakukan?

Sebenarnya, walaupun kita tidak dimurahkan rezeki sehingga sekarang, janganlah sekali-kali berputus asa begitu juga dengan jodoh. Mungkin belum masanya dan pasti kita perlu terus berusaha mempertingkatkan lagi amalan selain berdoa, sedekah, membuat solat duha dan banyak lagi yang perlu kita ketahui untuk membuka rezeki agar terus mengalir seperti air tanpa henti melimpah ruah.

Beberapa faktor yang wajib diambil kira untuk dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Faktor luaran saja masih lagi tidak mencukupi dan kita juga memerlukan faktor dalaman agar kita dan keluarga terus dimurahkan rezeki tanpa henti. Jika solat tanpa sedekah atau jika bersedekah tapi tidak ikhlas, itu juga tidak mencukupi.

Amalan dan Doa Murah Rezeki Mustajab


Apakah cara untuk membuka pintu rezeki dan amalan yang baik untuk murahkan rezeki? Berikut adalah amalan murah rezeki yang mustajab kami kongsikan untuk anda dan harus diingat amalan ini adalah salah satu usaha supaya kita berjaya serta kita melakukan bersungguh-sungguh selain wajib yakin rezeki itu daripada Allah SWT.

  • Memperbanyakkan istighfar dan zikir
  • Tidak meninggalkan ibadah kepada Allah
  • Tidak melakukan dosa dan hindari daripada melakukannya
  • Berbuat baik dan sering mendoakan kebaikan ibu bapa
  • Amalkan semua doa murah rezeki
  • Memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukan
  • Sentiasa memberi pertolongan atau menolong mereka yang lemah
  • Memudahkan urusan orang lain atau tunaikan hajat mereka
  • Berbuat baik sesama insan dan menjaga silaturahim
  • Sentiasa memuliakan tetamu yang datang bertandang
  • Menunaikan solat dhuha setiap hari tanpa henti
  • Sering bersyukur dengan setiap pemberian Allah
  • Tidak berputus asa untuk berdoa
  • Bertawakal kepada Allah SWT

7 Tips dan Doa Dipermudahkan Rezeki


1. Banyakkan Beristighfar

Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam: Aku katakan kepada kaumku, "Beristighfarlah kamu kepada Tuhan, sesungguhnya DIA adalah pengampun. Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai."

2. Doa Murah Rezeki

Kita boleh amalkan doa murah rezeki seperti dalam gambar di bawah iaitu doa yang telah dibacakan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Anas bin Malik RA.

Zikir murah rezeki dan cepat kaya

Maksudnya :

"Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya."

3. Selawat Murah Rezeki

Maksudnya :

"Ya Allah! Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya."

Doa murah rezeki yang tak disangka

Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi SAW. Mudah-mudahan kerana berkat selawat ke atas Nabi ini kita diluaskan dan dilapangkan rezeki dengan cepat tanpa disangka-sangka.

4. Amalan Ayat Seribu Dinar

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq dari ayat dua dan tiga.

Doa rezeki melimpah ruah

Terjemahannya :

"Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Cara Amalkan Ayat 1000 Dinar

Anda boleh amalkan setiap kali selepas solat Subuh. Ia lebih baik jika dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu. Baca ayat ini sebanyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat "Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib."

Ramai peniaga yang mengantungkan ayat ini di premis perniagaan dengan tujuan supaya perniagaannya maju. Cara ini salah sama sekali. Semua ayat suci Al-Quran perlu diamalkan begitu juga jika kita ingin memohon kepada Allah untuk dimurahkan rezeki.

Nak murah rezeki atau laris berniaga dan maju dalam perniagaan bukannya dengan gantungkan ayat 1000 dinar di premis perniagaan atau kedai tapi kaedahnya ialah istiqamah membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan kepada Allah.

5. Banyakkan Bersedekah

Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah. Cara ini juga sangat berkesan seperti juga tips-tips yang telah disebutkan di atas. Inilah kunci utama rahsia kekayaan ahli-ahli koprat Islam seperti Tan Sri Syed Bukhari.

Sedekah adalah satu amalan yang ajaib, kerana semakin banyak kita bersedekah semakin banyak Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita tetapi bersedekah itu mestilah dengan niat ikhlas kerana Allah SWT bukannya kerana sebab tertentu.

Zikir murah rezeki tak putus dari Allah

Maksudnya :

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

Janji Allah dalam Al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

6. Berbakti Kepada Ibu Bapa

Antara amalan murah rezeki yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki untuk kita seluas-luasnya ialah berbuat baik, menjaga kebajikan, menjaga hati, tidak derhaka, sayang menyayangi dan juga mendoakan kepada ibu bapa kita.

7. Amalan Murah Rezeki Membaca Surah Al Waqiah

Diriwayatkan Sa’ad bin Abi Waqas, seorang Nabi SAW yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya diinfaqkan ke jalan Allah.

Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin Waqas : "Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?"

Jawabnya : "Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik daripada harta yang mereka tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya."

Ditanya kepada Sa'ad lagi : "Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?"

Jawabnya : "Aku tinggalkan kepada anak-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan Surah Al-Waqiah.

Jadi, kepada anda yang telah mengajar anak-anak anda mendalami Al-Quran berserta Surah Al-Waqiah sejak mereka kecil, anak-anak itu sangat beruntung dan pastinya mereka tidak akan miskin dengan izin Allah SWT.

Zikir Murah Rezeki dan Cepat Kaya


Semoga perkongsian doa murah rezeki berserta zikir dan ayat-ayat Al-Quran untuk dipermudahkan rezeki yang melimpah ruah dapat membantu anda untuk terus membuat amalan seperti yang bincangkan di atas. Semoga kita dimurahkan rezeki dan hidup dalam keluarga yang harmoni dan bahagia. - Bukit Besi Blog

Budak 2 Tahun Maut Selepas Myvi Terjunam Jatuh Dalam parit Sawah Padi

Kemalangan ngeri kereta Myvi

Seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun, maut dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Titi Haji Idris, Alor Setar, hari ini pada jam 7.40 pagi. Kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki bersama isteri dan anak perempuannya dilihat terjunam ke dalam parit sawah padi.

Kemalangan ngeri tersebut berlaku membabitkan dengan sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu oleh seorang wanita yang berlanggar dengan kereta Myvi berkenaan sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan.

Dalam kejadian tersebut, ketiga-tiga mangsa kemalangan telah cedera serta dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Manakala, anak pasangan terbabit iaitu Nur Adreena Mohd Khairil Faizi berusia 2 tahun  telah meninggal dunia di hospital akibat mengalami kecederaan parah.

Myvi jatuh parit sawah padi

Menurut Harian Metro, ketika pihak Bomba dan Penyelamat Alor Setar tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati kereta Myvi berkenaan masih berada di dalam parit manakala pemandunya mengalami patah peha kanan dan kaki kiri dan penumpangnya seorang wanita cedera.

Pemergian Nur Adreena dalam kemalangan ngeri itu menyebabkan pasangan terbabit kehilangan satu-satunya anak mereka. Menurut datuk mangsa, Abdul Kadir Saaf, 70, dia tak sempat bermain dengan cucunya sebelum tiga beranak berkenaan keluar untuk pergi ke rumah besannya.

kemalangan maut

mangsa cedera dalam kemalangan

"Biasanya, apabila mereka nak keluar dari rumah, saya sempat bermain dengan cucu, walau bagaimanapun, hari ini selepas Subuh, saya tertidur sehinggalah orang kampung datang ke rumah memberitahu anak menantu dan cucu saya terbabit dalam kemalangan," katanya.

Jenazah adik Nur Adreena kini telah selamat dikebumikan di sebuah Tanak Perkuburan Islam Masjid Jamek, Kampung Tengah, Tualang, kira-kira pada jam 4 petang pada hari ini.

Rata-rata netizen di laman Facebook turut sama melahirkan rasa simpati kepada pasangan yang terbabit dalam kemalangan ini supaya terus bersabar dengan ujian dan dugaan yang telah menimpa mereka.

(VIDEO) Anak Keluarkan Mayat Ayahnya Dari Keranda & Menamparnya Seperti Balas Dendam

keranda mayat bapa

Viral di laman sosial tentang insiden yang berlaku dimana seorang lelaki tua yang meninggal di Jiangsu, China baru-baru ini telah mengejutkan ramai apabila majlis pengkebumian lelaki terbabit menjadi bualan kerana anak-anak lelaki berkenaan menampar mayat ayah mereka yang sepatutnya memberi penghormatan terakhir.

Difahamkan, lelaki tersebut meninggal dunia kerana masalah kesihatan yang tidak baik dan mendiang juga meninggalkan isteri serta anaknya hampir 40 tahun hanya kerana semata-mata untuk bersama dengan wanita lain dan dia dikatakan masih tinggal di kampung yang sama bersama isteri pertamanya.

Setelah lelaki berkenaan meninggal dunia, semua kos perbelanjaan untuk pengkebumian haruslah ditanggung oleh ahli keluarga lelaki berkenaan dan kos ini sangatlah tinggi. Walau bagaimanapun, kekasih mendiang telah menghantar bil tersebut kepada anak lelakinya dan menuntu agar menanggung semua kos pembelanjaan pengkebumian.

Amat mengejutkan apabila tindakan wanita yang juga kekasih mendiang tersebut telah membuatkan si anak bengang dan marah. Ektika di hari pengebumian, mereka datang dan terus membukan penutup keranda serta mengheret mayat lelaki tersebut dan mencampakkannya ke lantai.


Tidak cukup dengan tindakan itu, mereka dilihat menampar mayat bapanya sendiri berulang kali seperti melepaskan geram yang telah lama terpendam tanpa memikirkan yang itu adalah mayat bapanya yang tidak lagi bernyawa.

Tindakan anak mendiang itu dikatakan membalas dendam terhadap ayahnya yang dikatakan meninggalkan anak dan isterinya semata-mata untuk bersama kekasihnya yang kini seolah melepaskan tangan dan menuntut anak mendiang menanggung segala kos pengkebumian.

"Kau buat hidup kami neraka bila kau hidup" Kau ingat kami nak tolong kau selepas kau mati?!!"

kes kematian

Selepas melepaskan geram terhadap mayat ayah mereka, anak-anak lelaki berkenaan terus beredar keluar begitu saja tanpa memasukkan semula mayat ayahnya ke dalam keranda selepas mereka mengeluarkannya dari keranda. Sehingga kini kes tersebut dikatakan masih dalam siasatan pihak polis.

Sumber : World of Buzz

Viral Pengantin Lelaki Dedah Kecurangan Bakal Isteri Melalui Video di Majlis Perkahwinan

curang seorang isteri

Niat murni seorang wanita yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan dan mendirikan rumah tangga akhir berkecai apabila lelaki yang juga bakal suaminya itu telah bertindak dengan mendedahkan kecurangan wanita terbabit melalui satu rakaman video di hadapan khalayak ramai.

Semuanya hancur berkecai apabila rakaman video yang berdurasi pendek tersebut ditayangkan yang menyebabkan wanita terbabit berang dan terpaksa malu di atas perbuatannya itu. Semua hadirin yang berada di dalam majlis tersebut ternganga apabila memandang di skrin yang berada di atas pelamin yang disediakan.

Menerusi rakaman video yang kini viral di laman sosial, pasang berkenaan berjalan secara perlahan-lahan untuk menuju ke pentas yang mempunyai pelamin selain turut diperkenalkan oleh pengacara kepada hadirin yang datang ke majlis perkahwinan kedua-dua pengantin berkenaan.

rakaman majlis perkahwinan

Semuanya dilihat berjalan seperti biasa sebagaimana yang dirancangkan untuk melangsungkan hari bahagia kedua-dua mempelai yang kelihatan sama cantik dan sama padan. Walau bagaimanapun, pendedahan tersebut sangat-sangat mengejutkan sehingga amat sukar untuk diterima oleh wanita terbabit.

Setelah kedua-dua mereka tiba di atas pentas, dapat dilihat video rakaman kenangan indah mereka telah ditayangkan kepada tetamu yang datang seperti mana majlis-majlis perkahwinan yang lain dengan tujuan untuk mengimbau kenangan lalu serta bagaimana perkenalan mereka bermula.

Namun, setelah video curang wanita terbabit didedahkan, wanita tersebut seperti berkata sesuatu dan melemparkan flower bouquet terhadap pasangannya yang berada di sebelahnya. Sebenarnya, pengantin lelaki tersebut telah tahu kecurangan bakal isterinya itu sebelum ini.


Menurut sumber, bakal suaminya itu telah berjaya merakam semua perbuatan dan kecurangan pengantin perempuan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah baru mereka yang mana wanita tersebut telah mengadakan hubungan intim dengan suami kakaknya di dalam bilik tidur mereka.



Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian dan rakaman video yang sedang viral itu berpendapat lelaki tersebut tidak sepatutnya berbuat demikian walaupun sudah tahu kecurangan wanita terbabit dan sebaiknya hanya membatalkan perkahwinan tersebut bukannya mengaibkan perbuatannya di hadapan khalayak ramai.

Apa sekalipun, inilah pengajaran yang terpaksa wanita tersebut terima setelah perbuatan yang tidak baik itu telah diketahui bakal suaminya malah beliau tidak sepatutnya berlaku curang dengan suami kepada kakak kandungnya sendiri.

Sumber : Kwong Wah & World of Buzz

Objek Cakera Aneh dan Misteri Keluar Dari Ais Ditemui Oleh Pengguna Google Earth



Viral di laman sosial seorang pengguna aplikasi Google Earth yang telah dapat mengesan satu objek aneh yang dikatakan berbentuk satu cakera yang terkeluar daripada ais yang terdapat di Antartika. Objek misteri yang tidak diketahui itu telah menarik perhatian ramai.

Memetik laporan akhbar Daily Star, struktur misteri berkenaan dikatakan berwarna kelabu dan ia merupakan satu penemuan yang misteri dan terbaru di Antartika. Mereka masih tertanya-tanya apakah sebenarnya objek misteri tersebut yang sehingga kini menjadi tanda tanya orang ramai.

Penemuan tersebut bermula apabila wanita yang dikenali sebagai Sandra Elena Andrade telah berkongsi rakaman video ketika beliau melayari Google Earth di laman YouTube dengan kapsyen, imej misteri yang telah dirakamkan melalui Google Earth, membangkitkan minat dan kejutan dalam persekitaran saintifik dan ufologi.

"Mysterious images captured by Google Earth, arouse a deep interest and surprise in both the scientific and ufological environment."

Walau bagaimanapun, jika dilihat secara dekat, objek tersebut kelihatan separa bulatan yang sangat besar dan melekat dari permukaan yang dianggarkan tebing. Namun, tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya objek berkenaan. Malah ada yang mengatakan bentuknya seperti piring terbang yang besar tetapi ia sekadar tekaan secara rambang.


Semenjak adanya Google Earth dan internet, semakin banyak penemuan aneh dan misteri yang amat menakjubkan telah ditemui di Antartika. Walau bagaimanapun, masih terlalu banyak misteri yang sehingga kini menjadi tanda tanya dan belum dapat didedahkan di kawasan yang mempunyai banyak ais itu.

Penggunaan Google Earth adalah satu elemen yang sangat penting yang harus digunakan oleh pengkaji dan penyelidik untuk melakukan sebarang kajian sekiranya menjumpai penemuan-penemuan tertentu seperti ini. Sumber Daily Star.