Cara Tanam Pokok Daun Ketumbar Dari Biji Benih & Akar

Cara tanam ketumbar

Apakah cara tanam pokok ketumbar dengan betul? Adakah dari biji benih atau keratan batang yang mempunyai daun dan akar lebih mudah? Bagaimana untuk penjagaan, pembajaan serta penanaman yang merangkumi semuanya?

Persoalan begini pasti menjadi tanda tanya kepada mereka yang ingin tahu bagaimana cara-cara untuk menanam ketumbar yang turut dikenali sebagai coriander atau nama saintifik tanaman ini adalah Coriandrum sativum.

Daun ketumbar jika dipandang sekali imbas seperti daun sup dan cara untuk mengenal pasti adalah dengan melihat rupa daun atau pun melalui bau pokok itu sendiri. Namun, mereka yang rajin memasak pasti tahu yang mana satu daun sup.

Sebenarnya, ketumbar sangat mudah ditanam samada di dalam pasu, botol, di tanah ata hidroponik, walau bagaimanapun, ia memerlukan perhatian penuh dari segi baja dan makanan untuk pertumbuhan dan tumbesaran normal.

Manakala, untuk penuaian daun atau tempoh matang pula tidak terlalu lama dan jangka masa ia boleh dituai hanya dalam sebulan untuk daun atau lebih dari tiga bulan untuk biji benih selepas ia ditanam.

Untuk mengetahui kaedah penanaman yang betul, kami kongsikan panduan yang betul dan cara-caranya dengan menekankan keseluruhan aspek bermula dari biji benih sehinggalah ketika sampai waktu untuk dituai.

Baca : Cara Tanam Daun Sup Dengan Betul Supaya Subur

Cara Tanam Pokok Ketumbar Yang Betul


Cara menanam pokok ketumbar

Jika anda ingin menanam pokok ketumbar, digalakkan tanam menggunakan semai biji benih yang boleh dibeli daripada kedai atau pasaraya kerana kaedah ini sangat mudah tak perlu guna keratan batang atau akar.

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat, sekiranya ditanam guna benih yang dibeli untuk masakan di dapur, daunnya akan menjadi lebih tajam sedikit dan kurang sesuai untuk masakan selepas ia ditanam.

Itu hanya sekadar pendapat beberapa orang dan yang pastinya ia tetap boleh dimakan walaupun tekstur daun ketumbar yang ditanam itu mempunyai sedikit kelainan dengan yang dibeli di mana-mana pasar.

Penanaman dalam pasu dan botol

1. Ambilkan hanya segenggam biji benih ketumbar yang dibeli untuk masakan atau lebih berpandukan berapa banyak yang nak ditanam.

2. Kemudian rendamkan biji ketumbar tersebut lebih kurang 5 jam. Sila buang yang timbul dan ambilkan yang tenggelam kerana ia adalah benih yang terbaik.

3. Seterusnya, ia boleh ditabur di atas tanah yang subur. Sebaiknya guna tanah hitam atau tanah kompos kerana tanah juga ada peranan untuk tumbuhan ini terus hidup subur di Malaysia.

4. Jika anda ingin menyemai di dalam bekas seperti polybag, pasu atau botol pastikan media campuran tanah dengan nisbah 3:2:1 iaitu baja tahi ayam, kompos, tanah atau sekam padi bakar.

5. Atau anda boleh sediakan batas untuk menanamnya dan taburkan biji benih di atas tanah tersebut serta tidak perlu menekan benih sehingga masuk ke dalam tanah.

6. Kemudian, lapikkan tanah lain dengan cara menabur di atasnya dengan beberapa sahaja dan tidak perlu terlalu banyak. Jangan lupa siramkan air pokok daun ketumbar tersebut.

7. Ketika proses penyemaian dilakukan, anda digalakkan tidak mendedahkan biji semaian kepada matahari yang penuh untuk mengelakkan suhu yang terlalu panas yang akan menyebabkan pertumbuhan terbantut.

8. Setelah disemai pastikan ia mempunyai naungan atau di kawasan yang sedikit redup untuk melindungi benih daripada terkena cahaya matahari secara langsung untuk ia terus bercambah.

9. Pokok daun ketumbar memerlukan penjagaan yang betul serta perlukan air yang secukupnya dan pastikan penyiraman dibuat secara berkala kerana tempoh cambahan berlaku biasanya dalam masa dua minggu sehingga tumbuh sehelai daun.

Baca : Cara Buat Plant Booster Terbaik Untuk Tanaman

Panduan Semai Biji Benih Daun Ketumbar


Berikut adalah video tutorial cara-cara menyemai biji benih ketumbar di rumah yang dibeli timbang kilo di kedai dari awal sehingga akhir daripada Channel YouTube Kebun Dapur Alin untuk anda yang ingin cuba menanam.


Cara Menanam Dari Keratan Batang & Akar


Cara tanam pokor ketumbar dengan menggunakan keratan batang yang mempunyai sangat mudah untuk dilakukan seperti yang ditunjukkan oleh Miss Sandeep Kaur dalam video miliknya di bawah.


Penanaman Guna Kaedah Hidroponik


Pokok ketumbar dan daun sup dilihat hampir sama tapi masih ada beza jika dilihat secara dekat dan cara untuk menanamnya juga tiada perbezaan malahan sama saja kaedah yang digunakan sama ada fertigasi atau hidroponik.

Video berikut berkongsi bagaimana cara-cara untuk menanam ketumbar dengan menggunakan cara penanaman hidroponik yang dikatakan lebih cepat untuk menuai dan sangat mudah penjagaannya.


Info Penting Penjagaan Ketumbar

Tanah adalah peranan utama untuk penanaman pokok ketumbar, sebaiknya gunakan tanah yang sihat atau tanah kompos dengan campuran baja tahi ayam. Pastikan suhu, PH tanah dan siraman air sekata untuk dapatkan hasil terbaik.

Tanaman ini amat sesuai jika ditanam di kawasan iklim tropika dan ia sangat sensitif dengan suhu yang sejuk serta cuaca yang terlalu panas yang menjadikan pokok ketumbar ini lebih cepat mengeluarkan biji daripada daun.

Cara tanam daun ketumbar

Tanah liat yang berpasir serta tidak terlalu berasid adalah tanah yang sesuai untuk tanam pokok ini dan nilai PH tanah yang bersesuaian untuk pertumbuhan yang baik adalah sekitar 6.3 sehingga 6.8.

Jenis baja yang sesuai untuk tanaman ini adalah baja organik iaitu baja tahi ayam adalah yang terbaik dan tidak bermakna baja tahi kambing tidak boleh digunakan dan siraman pula sebanyak dua kali dalam sehari.

Penjagaan kawasan tanaman pula perlu dititikberatkan dari segi pengawalan rumput atau rumpai yang biasanya akan tumbuh berhampiran dengan pokok ketumbar yang menjadikan saingan di antara mereka untuk mendapatkan makanan.

Anda wajib membuang segala rumpai yang tumbuh untuk mengelakkan pertumbuhan ketumbar terjejas serta untuk menjaga kesuburan pokok yang maksimum untuk hasil yang menguntungkan.

Tempoh pokok daun ketumbar boleh dituai dalam masa sebulan selepas ia ditanam manakala untuk mendapatkan biji memerlukan masa lebih dari tiga bulan dari penanaman selepas daun pokok bertukar dari hijau kepada kecoklatan.

Cara untuk menuai pula dengan hanya mencabut anak pokok atau memotong menggunakan gunting, kemudian ia perlu dijemur selama beberapa hari sehingga ia menjadi kering dan bijinya terlerai secara sendiri.

Kesimpulan

Sebenarnya, penanaman ketumbar untuk menghasilkan daun yang hijau serta subur berserta dengan penuaian biji yang berkualiti memerlukan perhatian sepenuhnya agar ia terus hidup dengan baik.

Ia juga seperti manusia yang memerlukan makanan yang bagus untuk kesihatan iaitu baja terbaik atau organik secara keseluruhan dan air secukupnya yang akan menyuburkan tanaman ini.

Semoga perkongsian cara menanam pokok ketumbar dari biji benih dan guna keratan batang yang mempunyai akar ini dapat membantu anda untuk tanam di rumah dengan mudah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Cara Memutihkan Kulit Muka Badan Tangan & Kaki (Tips & Petua)

Cara memutihkan kulit muka tangan dan kaki seluruh badan

Siapa yang tak mahu memutihkan muka, tangan dan kaki? Pastinya semua nak samada perempuan dan lelaki, tapi apakah cara dan petua yang berkesan untuk putihkan kulit seluruh badan dan adakah ubat yang mujarab terbaik?

Kaedah apakah yang bagus dan bagaimana caranya yang betul serta apa tips mereka yang cantik menawan dapat memutihkan kulit yang pada mulanya amat hitam dan gelap pasti ada satu rahsia yang tersembunyi kan?

Cara Buat Aiskrim Milo Homemade Sedap Guna Resepi Mudah

Cara Buat Aiskrim Milo

Aiskrim milo homemade akan jadi lebih sedap, lembut dan gebu kalau tahu cara nak buat dengan betul berpandukan kepada resepi serta bahan-bahan yang mudah supaya tekstur lembut jadi macam produk Nestle yang boleh beli di kedai.

Resepi Kek Marble Kampung Sukatan Cawan Mudah dan Simple

Kek marble kampung

Mungkin ramai yang tahu cara nak buat kek marble kampung yang simple biasanya orang lama dulu-dulu pandai masak dengan resepi legend turun temurun lebih sedap, mudah dan klasik tradisional katanya.

Jika anda ingin cuba resepi kek marble kampung guna sukatan cawan mesti jadi sebab kaedah membuatnya sangat mudah dan rasanya budak sekolah pun boleh kalau ikut step by step asalkan minat dan rajin.

Maksud Mimpi Rambut Gugur Banyak & Melihat Hampir Botak

Mimpi Rambut Gugur

Apa sebenarnya tafsir maksud mimpi rambut gugur dengan banyak sehingga tercabut hampir botak atau segenggam dan segumpal dalam Islam? Pasti ramai yang ingin tahu apakah petanda, alamat dan arti disebaliknya.

Samada bermimpi keguguran rambut yang berwarna hitam atau putih iaitu uban tentunya ada maksud yang mungkin tidak pernah kita tahu apakah perkara baik atau tidak yang akan berlaku.

Cawangan JPJ Negeri Sabah (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Cawangan JPJ Negeri Sabah

Senarai pejabat cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi daerah di negeri Sabah dengan alamat lengkap, nombor telefon, faks dan waktu operasi perkhidmatan kaunter serta lokasi-lokasi UTC terdekat.

Cawangan JPJ Negeri Perlis (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Cawangan JPJ Negeri Perlis

Senarai pejabat cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi daerah di negeri Perlis dengan alamat lengkap, nombor telefon, faks dan waktu operasi perkhidmatan kaunter serta lokasi UTC terdekat.

Cawangan JPJ Pulau Pinang (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Cawangan JPJ Negeri Pulau Pinang

Senarai pejabat cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi daerah di negeri Pulau Pinang dengan alamat lengkap, nombor telefon, faks dan waktu operasi perkhidmatan kaunter serta lokasi UTC terdekat.

Cawangan JPJ Kuala Lumpur (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Cawangan JPJ Kuala Lumpur

Senarai pejabat cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi daerah di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dengan alamat lengkap, nombor telefon, faks dan waktu operasi perkhidmatan kaunter serta lokasi-lokasi UTC terdekat.