Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) KPM

perintah kawalan pergerakan bersyarat

Berikut adalah FAQ atau soalan lazim berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah dikeluarkan untuk tatapan umum pada 3 Mei 2020.

Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat


A. PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

1. Adakah sekolah dibuka semula semasa PKPB?
Tidak, semua sekolah masih ditutup.

2. Bilakah akan dimaklumkan mengenai tarikh pembukaan semula sekolah?
Sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum sekolah dibuka.

B. GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH

3. Bolehkah Pengetua/Guru Besar dan pentadbir hadir bertugas di sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika ada keperluan.

4. Bolehkah guru terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dari rumah semasa PKPB?
Boleh. Guru digalakkan untuk terus melaksanakan PdP dari rumah.

5. Bolehkah guru ke sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.

6. Bagaimanakah guru yang terkandas di kampung/luar kawasan boleh pulang ke tempat tinggal semasa PKPB?
Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA dan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Guru perlu membuat perancangan awal untuk pulang ke tempat tinggal.

7. Adakah guru yang pulang ke negeri tempat bertugas perlu menjalani kuarantin?
Tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri berkenaan.

8. Bagaimanakah guru yang sedang berada di Semenanjung boleh pulang bertugas ke Sabah/Sarawak/Wilayah Persekutuan Labuan atau sebaliknya?
Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA bagi perjalanan ke lapangan terbang yang merentasi sempadan negeri. Tiket perlu ditempah sendiri dengan seawal mungkin bagi memastikan proses perjalanan yang lancar termasuk keperluan untuk kuarantin.

9. Adakah KPM menyediakan panduan kepada pihak sekolah dan guru bagi memastikan keselamatan mereka semasa bertugas di sekolah dalam tempoh PKPB dan Pasca PKP?
Ya. KPM akan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah pasca PKP yang turut terpakai semasa PKPB.

C. ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

10. Bolehkah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ke sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.

D. PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)

11. Bolehkah perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di sekolah/institusi pendidikan/pejabat/kuarters di bawah KPM dilaksanakan semasa PKPB?
Boleh, kecuali bangunan yang dijadikan sebagai pusat kuarantin dan penempatan yang diselia oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

12. Berapakah bilangan pekerja perkhidmatan KBK yang dibenarkan hadir bertugas?
Mengikut bilangan yang ditetapkan dalam kontrak.

13. Adakah skop dan waktu bekerja bagi pekerja perkhidmatan KBK mengikut ketetapan dalam kontrak?
Ya.

14. Apakah arahan/tindakan yang perlu dipatuhi oleh pekerja KBK ketika melaksanakan perkhidmatan?
Pekerja KBK perlu melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mengamalkan penjarakan sosial, sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer dan memakai penutup mulut dan hidung ketika melaksanakan tugas. Selain itu, pekerja perlu mematuhi garis panduan lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

15. Apakah tanggungjawab syarikat/kontraktor perkhidmatan KBK dalam melaksanakan perkhidmatan?
Syarikat/kontraktor perlu:

a) memastikan pekerja yang tidak sihat atau bergejala tidak datang bekerja dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan;

b) memastikan pekerja segera pulang ke rumah selepas selesai menjalankan tugas bagi mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan; dan

c) memaklumkan pihak KPM/Jabatan sekiranya terdapat pekerja mereka yang disahkan positif COVID-19.

E. SEKOLAH SWASTA

16. Adakah soalan lazim ini terpakai untuk pengoperasian sekolah swasta?
Ya.

Catatan: Sebarang perubahan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semoga perkongsian tentang soalan lazim atau faq berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini akan bermanfaat buat anda. - Bukit Besi Blog

Resepi Kebab Ayam Homemade Simple dan Paling Sedap

resepi kebab ayam paling sedap

Tak semua orang suka makan kebab dan biasanya kebab ayam atau daging yang menjadi pilihan. Makanan yang dikatakan berasal dari negeri Arab ini juga mudah didapati terutama ketika bulan Ramadhan atau pun di mana-mana pasar malam. Untuk kali ini kami kongsikan resepi kebab ayam homemade simple dan sedap.

Cara Buat Nasi Impit Homemade Guna Plastik Mudah & Jimat

cara buat nasi impit homemade

Ini adalah cara buat nasi impit sendiri di rumah lagi cepat dan mudah. Yang paling penting ia sangat menjimatkan dan tak perlu membazir beli yang instat atau ready made. Mulai sekarang anda boleh cuba buat sendiri dengan guna plastik saja.

Nasi impit kuah kacang memang sangat terkenal dan biasa dibuat di musim perayaan iaitu Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha. Siapa yang tak biasa makan kan? Jom kita tengok perkongsian cara buat nasi impit sendiri guna plastik daripada Puan Fauziah Amin.

Cara Buat Nasi Impit Homemade


Cara buat nasi himpit guna plastik

Kata Puan Fauziah, kalau buat nasi impit, ibunya lebih suka buat sendiri dan tidak suka beli di kedai kerana kadang-kadang nasi himpit tersebut adakalanya keras dan tidak memenuhi citarasa.

Jika dulu buat nasi impit dengan menggunakan daun kelapa iaitu ketupat nasi, tapi selepas berkahwin mak mertua ajar buat nasi impit guna plastik, Alhamdulillah mudah sangat dan cantik kejadiannya lembut setelah siap.

Untuk bahan-bahan membuat nasi homemade ini juga sangat senang dan mengikut kreativiti masing-masing. Antaranya beras, staple, air dan plastik yang kalis panas. Jika guna plastik biasa nanti kecut jadinya kan?

Basuhkan beras sebersih-bersihnya dan toskan. Kalau guna plastik yang kecil, bila dah masak nanti akan nampak comel sangat. Saya guna plastik 5x8, besar dan mudah.

cara merebus nasi impit cepat

Lipatkan di hujung plastik seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah dan seterusnya stapler. Ada juga yang guna dengan lidi, boleh juga dan tak salah.

resepi homemade nasi impit

Sukatan beras pula hanya setengah atau 1/2 daripada plastik macam dalam gambar di bawah.

cara buat nasi impit sendiri

Kemudian, buat lubang pada plastik dengan guna garpu atau lidi satay. Jangan sekali-kali menggunakan pisau kerana plastik pasti akan koyak.

nasi impit manual

Cara merebus nasi impit pula dalam jangka masa dua jam, itu yang paling cepat. Jika lagi lama, lebih elok kerana nasi impit tidak akan cepat basi.

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Terengganu

guna plastik

Jenis beras juga memainkan peranan penting jika anda ingin membuat nasi impit homemade dan saya guna beras macam dalam gambar di bawah iaitu beras Sekinchan Best yang dibeli di kedai Speedmart 99.

beras terbaik

Macamana? Mudah sangat kan nak buat nasi impit sendiri guna plastik aiskrim pun boleh. Mulai sekarang boleh buat dan makan nasi impit kuah kacang atau apa saja gandingannya setiap hari tak perlu tunggu musim raya baru boleh makan.

Semoga perkongsian resepi atau cara buat nasi impit homemade yang dikongsikan oleh Puan Fauziah Amin ini akan membantu memudahkan kerja anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Resepi Tteokbokki Gochujang Sedap & Mudah (Topokki & Kek Beras)

Resepi tteokbokki gochujang

Mungkin ada yang tak tahu apa itu tteokbokki atau juga dipanggil sebagai teokbokki, topokki, ddeokbokki, dukboki. Tteobokki sedap adalah sejenis makanan daripada Korea yang amat terkenal diperbuat daripada kek beras (rice cake) yang kenyal, lembut dan gebu, kek ikan dan sos cili merah yang rasanya manis.

Tteobokki juga mempunyai berbagai jenis rasa yang tersedap. Walau bagaimanapun, tteokbokki beras adalah yang amat popular dan digemari ramai orang. Manakala, tteokbokki yang telah dimodenkan mempunyai rasa yang agak pedas dan berwarna kemerah-merahan.

Versi asal tteokbokki adalah berwarna perang dan rasanya pula dikatakan biasa-biasa sahaja tetapi ia adalah sejenis makanan yang mewah. Tteobokki juga dikatakan adalah sebahagian daripada menu atau santapan keluarga diraja negara Korea pada satu ketika dulu.

Resepi Tteokbokki Gochujang Halal dan Sedap


Resepi tteokbokki segera

Cara untuk membuat tteokbokki sememangnya sangat mudah dan anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Mulai sekarang, jika anda nak makan topokki segera, dah tak perlu nak ke restoran Korea lagi kerana resepi tteobokki mudah dengan gochujang ini turut dikongsikan.

Ber Korea kita hari ini, tteokbokki atau topokki ini mengancam tak? Resepi tteokbokki ini banyak versi dan resepi ini mengikut selera saya. Ada tteobokki tanpa gochujang tetapi kalau tiada gochujang tiadalah rasa Korea. Ada yang guna gochujang saja tak campur sos dan bahan-bahan lain.

Kek Beras (Rice Cake)

  • Lebih kurang 400 gram tepung pulut
  • 3 sudu tepung beras
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak
  • Air

Resepi tteokbokki ramen mudah dan halal Malaysia

Gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh dan buat panjang-panjang serta rebus. Angkat, rendam dalam air yang sejuk sebelum perlu dipotong pendek-pendek.

Cara Buat Sos Tteokbokki

  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 3 sudu besar gochujang
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu teh gula
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu serbuk cili
  • i kiub ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit cuka
  • 2 gelas air untuk kuah
  • Biji bijan
  • Daun bawang
  • Crab stick
  • Fish kek (kek ikan)
  • Mee Ramen atau mee Maggi
  • Cendawan Enoki

Cara Menyediakan

Campurkan sos gochujang dengan sos cili, serbuk chili, bawang, gula, madu. Gaulkan. Panaskan air dan masukkan kiub ikan bilis. Seterusnya campurkan pes itu tadi.

Setelah mendidih masukkan sosej-sosej dan bahan seangkatannya.

Baca Juga : Resepi Pizza Homemade Tudung Periuk

Cara buat tteokbokki dengan gochujang guna tepung beras

Resepi kek beras malaysia

Letakkan gula, garam, sedikit cuka jika tidak cukup rasa masam. Seterusnya masukkan rice cake yang kenyal, letakkan cendawan Enoki sebelum api ditutup.

Cara membuat topokki guna sos korea

Kemudiannya, hias mengikut kreativiti anda dan kali ini ia dihias dengan telur, daun bawang dan biji bijan. Jika anda ingin makan dengan Ramen, sila letakkan Ramen. Siap.

Sebenarnya banyak lagi cara buat tteokbokki guna tepung beras dengan mengolahkan bahan seperti meletakkan cheese, tepung pulut, carbonara, ommason dan banyak lagi.

Semoga perkongsian resepi tteokbokki gochujang mudah yang segera dan halal yang dikongsikan oleh Puan Siti Faizah Mohamad Nawi ini akan memudahkan anda untuk membuat makanan Korea yang amat popular ini. Buat sekali nak buat lagi, kenapa? Sedap dan enak. - Bukit Besi Blog

Resepi Nasi Minyak Terengganu Gulai Ayam Masak Merah Sedap

Resepi nasi minyak Terengganu

Masakan nasi minyak Terengganu dengan ayam masak merah mudah adalah resepi rahsia dikongsikan oleh seorang anak jati negeri ini yang mana nasinya sangat sedap, lembut dan terangkat. Cara masak juga simple dan pasti ramai yang boleh buat.

Resepi Pizza Homemade Mudah Guna Tudung Periuk Versi PKP

resepi pizza homemade simple

Bila cuti dan free ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasti ramai yang bosan duduk di rumah, lebih-lebih lagi kaum ibu. Apa lagi, mesti nak makan je kerjanya. Kali ini, kami kongsikan resepi pizza homemade yang sedap dan lain dari yang lain.

Cara buat pizza homemade ini sebenarnya sangat mudah dan lebih menarik lagi tak perlu guna bekas yang grand, hanya guna tudung periuk saja dah jadi pizza paling sedap, lazat dan yang paling penting mengenyangkan satu keluarga.

Tak percaya? Resepi pizza homemade yang rare ini dikongsikan oleh seorang Ustaz yang dikenali sebagai Farid Rashidi yang berkongsi bagaimana cara untuk membuat pizza sendiri di rumah dengan menggunakan tudung periuk. Menarik tak?

Anda boleh cuba cara ini di rumah, memang sangat mudah dan sangat menjimatkan. Siapa sangka dengan tudung periuk pun boleh buat pizza macam beli di kedai. Jom kita tengok bagaimana pizza tudung periuk dibuat.

resepi pizza sedap sukatan cawan

Resepi Pizza Homemade Tudung Periuk


Saya taklah pandai masak mana. Cuma terkadang suka juga share menu-menu yang pernah dibuat. Dapatlah kongsi resepi campak-campak tu. Seronok juga bila tengok orang berselera makan makanan yang kita masak kan?

Pizza Daging Kari

pizza perasa daging kari

Pizza Sardin

pizza perasa sardin

Semalam saya ada share gambar pizza homemade guna tudung periuk. Tak sangka, ramai pula berkenan nak resepinya. Baiklah, ini bahan-bahan dan cara buat pizza homemade.

Berikut adalah bahan-bahan untuk buat doh pizza:

1. Tepung Gandum 1 Kg.
2. Yis 1 peket.
3. Minyak Masak 2 sudu besar.
4. Air Suam 1 jug sederhana.
5. Gula 2 sudu besar.
6. Garam 1 sudu besar.

Bahan-bahan Pizza

Bahan-bahan untuk perasa topping. Terpulanglah nak buat topping macam mana pun. Saya buat Daging Kari. Boleh juga tukar ke Black Paper. Atau paling simple, buat topping Sardin tin.

1. Daging Kisar.
2. Bawang besar Holland ½ biji.
3. Bawang putih 2 ulas.
4. Serbuk Kari Daging 1 sudu. Kalau tak ada, boleh gantikan dengan Serbuk Black Papper.
5. Sos Tiram 1 sudu.
6. Serbuk Perasa Hilal 1 sudu.
7. Minyak Masak untuk menumis.
8. Sedikit gula dan garam.

cara buat topping pizza

Bahan Topping Pizza

Semua bahan digoreng hingga separuh masak. Tak payah garing sangat nanti nak bakar lagi kan.
Bahan-bahan untuk topping (untuk tabur di atasnya).

1. Daging Kisar yang dah siap tadi.
2. Pes Tomato.
3. Mayonis.
4. Sosej.
5. Cheese Cheddar.
6. Cheese Mozzarella (Barulah boleh tarik panjang-panjangkan. Feel makan Pizza).
7. Sayuran (Bawang Holland, Tomato, Cili Benggala, Nenas).

Satukan bahan-bahan untuk buat doh dalam satu bekas kecuali air. Gaul dulu pelan-pelan. Lepas tu, masukkan air suam sikit demi sikit. Uli lah sampai doh lembut ya. Lembut dan gebu macam pipi bayi. Tutup. Biarkan dalam setengah jam.

cara buat pizza simple

Keluarkan doh, tumbuk padu bagi keluar angin. Buat bulat dan leperkan atas acuan. Tak ada acuan, hentam tudung periuk mak punya pun boleh. Haha.

resepi pizza lembut dan gebu

Sapu lapisan pertama dengan Pes Tomato. Lapisan kedua sedikit Mayonis (Terpulang tak nak letak pun boleh). Tabur daging kisar, Sayuran, kepingan Sosej dan Cheese.

cara buat pizza homemade

resepi pizza mudah homemade

Bakar dalam ketuhar 10-15 minit suhu 200° C. Siap dihidang dan di ngap. Doa makan jangan lupa ya.

Macamana? Mudah kan cara buat pizza ni? Semoga perkongsian resepi pizza homemade daripada Ustaz Farid Rashidi ini akan bermanfaat pada anda serta membantu memudahkan kerja anda untuk memasak resepi ini. - Bukit Besi Blog

Resepi Ikan Percik Kelantan Sedap dan Simple

Resepi ikan percik kelantan kuah putih

Resepi ikan percik Kelantan simple dan sedap yang boleh diolah menjadi berbagai versi mengikut kreativiti si tukang masak. Namun, resepi yang dikongsikan ini adalah original daripada Kelantan dan warisan turun temurun.

Cara Memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP (Baitulmal)

bantuan zakat kecemasan maiwp

Bagi golongan yang telah terjejas pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan, anda boleh membuat permohonan atau memohon Bantuan Zakat Kecemasan yang telah disediakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula hari ini.

Untuk membuat permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP, anda perlu mengisi borang permohonan melalui laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/. Walau bagaimanapun, sekiranya anda pernah memohon bantuan zakat di MAIWP melalui talian hotline Whatsapp, anda tidak lagi boleh memohon.

Ini kerana seperti yang dilaporkan di laman Berita Harian, mereka yang telah memohon berkemungkinan akan menyebabkan permohonan tersebut akan ditolak untuk mengelakkan pertindihan maklumat selepas memohon semula.

Berikut dikongsikan cara memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP bersempena Perintah Kawalan Pergerakan bagi seluruh penduduk yang terjejas pendapatan yang tinggal di kawasan Wilayah Persekutuan sahaja.

Permohonan Bantuan Zakat  Kecemasan MAIWP


1. Masuk ke laman ebaitulmal dan klik pada Pengguna Baru untuk mendaftar nama bagi pertama kali menggunakan sistem ebaitulmal.

Semua pemohon perlu mengisi semua butiran termasuk kata laluan yang akan digunakan nanti untuk tujuan daftar atau akses semula ke dalam sistem.

Sila ikut langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Pastikan anda mengisi semua ruangan termasuk telah memenuhi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan.

bantuan kecemasan zakat covid 19

2. Sila masukkan nombor kad pengenalan berserta kata lalu yang telah didaftarkan dan klik butang Log Masuk.

Pastikan anda menekan tab Maklumat Pemohon untuk melengkapkan borang permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP.

jenis bantuan baitulmal

3. Anda perlu mengisi setiap satu ruang yang perlu dimasukkan semua butiran dan maklumat peribadi anda berserta maklumat akaun dan juga ruangan muat naik dokumen yang diperlukan.

musaadah covid 19

4. Di bahagian ini anda perlu muat naik semua dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan iaitu salinan kad pengenalan, bil air atau api, penyata bank terkini dan surat atau dokumen yang berkaitan dalam format PDF, JPG, JPEG atau GIF.

bantuan kecemasan zakat kuala lumpur

5. Sila ikuti langkah seterusnya seperti yang dinyatakan di bawah iaitu anda perlu kemaskini tanggungan atau penambahan tanggungan.

bantuan pkp kuala lumpur

6. Setelah selesai mengisi semua maklumat diperlukan anda perlu menghantar borang permohonan bantuan dengan mengikut langkah seterusnya seperti di bawah.

cara memohon bantuan zakat kecemasan

7. Hantarkan permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP seperti ditunjukkan di bawah.

bantuan covid19 kl

8. Sebaiknya sebelum menghantar, anda wajib membuat semakan permohonan supaya tiada sebarang kesilapan terutama di bahagian pengisian maklumat.

bantuan perintah kawalan pergerakan kl

Dapatkan manual pengguna yang menunjukkan cara membuat permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP di sini. Diingatkan sekali lagi, hanya mereka yang layak dan tinggal di Wilayah Persekutuan saja boleh memohon bantuan ini.

Semoga permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP anda berjaya serta diluluskan. Diharap bantuan ini juga akan dapat meringankan beban mereka yang amat memerlukan.

Cara Mendidik Anak Lelaki & Perempuan Dengan Betul

cara mendidik anak lelaki dan perempuan

Agama Islam memang amat menitikberatkan cara mendidik anak lelaki dan perempuan berserta peranan ibu bapa dalam mendidik anak seperti mana hadis Rasullah yang menyatakan, anak itu umpama seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi Nasrani, Yahudi atau Majusi.

Daripada hadis tersebut telah jelas dan terang menyatakan tanggungjawab sebagai ibu bapa sangat besar untuk mendidik anak-anak serta perlu memegang amanah yang pertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengajar semua anak-anak untuk mengenali Islam dan tanggungjawab sebagai manusia di dunia dan akhirat.

Walau bagaimanapun, cara mendidik anak lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan yang ketara yang harus ibu bapa ketahui. Tetapi, kasih sayang terhadap anak haruslah sama dan tidak memilih kasih agar mereka tahu ibu dan bapa sayang kepada semua anak-anaknya.

Cara Mendidik Anak Lelaki dan Perempuan


Peranan ibu bapa terhadap mendidik anak lelaki dan perempuan harus diberikan perhatian yang lebih agar ibu dan bapa tidak tersalah mendidik. Bimbingan Islamik secara berterusan kepada anak lelaki dan perempuan adalah amat dituntut dalam Islam.

cara didik anak dalam islam

Apa yang paling penting, peranan ibu bapa terhadap anak adalah wajib meluangkan lebih banyak masa dengan anak lelaki atau perempuan supaya mereka tidak merasa kesunyian serta tidak diabaikan oleh ibu bapa sendiri yang selama ini mereka harapkan perhatian.

Terkadang ada ibu bapa yang amat mementingkan tugas atau kerja sehinggakan tanggungjawab anak-anak diabaikan serta diserahkan kepada pembantu rumah. Kebanyakan remaja hari ini yang terlibat dengan gejala sosial adalah kerana kurangnya perhatian daripada ibu bapa.

Begitu juga anak-anak kecil yang kurang mendapat perhatian ayah dan ibu, mereka seolah tidak lagi mengharapkan perhatian ibu bapa selepas setiap hari tugas menjaga anak diserahkan kepada pembantu rumah sehinggakan waktu bertemu dengan anak hanya pada waktu malam sahaja.

Oleh itu, ibu bapa mempunyai peranan yang amat penting untuk membesarkan anak-anak mereka. Setiap ibu bapa perlu menguruskan dan membahagikan masa dengan betul antara kerja dan masa yang perlu diluangkan untuk anak-anak agar semua anak tidak terasa terpinggir dan diabaikan.

cara mendidik anak supaya cemerlang dalam pelajaran

Baca : Doa Anak Lulus Periksa

Didikan Utama Untuk Anak Lelaki

  • Latihkan sifat kepimpinan dalam diri anak lelaki
  • Dekatkan mereka dengan masjid
  • Lebihkan gerak kerja yang lasak (outdoor dan berpanas)
  • Latihkan mereka menjadi imam solat berjemaah
  • Ajarkan ilmu yang patut diketahui oleh seorang lelaki seperti membaiki paip yang rosak, memotong rumput, berkebun, bertukang kayu, membaiki alatan elektrik, membaiki jentera bermotor dan sebagainya.
  • Elakkan membeli permainan untuk anak perempuan seperti anak patung, pinggan mangkuk. pakaian dan sebagainya.
  • Galakkan mereka dengan menyertai kerja-kerja sukarelawan seperti gotong-royong dan lain-lain
  • Buat passport antarabangsa untuk mereka dan carilah peluang menghantar mereka ke luar negara sama ada untuk belajar atau mencari pengalaman.

Didikan Utama Untuk Anak Perempuan

  • Didik mereka menutup aurat semenjak kecil dan jangan memakai pakaian lelaki.
  • Galakkan mereka membuat kerja-kerja rumah seperti memasak dan sebagainya berbanding dengan anak-anak lelaki.
  • Elakkan dari membeli alat permainan kanak-kanak lelaki seperti lori, kereta mainan, robot, peralatan pertukangan, pistol, senapang dan sebagainya.
  • Latih mereka sejak kecil agar bersopan santun dan lembah lembut.
  • Terangkan kepada mereka tentang haid, nifas, kehamilan dan melahirkan anak apabila mereka akil baligh.
  • Ajarkan mereka dengan kemahiran yang patut diketahui oleh seorang wanita seperti berhias, menghias, memasak dan mengemas rumah, menjaga anak kecil, menjahit, asas rawatan kecemasan dan lain-lain yang melibatkan tugas seorang perempuan.

Didik Anak Cara Nabi - Sunnah Rasulullah

didik anak cara nabi sunnah rasulullah

Berikut dikongsikan empat cara mendidik anak atau empat tahap mendidik anak dengan mengikut sunnah Rasulullah sepertimana yang digalakkan dalam Islam. Semoga perkongsian tips ini akan bermanfaat buat semua ibu bapa.

Tahap 1 (Umur 0 hingga 6 Tahun - Mumayyiz)

Pada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibubapa, dibelai dengan kasih sayang, diajak bermain dan bergurau. Natijahnya agar anak sentiasa sedar rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.

Tahap 2 (Umur 7 hingga 14 Tahun)

Ketika ini, ibubapa hendaklah mendidik mareka dengan kasih sayang tapi tegas dengan arahan, displin dan beri mereka tanggungjawab. Didiklah mereka tentang solat, puasa dan ibadah lain.

Tahap 3 (Umur 15 hingga 21 Tahun)

Cara mendidik anak lelaki dan perempuan di tahap ini adalah dengan cara berkawan. Bertukar pendapat dan hormati mereka selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Tahap 4 (Umur 21 tahun ke atas)

Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. Anak adalah amanah dan tanggungjawab kita bukannya hak milik.

Sebenarnya, ibu bapalah yang mempunyai peranan yang paling penting untuk mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang berguna serta berjaya dunia akhirat. Kepada ibu bapa, belajarlah dan fahamilah cara mendidik anak lelaki dan perempuan dengan betul, insya Allah anda akan berjaya. - Bukit Besi Blog