3 Resepi Laksa Penang Asli Kuah Pekat Paling Mudah & Sedap

Laksa penang

Laksa Penang adalah antara makanan yang popular di utara iaitu di negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan juga Perak. Sehingga hari ini ramai yang meminati makanan ini yang mempunyai kuah dari isi dan tulang ikan segar iaitu ikan sardin menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Resepi Rendang Itik Paling Sedap dan Menyelerakan

resepi rendang itik

Tak semua orang makan daging itik yang boleh dengan berbagai jenis masakan sama ada kari, salai dan sebagainya mengikut cara masak masing-masing. Apa kata anda cuba resepi rendang itik ala-ala rendang tok?

Perbezaan Adat Orang Melayu dan Ajaran Islam Bab Kematian

adat melayu yang bertentangan dengan islam

Antara adat masyarakat Melayu dan Islam ternyata sangat banyak beza. Ini terbukti melalui satu perkongsian yang menjelaskan perbezaan tersebut dengan memperlihatkan adat Melayu dan juga ajaran Islam.

Mungkin masih ramai di antara kita yang masih belum betul-betul memahami apakah yang dikatakan ajaran Islam dan yang mana satukah adat orang Melayu. Jom kita lihat apakah perbezaan tersebut yang dikatakan sehingga hari ini masih ramai yang mengamalkannya.

Adat Melayu dan Ajaran Islam Bab Kematian


adab selepas kematian ahli keluarga

Mendengar Berita Kematian

Melayu: Masyarakat kita hari ini apabila mendengar tentang berita kematian seseorang kebanyakannya akan mengucapkan atau membaca surah Al-Fatihah.

Islam: Dalam Islam diajarkan apabila kita mendengar berita tentang kematian orang Islam kita perlu mengucapkan Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Kebumikan Jenazah

budaya yang bertentangan dengan islam

Melayu: Menjirus air dengan juga yang biasanya diikat dengan kain putih. Kemudian akan menabur bunga di atas kubur, selain itu ada juga yang meletakkan batu-batuan di sekeliling kubur atau di atas kubur tersebut.

Islam: Ajaran Islam tiada sebarang jirusan air di atas kubur. Jika dijirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tak mengapa tetapi jika air dijirus supaya mayat merasa sejuk, maka kepercayaan ini yang akan merosakkan akidah.

Kubur Jenazah

adab selepas kematian ahli keluarga

Melayu: Kubur dihias umpama pengantin, ada bangunan, ada tertera nama, tarikh hidup dan mati. Ada pakej upah untuk membaca Al-Quran, dua batu nisan.

Kubur dijadikan masjid tempat beribadah serta meminta. Perlu memberikan wang kepada orang yang solat jenazah, kepada penggali kubur dan perlu sediakan wang sekurang-kurangnya RM1000.

Islam: Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada sebarang hiasan. Tiada bangunan, tiada sebarang kapur, nama, tarik hidup dan mati. Tiada sebarang upah untuk bacaan Al-Quran di perkuburan.

Batu nisan hanya satu di setiap kubur. Tempat beribadah di masjid bukanlah di tanah perkuburan. Tiada sedikit wang pun diperlukan kerana tugas menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah bagi umat Islam.

Kenduri Arwah


Melayu: Keluarga si mati akan buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan yang tertentu, doa, tertentu, surah yassin serta dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makan walaupun dalam keadaan susah atau terpaksa.

Jika bersedekah, itu tidak salah dengan meluruskan niat. Kenduri dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari di atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur. Ritual seperti ini adalah milik agama Hindu.

Islam: Tiada kenduri untuk jenazah. Yang ada hanyalah mendoakan jenazah walau di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )
Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat akan memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesedihan dan juga kesusahan.

Bacaan Talqin

perkara khurafat dalam pengurusan jenazah

Melayu: Bacaan talqin dibaca di atas kubur oleh imam yang telah diupah. Imam akan memberikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan atau fulanah tersebut.

Islam: Tiada sebarang talqin dibocorkan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di dalam kubur.

Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling ingat-mengingati hari kematian yang akan tiba kepada yang menziarahi si mati di perkuburan itu tidak menjadi kesalahan kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Jadi, marilah kita semua berlapang dada serta renung-renungkan tentang perkongsian ini yang menjelaskan tentang perbezaan adat masyarakat Melayu dan juga ajaran Islam itu sendiri. Perlu diingatkan Melayu adalah sekadar bangsa dan Islam itu akidah kita.

adat kematian kaum melayu

Oleh itu, mari kita sebarkan tentang perkara ini kepada mereka yang masih lagi belum tahu tentang ini secara keseluruhan. Nabi juga ada berpesan di dalam sebuah hadis untuk dijadikan panduan iaitu:

"Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak." (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Semoga perkongsian dari Suraya Abdul Wahab, tentang perbezaan adat orang Melayu dan juga ajaran Islam ini akan menambahkan pengetahuan kita yang selama ini kita tidak pernah tahu. Semoga bermanfaat kepada semua termasuk ahli keluarga dan sahabat handai. - Bukit Besi Blog

Resepi Sos Cili Thai Homemade Paling Sedap (Thai Sauce)

resepi sos cili thai homemade

Pasti ramai yang suka makan sos cili Thai yang istimewa boleh dimakan dengan bermacam-macam jenis makanan terutamanya seperti kerang, keropok lekor, ayam KFC, daging bakar dan banyak lagi. Apa kata anda buat sendiri ikut resepi sos cili Thai homemade yang teramat sedap.

Fadhilat Yasin 7 Mubin Pulangkan Sihir dan Memohon Segala Hajat

Yasin 7 mubin

Pasti anda sudah tahu tentang fadhilat dan kelebihan Yasin 7 Mubin yang terbukti berkesan jika diamalkan setiap hari untuk meminta apa saja seperti mencari barang yang hilang, pulangkan sihir, suami curang, pengasihan, sembuh penyakit, rezeki dan segala hajat yang diinginkan.

Jika anda ingin tahu cara untuk membaca Yasin 7 Mubin ini atau bagaimana untuk mengamalkan amalan ini, anda boleh terus membaca sehingga ke perenggan yang terakhir kerana kami kongsikan cara dan kaedah yang perlu anda buat untuk sebarang hajat.

Cara Melaksanakan Bacaan Yasin 7 Mubin Untuk Hajat



Antara kelebihan serta fadhilat yang terdapat pada Yasin 7 Mubin ini adalah seperti berikut yang dikongsikan oleh saudara Shafiq Qolbu menerusi laman Facebook yang turut mendapat perhatian ramai netizen.

  • Menjadi pendinding diri daripada gangguan jin, syaitan dan iblis.
  • Membantu anak yang tidak mendengar kata atau memanggil anak yang lari dari rumah.
  • Dapat melindungi diri daripada difitnah atau dizalimi manusia.
  • Untuk pesakit yang sedang tenat dan dibaca serta diberi minum air Yasin ini.
  • Untuk mendapatkan apa saja barang yang hilang seperti barang berharga iaitu anak, barang kemas, kenderaan dan sebagainya.

Namun, diingatkan ia tidak boleh dibacakan untuk mencari barang yang kurang berharga atau barang yang boleh luput seperti buah-buahan atau yang seumpama dengannya.

Walau bagaimanapun, anda diingatkan juga, Yasin 7 Mubin ini adalah satu keadah zikir sahaja dan jangan terlalu mengharapkan kepada ayat ini semata-mata dan harus jaga iktikad anda dan yang paling penting adalah berserah kepada Allah SWT yang maha mengetahui segala-galanya.

Ayat ini juga adalah sebagai ikhtiar kita untuk diri kita meminta daripada Allah SWT agar dapat beri sebarang pertolongan di atas segala hajat yang anda inginkan. Sebaiknya jangan dilupakan solat lima waktu yang wajib kita lakukan setiap hari serta ibadah-ibadah lain seperti sedekah dan sebagainya.

Kaedah Membaca Bacaan Yasin 7 Mubin

Untuk lebih mudah faham, penulis mencadangkan kita mengambil situasi di mana diri kita kehilangan barang berharga atau kita mencari barang yang hilang. Lalu baca Yasin 7 Mubin ini dengan kadar segera.

Anda perlu buat Solat Hajat sekurang-kurangnya dua rakaat dengan memohon kepada Allah supaya mengembalikan semula barang anda yang telah hilang atau yang telah dicuri itu.

kebaikan yasin 7 mubin untuk jodoh

Selain itu, anda juga boleh baca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan secara bersungguh-sungguh di dalam hati dengan memohon keampunan daripada Allah SWT semasa sujud yang terakhir dalam solat anda.

1. Setelah anda selesai membuat Solat Hajat, anda boleh mula baca Surah Yasin. Selepas anda sampai kepada bacaan Yasin yang mempunyai perkataan Mubin, anda perlu berhenti iaitu Wakaf dan seterusnya berdoa kepada SWT seperti di bawah:

kebaikan yasin 7 mubin untuk suami curang

2. Bacaan yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah serta selawat 11 kali. Baca Yasin sehingga di Mubin pertama iaitu ayat yang ke 12 dan berdoa.

cara memulangkan sihir guna 7 mubin

3. Baca semula Yasin dari awal sehingga bertemu dengan Mubin yang kedua iaitu ayat ke 17 dan seterus berdoa dengan hajat anda itu.

cara pulangkan sihir

4. Bacakan semula surah Yasin dari awal semula sehingga bertemu dengan perkataan Mubin yang ketiga iaitu ayat yang ke 24 dan berdoa benda yang sama.

Bacaan ayat

5. Baca semula bacaan Yasin dari awal juga sehingga terjumpa perkataan Mubin yang ke 4 iaitu di ayat yang ke 47 dan berdoa.

cara baca yasin 7 mubin

6. Baca semula bacaan Yasin dari awal sehingga bertemu dengan Mubin yang kelima iaitu ayat yang ke 60 dan berdoa.

yassin 7 mubin untuk barang hilang

7. Baca semula Yasin dari awal sehingga bertemu dengan Mubin yang ke 6 iaitu di ayat yang ke 60, seterus doa.

Pengasihan dan rezeki

8. Kemudian yang terakhir sama juga, baca dari awal sehingga berjumpa dengan Mubin yang ketujuh pada ayat yang ke 77 serta habiskan keseluruhan surah Yasin tersebut iaitu sehingga ayat yang ke 83 diakhiri dengan bacaan penutup, lalu berdoa sebanyak 28 kali.

Yasin 7 Mubin Pulangkan Sihir

Sekiranya anda pernah mengalami gangguan sihir yang sering berulang-ulang tanpa henti sehingga memudaratkan diri atau keluarga sehingga tidak berkesudahan, anda boleh terus mengamalkan Yasin 7 Mubin ini.

Perlu diingatkan anda harus berniat untuk memberi pengajaran atau kesedaran terhadap mereka yang menghantar sihir atau penyihir tersebut supaya ia insaf atau tidak lagi akan menganggu anda dan keluarga.

Insya Allah, berkat dengan amalan Yasin 7 Mubin ini, penyihir tersebut tidak lagi akan menghantar sihir atau tidak lagi akan menganggu keharmonian rumah tangga atau hubungan anda sekeluarga serta mereka akan terus berhenti membuat perkara syirik tersebut.

Cara Baca dan Mengamalkan

1. Anda harus bangun pada waktu malam dan membersihkan diri dengan betul serta mengambil wuduk seperti biasa.

2. Anda perlu menunaikan Solat Sunat Taubat sebanyak dua rakaat.

3. Menunaikan Solat Hajat sebanyak dua rakaat serta disudahi dengan doa agar dijauhi dari sebarang gangguan sihir dan jin yang menganggu.

4. Selepas selesai solat, anda harus membaca Surah Yasin sehingga bertemu dengan perkataan Mubin yang pertama kemudian wakaf atau berhenti sebentar dan berdoa kepada Allah untuk pulangkan sihir tersebut kepada penyihir.

5. Anda perlu ulang dari awal membaca Surah Yasin sehingga terjumpa dengan perkataan Mubin yang kedua seterusnya berhenti sebentar dan berdoa sepertimana anda doa tadi.

6. Anda perlu lakukan semua langkah seterusnya dengan membaca Surah Yasin dari awal sehingga bertemu dengan perkataan Mubin yang seterusnya iaitu Mubin ketiga, Mubin keempat, Mubin kelima, Mubin keenam dan Mubin yang ketujuh.

Anda harus wakaf iaitu berhenti setiap kali bertemu Mubin dan berdoa sebagaimana anda berdoa di setiap Mubin itu tadi. Baca sehingga Mubin yang ketujuh dan berdoa kepada Allah SWT agar pulangkan sihir yang telah dihantar kepada anda dipulangkan kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran kepadanya.

7. Selepas selesai Mubin yang ketujuh, anda wajib membaca baki Surah yasin itu tadi sehingga ke penghujung ayat surah ini iaitu sehingga ke ayat yang terakhir iaitu ayat yang ke 83.

8. Setelah selesai membaca, anda perlu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar sebanyak 10 kali dengan niat meminta Allah memberikan petunjuk tentang sihir ini melalu mimpi ketika tidur. Insya Allah jika kerap dilakukan ianya akan berhasil dengan cepat dan berkesan.

Baca : Doa Supaya Cepat Dapat Jodoh

Sebaiknya sekiranya anda ingin membuat amalan Yasin 7 Mubin ini, pastikan anda tidak meninggalkan solat lima waktu berserta dengan ibadah-ibadah lain seperti sedekah dan sebagainya. Jika semua ini dilakukan pasti semua hajat anda akan dimakbulkan, insya Allah.

Semoga perkongsian fadhilat Yasin 7 Mubin untuk pulangkan sihir, mencari barang yang hilang atau untuk segala hajat dari Facebook ini akan dapat membantu anda untuk mendapatkan semua hajat anda itu. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Resepi Rendang Ayam Sedap & Cara Masak Step by Step Sangat Mudah

resepi rendang ayam simple dan sedap

Mungkin ada yang baru pertama kali nak buat rendang ayam pada hari raya nanti. Rasa-rasa boleh buat tak? Anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resepi rendang ayam paling sedap dan mudah ini, insya Allah menjadi.

Kalau anda nak cuba masak rendang ayam ini, anda perlu ikut step by step cara nak buat mengikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurul Jannah Zakariar ini.

Walau bagaimanapun, rendang ayam ini tidak diketahui dari negeri mana. Kenapa? Sebenarnya, rendang mempunyai berbagai versi yang mana rendang Kelantan, Terengganu, Johor, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan mempunyai perbezaan katanya.

Dalam banyak-banyak resepi rendang ayam, dari negeri mana yang paling sedap? Ada orang kata rendang ayam tok paling sedap dan sangat terbaik rasanya iaitu rendang dari negeri Perak. Rasanya dari mana pun tak apa asalkan rendang itu sedap dan menjadi. Itu paling penting.

Resepi Rendang Ayam Simple dan Sedap


Bahan-bahan

  • Seekor ayam
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili padi mengikut pedas yang diinginkan
  • Halia dua inci
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 4 atau 5 batang serai
  • Santan kelapa
  • Cili boh atau cili kering
  • 1 kotak santan 200 ML
  • Gula Melaka
  • Kerisik
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit

1. Blend atau kisar semua bawang iaitu bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, kunyit, serai, lengkuas.

Masukkan minyak dan agak-agak, setelah minyak panas, masukkan bahan yang telah anda kisar itu tadi.

rendang ayam cili api

2. Tumiskan semua bahan tersebut sehingga beberapa minit. Setelah itu masukkan cili boh atau cili kering agak-agak saja kerana cili api yang dimasukkan itu tadi telah pedas. Jangan terlalu banyak nanti sangat pedas.

resepi rendang ayam sedap dan mudah

3. Kacaukan sehingga sebati dan seperti yang ditunjukkan dalam gambar iaitu pecah minyak. Masakkan seketika.

sambal rendang

4. Seterusnya masukkan ayam yang telah siap dicuci sebersihnya. Ayam ini seekor saja dan beratnya sekitar 2 kg sahaja.

rendang ayam buat sendiri

5. Setelah itu, gaulkan ayam sehingga menjadi sekata seperti dalam gambar di bawah.

cara membuat rendang ayam paling senang

6. Kemudian masukkan garam mengikut kehendak anda sendiri. Jangan terlalu masin. Anda boleh memilih sama ada nak guna garam halus atau pun garam kasar.

Ayam hanya seekor

7. Kemudian, masukkan santan kelapa sama ada santan kotak, ikut selera dan apa yang memudahkan anda.

ayam rendang paling sedap

8. Anda perlu tambahkan satu setengah air masak menggunakan sukatan kotak santan atau agak-agak saja jika menggunakan santan kelapa, jangan terlebih air.

santan kotak boleh guna

9. Seterusnya masakan ayam rendang anda akan jadi seperti gambar di bawah.

santan kelapa wajib ada

10. Anda perlu pastikan kerap mengacau rendang ayam anda supaya rendang anda tidak menjadi hangus atau hangit.

daun kunyit

11. Kemudian apabila rendang ayam kelihatan agak kering, masukkan gula Melaka seperti ditunjukkan di bawah.

resepi rendang ayam mudah

12. Seterusnya, masukkan kerisik, jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit.

masakan rendang ayam simple

13. Gambar rendang ayam di bawah menunjukkan gula Melaka dan kerisik telah jadi sebati.

cara buat rendang ayam cili padi

14. Kemudian, masukkan daun kunyit dan juga daun limau purut. Daun kunyit perlu dihiris halus seperti di bawah.

rendang ayam resepi

15. Anda wajib memastikan masak rendang ayam tersebut sehingga daun limau dan juga daun kunyit menjadi layu dan kemudian tutupkan api.

cara masak rendang ayam

16. Gambar resepi rendang ayam simple dan sedap telah siap sepenuhnya. Anda boleh makan dengan ketupat atau nasi himpit pada pagi raya nanti.

cara masak rendang ayam

Semoga perkongsian resepi rendang ayam simple dan mudah berserta cara membuat step by step dari Facebook ini akan membantu anda untuk menyediakan ayam rendang dengan cepat dan senang. Semoga bermanfaat.

Petua Hilangkan Demam Panas & Cara Turunkan Suhu Badan (Bayi & Dewasa)

petua hilangkan demam panas bayi dan dewasa

Serangan demam panas atau demam biasa adalah penyakit yang sentiasa akan menyerang sesiapa saja sama ada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Ia membabitkan suhu badan seseorang yang semakin meningkat dan panas menyebabkan individu tersebut tidak aktif dan tidak bermaya.

Doa Seri Wajah Nabi Yusuf Penyeri Muka Pengasih Suami Isteri

Doa seri wajah surah yusuf surah taha

Jika anda ingin wajah berseri dan bercahaya atau cantik seperti bidadari serta ingin menaikkan seri wajah agar muka sentiasa manis dipandang orang, anda boleh amalkan berbagai amalan dan ayat daripada Al-Quran. Salah satunya adalah doa penyeri wajah Nabi Yusuf yang terbukti amat berkesan.

Sesiapa pun anda sama ada lelaki atau perempuan, anda boleh membaca doa seri wajah Nabi Yusuf ini disamping tidak meninggalkan solat lima waktu serta turut sama mengamalkan ibadah-ibadah lain seperti sedekah amal jariah dan sebagainya.

Doa Seri Wajah Nabi Yusuf


Doa kecantikan untuk menaikkan seri wajah agar wajah sentiasa berseri-seri dan pemanis muka daripada surah Nabi Yusuf ini perlu dibaca setiap kali selepas selesai menunaikan solat fardhu pada setiap hari.

Selain doa seri wajah Nabi Yusuf, anda perlu juga membaca ayat pengasih daripada surah Taha ayat 39 sebagai pelengkap untuk menyerikan wajah serta untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan juga hubungan dengan anak-anak yang akan menghormati ibu bapa mereka.

Dikatakan juga doa seri wajah ini juga sekiranya diamalkan setiap hari dan anda tidak meninggalkan solat, hubungan adik beradik, anak, suami isteri, keluarga, jiran tetangga, saudara mara dan juga sahabat handai akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Doa Nabi Yusuf Pemanis Wajah

Doa Nabi Yusuf penyeri wajah lelaki perempuan

Bacaan Dalam Rumi:

Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin.


Maksud Rumi Surah Yusuf Ayat 4:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku."

Doa Pengasih Penyeri Muka

doa menaikkan seri wajah surah yusuf ayat 4

Bacaan Dalam Rumi:

Untuk surah Taha ayat 39 ini anda hanya perlu baca keratan ayat daripada surah ini seperti di bawah, walau bagaimanapun tidak salah membaca keseluruhannya.

Wa-alqaytu'‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii.


Maksud Rumi Surah Taha Ayat 39:

"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya;

dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu."

Cara Mengamalkan Doa Seri Wajah

Untuk mengamalkan kedua-dua doa seri wajah ini, anda perlu membaca sebanyak tiga kali dan kemudiannya disapukan di muka. Amalan ini juga amat sesuai untuk sesiapa saja yang berat jodoh atau lebih tepat lagi lambat dapat jodoh dan belum berkahwin.

Anda wajib tahu tentang ini iaitu jangan sekali-kali membaca hanya satu doa di atas iaitu dengan memisahkan surah Yusuf ayat 4 dan surah Taha ayat 39 tersebut. Ia perlu dibaca kedua-duanya dalam satu masa selepas selesai solat.

Baca : Doa Supaya Cepat Dapat Jodoh

Surah Yusuf ayat 4 perlu dibaca terlebih dahulu sehingga selesai, kemudiannya anda berhenti sebentar sebelum meneruskan bacaan keratan ayat daripada surah Taha ayat 39. Jangan terus disambung setelah habis membaca surah Yusuf ayat 4 tersebut.

Anda wajib menggunakan doa seri wajah atau doa pemanis muka dari surah Yusuf dan surah Taha ini dengan tujuan untuk kebaikan seperti untuk disayangi suami atau isteri, sesiapa sahaja dan sebagainya. Jangan digunakan ke arah yang tidak baik.

Doa Nabi Yusuf agar dicintai wanita

Untuk kesan yang lebih cepat dan berkesan, anda digalakkan membaca doa seri wajah ini setiap kali bertemu dengan orang yang anda kasihi seperti kekasih, suami, isteri dan sebagainya. Lebih afdal jika dibaca di hadapannya.

Anda tidak perlu membaca doa seri wajah ini dengan nada yang kuat dan jelas, ia memadai dengan membaca ayat pengasih ini di dalam hati ditambah dengan niat di dalam hati dengan niat yang baik dan ikhlas.

Selain membaca doa penyeri muka untuk isteri atau suami, anda boleh juga mengamalkannya dengan sentiasa membaca kedua-dua doa ini setiap kali habis solat dengan niat untuk dikasihi orang ramai atau masyarakat. Bacalah sebanyak 3 kali selepas solat.

Semoga perkongsian doa seri wajah pemanis muka ini akan membantu anda untuk mencapai impian dan keinginan anda untuk dikasihi oleh mereka yang anda sayang. Amalkan dengan kebaikan dan niatkan semuanya kerana Allah SWT. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Resepi Onde Onde Bunga Telang (Buah Melaka)

resepi onde onde bunga telang

Resepi onde onde bunga telang yang cantik dan menawan. Biasanya kuih ondeh-ondeh ini yang juga dipanggil sebagai buah melaka dibuat menggunakan daun pandan dan pewarna hijau. Tapi untuk kali ini ia agak menarik kerana menggunakan pewarna daripada bunga telang.

Cara buat kuih onde onde ini memang sangat mudah guna tepung pulut saja. Ada juga kuih onde-onde ini dibuat menggunakan tepung beras dengan tepung gandum atau tanpa tepung. Semuanya mengikut kreativiti anda sendiri untuk mengolahnya.

Mungkin ada yang tidak tahu bagaimana rupa bunga telang dan di sini kami kongsi gambar bunga telang yang masih berada di pokok. Siapa sangka bunga telang yang cantik ini boleh dibuat kuih onde-onde. Biasanya ia dibuat perwarna nasi kerabu.

sekuntum bunga telang

Tetapi kreativiti resepi ondeh-ondeh dari Puan Lily Azhary ini memang rare dan sangat menarik kerana kuih onde-onde ini dibuat dengan menggunakan pewarna asli daripada bunga telang yang berwarna biru. Sangat cantik selepas siap untuk dimakan.

Resepi Onde Onde Bunga Telang Mudah


cara buat onde onde bunga telang

Ini adalah resepi onde onde bunga telang sebagai pemanis mulut untuk waktu berbuka puasa pada hari ini. Resepi kuih onde-onde ini direka oleh saya sendiri untuk dikongsikan kepada anda yang cuba nak buat. Jom kita tengok cara untuk membuat.

Bahan-bahan

  • Dua cawan tepung pulut
  • Satu cawan air ekstrak bunga telang
  • Dua ketul gula melaka yang dipotong dadu kecil
  • 1/2 biji kelapa parut muda yang diambil putihnya saja
  • Garam secukup rasa

Cara membuat:

Anda perlu rebus terlebih dahulu bunga telang dengan dua cawan air dan perlu jadikan secawan sahaja selepas direbus. Anggaran dalam 50 atau 70 kuntum bunga telang bergantung kepada kepekatan warna onde-onde yang anda kehendaki. Sejukkan dulu.

Setelah sudah sejuk sepenuhnya, anda boleh mula buat adunan dengan mencampurkan tepung pulut dan air bunga telang itu tadi. Uli doh sehingga ia jadi tidak melekat di tangan.

cara membuat onde-onde bunga telang

Bentukkan jadi bulat dan isi inti gula melaka. Tutup adunan dan bentuk bulat semula, ulangi proses tersebut sehingga doh kuih onde-onde anda itu habis.

onde onde bunga telang

Kemudian, rebus onde onde yang telah siap ke dalam air yang mendidih sehingga bebola tersebut timbul. Kemudian toskan, golekkan di atas kelapa yang telah siap parut tersebut yang telah siap digaul dengan garam secukup rasa.


Tips Resepi Onde Onde Bunga Telang

Setelah doh diisi inti dan dibentuk, sapukan bekas atau dulang untuk meletakkannya dengan sedikit minyak untuk mengelakkan onde-onde melekat di bekas tersebut.

Kelapa parut pula sekiranya anda ingin tahan lama, anda perlu kukus sekejap kemudian gaul rata dengan garam. Ini akan menjadikan kelapa parut lebih tahan lama dan tidak basi.

Baca : Resepi Pizza Homemade Tudung Periuk

kuih onde onde

Inilah hasilnya selepas siap resepi onde-onde bunga telang yang sangat cantik warnanya kebiruan-biruan. Rasanya agak berbeza daripada ondeh-ondeh yang menggunakan daun pandan. Tetapi kesedapannya lebih kurang dan terasa gula melaka tersebut.

Cantik kan onde-onde bunga telang ni? Semoga perkongsian Puan Lily Azhary, cara buat dan resepi onde-onde bunga telang yang mudah ini akan membantu anda serta memberikan anda idea untuk cuba membuat kuih ini dengan lebih cepat dan mudah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog