Fadhilat Yasin 7 Mubin Pulangkan Sihir dan Memohon Segala Hajat

Yasin 7 mubin

Pasti anda sudah tahu tentang fadhilat dan kelebihan Yasin 7 Mubin yang terbukti berkesan jika diamalkan setiap hari untuk meminta apa saja seperti mencari barang yang hilang, pulangkan sihir, suami curang, pengasihan, sembuh penyakit, rezeki dan segala hajat yang diinginkan.

Jika anda ingin tahu cara untuk membaca Yasin 7 Mubin ini atau bagaimana untuk mengamalkan amalan ini, anda boleh terus membaca sehingga ke perenggan yang terakhir kerana kami kongsikan cara dan kaedah yang perlu anda buat untuk sebarang hajat.

Cara Melaksanakan Bacaan Yasin 7 Mubin Untuk Hajat



Antara kelebihan serta fadhilat yang terdapat pada Yasin 7 Mubin ini adalah seperti berikut yang dikongsikan oleh saudara Shafiq Qolbu menerusi laman Facebook yang turut mendapat perhatian ramai netizen.

  • Menjadi pendinding diri daripada gangguan jin, syaitan dan iblis.
  • Membantu anak yang tidak mendengar kata atau memanggil anak yang lari dari rumah.
  • Dapat melindungi diri daripada difitnah atau dizalimi manusia.
  • Untuk pesakit yang sedang tenat dan dibaca serta diberi minum air Yasin ini.
  • Untuk mendapatkan apa saja barang yang hilang seperti barang berharga iaitu anak, barang kemas, kenderaan dan sebagainya.

Namun, diingatkan ia tidak boleh dibacakan untuk mencari barang yang kurang berharga atau barang yang boleh luput seperti buah-buahan atau yang seumpama dengannya.

Walau bagaimanapun, anda diingatkan juga, Yasin 7 Mubin ini adalah satu keadah zikir sahaja dan jangan terlalu mengharapkan kepada ayat ini semata-mata dan harus jaga iktikad anda dan yang paling penting adalah berserah kepada Allah SWT yang maha mengetahui segala-galanya.

Ayat ini juga adalah sebagai ikhtiar kita untuk diri kita meminta daripada Allah SWT agar dapat beri sebarang pertolongan di atas segala hajat yang anda inginkan. Sebaiknya jangan dilupakan solat lima waktu yang wajib kita lakukan setiap hari serta ibadah-ibadah lain seperti sedekah dan sebagainya.

Kaedah Membaca Bacaan Yasin 7 Mubin

Untuk lebih mudah faham, penulis mencadangkan kita mengambil situasi di mana diri kita kehilangan barang berharga atau kita mencari barang yang hilang. Lalu baca Yasin 7 Mubin ini dengan kadar segera.

Anda perlu buat Solat Hajat sekurang-kurangnya dua rakaat dengan memohon kepada Allah supaya mengembalikan semula barang anda yang telah hilang atau yang telah dicuri itu.

kebaikan yasin 7 mubin untuk jodoh

Selain itu, anda juga boleh baca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan secara bersungguh-sungguh di dalam hati dengan memohon keampunan daripada Allah SWT semasa sujud yang terakhir dalam solat anda.

1. Setelah anda selesai membuat Solat Hajat, anda boleh mula baca Surah Yasin. Selepas anda sampai kepada bacaan Yasin yang mempunyai perkataan Mubin, anda perlu berhenti iaitu Wakaf dan seterusnya berdoa kepada SWT seperti di bawah:

kebaikan yasin 7 mubin untuk suami curang

2. Bacaan yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah serta selawat 11 kali. Baca Yasin sehingga di Mubin pertama iaitu ayat yang ke 12 dan berdoa.

cara memulangkan sihir guna 7 mubin

3. Baca semula Yasin dari awal sehingga bertemu dengan Mubin yang kedua iaitu ayat ke 17 dan seterus berdoa dengan hajat anda itu.

cara pulangkan sihir

4. Bacakan semula surah Yasin dari awal semula sehingga bertemu dengan perkataan Mubin yang ketiga iaitu ayat yang ke 24 dan berdoa benda yang sama.

Bacaan ayat

5. Baca semula bacaan Yasin dari awal juga sehingga terjumpa perkataan Mubin yang ke 4 iaitu di ayat yang ke 47 dan berdoa.

cara baca yasin 7 mubin

6. Baca semula bacaan Yasin dari awal sehingga bertemu dengan Mubin yang kelima iaitu ayat yang ke 60 dan berdoa.

yassin 7 mubin untuk barang hilang

7. Baca semula Yasin dari awal sehingga bertemu dengan Mubin yang ke 6 iaitu di ayat yang ke 60, seterus doa.

Pengasihan dan rezeki

8. Kemudian yang terakhir sama juga, baca dari awal sehingga berjumpa dengan Mubin yang ketujuh pada ayat yang ke 77 serta habiskan keseluruhan surah Yasin tersebut iaitu sehingga ayat yang ke 83 diakhiri dengan bacaan penutup, lalu berdoa sebanyak 28 kali.

Yasin 7 Mubin Pulangkan Sihir

Sekiranya anda pernah mengalami gangguan sihir yang sering berulang-ulang tanpa henti sehingga memudaratkan diri atau keluarga sehingga tidak berkesudahan, anda boleh terus mengamalkan Yasin 7 Mubin ini.

Perlu diingatkan anda harus berniat untuk memberi pengajaran atau kesedaran terhadap mereka yang menghantar sihir atau penyihir tersebut supaya ia insaf atau tidak lagi akan menganggu anda dan keluarga.

Insya Allah, berkat dengan amalan Yasin 7 Mubin ini, penyihir tersebut tidak lagi akan menghantar sihir atau tidak lagi akan menganggu keharmonian rumah tangga atau hubungan anda sekeluarga serta mereka akan terus berhenti membuat perkara syirik tersebut.

Cara Baca dan Mengamalkan

1. Anda harus bangun pada waktu malam dan membersihkan diri dengan betul serta mengambil wuduk seperti biasa.

2. Anda perlu menunaikan Solat Sunat Taubat sebanyak dua rakaat.

3. Menunaikan Solat Hajat sebanyak dua rakaat serta disudahi dengan doa agar dijauhi dari sebarang gangguan sihir dan jin yang menganggu.

4. Selepas selesai solat, anda harus membaca Surah Yasin sehingga bertemu dengan perkataan Mubin yang pertama kemudian wakaf atau berhenti sebentar dan berdoa kepada Allah untuk pulangkan sihir tersebut kepada penyihir.

5. Anda perlu ulang dari awal membaca Surah Yasin sehingga terjumpa dengan perkataan Mubin yang kedua seterusnya berhenti sebentar dan berdoa sepertimana anda doa tadi.

6. Anda perlu lakukan semua langkah seterusnya dengan membaca Surah Yasin dari awal sehingga bertemu dengan perkataan Mubin yang seterusnya iaitu Mubin ketiga, Mubin keempat, Mubin kelima, Mubin keenam dan Mubin yang ketujuh.

Anda harus wakaf iaitu berhenti setiap kali bertemu Mubin dan berdoa sebagaimana anda berdoa di setiap Mubin itu tadi. Baca sehingga Mubin yang ketujuh dan berdoa kepada Allah SWT agar pulangkan sihir yang telah dihantar kepada anda dipulangkan kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran kepadanya.

7. Selepas selesai Mubin yang ketujuh, anda wajib membaca baki Surah yasin itu tadi sehingga ke penghujung ayat surah ini iaitu sehingga ke ayat yang terakhir iaitu ayat yang ke 83.

8. Setelah selesai membaca, anda perlu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar sebanyak 10 kali dengan niat meminta Allah memberikan petunjuk tentang sihir ini melalu mimpi ketika tidur. Insya Allah jika kerap dilakukan ianya akan berhasil dengan cepat dan berkesan.

Baca : Doa Supaya Cepat Dapat Jodoh

Sebaiknya sekiranya anda ingin membuat amalan Yasin 7 Mubin ini, pastikan anda tidak meninggalkan solat lima waktu berserta dengan ibadah-ibadah lain seperti sedekah dan sebagainya. Jika semua ini dilakukan pasti semua hajat anda akan dimakbulkan, insya Allah.

Semoga perkongsian fadhilat Yasin 7 Mubin untuk pulangkan sihir, mencari barang yang hilang atau untuk segala hajat dari Facebook ini akan dapat membantu anda untuk mendapatkan semua hajat anda itu. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Resepi Rendang Ayam Sedap & Cara Masak Step by Step Sangat Mudah

resepi rendang ayam simple dan sedap

Mungkin ada yang baru pertama kali nak buat rendang ayam pada hari raya nanti. Rasa-rasa boleh buat tak? Anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resepi rendang ayam paling sedap dan mudah ini, insya Allah menjadi.

Kalau anda nak cuba masak rendang ayam ini, anda perlu ikut step by step cara nak buat mengikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurul Jannah Zakariar ini.

Walau bagaimanapun, rendang ayam ini tidak diketahui dari negeri mana. Kenapa? Sebenarnya, rendang mempunyai berbagai versi yang mana rendang Kelantan, Terengganu, Johor, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan mempunyai perbezaan katanya.

Dalam banyak-banyak resepi rendang ayam, dari negeri mana yang paling sedap? Ada orang kata rendang ayam tok paling sedap dan sangat terbaik rasanya iaitu rendang dari negeri Perak. Rasanya dari mana pun tak apa asalkan rendang itu sedap dan menjadi. Itu paling penting.

Resepi Rendang Ayam Simple dan Sedap


Bahan-bahan

  • Seekor ayam
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili padi mengikut pedas yang diinginkan
  • Halia dua inci
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 4 atau 5 batang serai
  • Santan kelapa
  • Cili boh atau cili kering
  • 1 kotak santan 200 ML
  • Gula Melaka
  • Kerisik
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit

1. Blend atau kisar semua bawang iaitu bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, kunyit, serai, lengkuas.

Masukkan minyak dan agak-agak, setelah minyak panas, masukkan bahan yang telah anda kisar itu tadi.

rendang ayam cili api

2. Tumiskan semua bahan tersebut sehingga beberapa minit. Setelah itu masukkan cili boh atau cili kering agak-agak saja kerana cili api yang dimasukkan itu tadi telah pedas. Jangan terlalu banyak nanti sangat pedas.

resepi rendang ayam sedap dan mudah

3. Kacaukan sehingga sebati dan seperti yang ditunjukkan dalam gambar iaitu pecah minyak. Masakkan seketika.

sambal rendang

4. Seterusnya masukkan ayam yang telah siap dicuci sebersihnya. Ayam ini seekor saja dan beratnya sekitar 2 kg sahaja.

rendang ayam buat sendiri

5. Setelah itu, gaulkan ayam sehingga menjadi sekata seperti dalam gambar di bawah.

cara membuat rendang ayam paling senang

6. Kemudian masukkan garam mengikut kehendak anda sendiri. Jangan terlalu masin. Anda boleh memilih sama ada nak guna garam halus atau pun garam kasar.

Ayam hanya seekor

7. Kemudian, masukkan santan kelapa sama ada santan kotak, ikut selera dan apa yang memudahkan anda.

ayam rendang paling sedap

8. Anda perlu tambahkan satu setengah air masak menggunakan sukatan kotak santan atau agak-agak saja jika menggunakan santan kelapa, jangan terlebih air.

santan kotak boleh guna

9. Seterusnya masakan ayam rendang anda akan jadi seperti gambar di bawah.

santan kelapa wajib ada

10. Anda perlu pastikan kerap mengacau rendang ayam anda supaya rendang anda tidak menjadi hangus atau hangit.

daun kunyit

11. Kemudian apabila rendang ayam kelihatan agak kering, masukkan gula Melaka seperti ditunjukkan di bawah.

resepi rendang ayam mudah

12. Seterusnya, masukkan kerisik, jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit.

masakan rendang ayam simple

13. Gambar rendang ayam di bawah menunjukkan gula Melaka dan kerisik telah jadi sebati.

cara buat rendang ayam cili padi

14. Kemudian, masukkan daun kunyit dan juga daun limau purut. Daun kunyit perlu dihiris halus seperti di bawah.

rendang ayam resepi

15. Anda wajib memastikan masak rendang ayam tersebut sehingga daun limau dan juga daun kunyit menjadi layu dan kemudian tutupkan api.

cara masak rendang ayam

16. Gambar resepi rendang ayam simple dan sedap telah siap sepenuhnya. Anda boleh makan dengan ketupat atau nasi himpit pada pagi raya nanti.

cara masak rendang ayam

Semoga perkongsian resepi rendang ayam simple dan mudah berserta cara membuat step by step dari Facebook ini akan membantu anda untuk menyediakan ayam rendang dengan cepat dan senang. Semoga bermanfaat.

Petua Hilangkan Demam Panas & Cara Turunkan Suhu Badan (Bayi & Dewasa)

petua hilangkan demam panas bayi dan dewasa

Serangan demam panas atau demam biasa adalah penyakit yang sentiasa akan menyerang sesiapa saja sama ada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Ia membabitkan suhu badan seseorang yang semakin meningkat dan panas menyebabkan individu tersebut tidak aktif dan tidak bermaya.

Doa Seri Wajah Nabi Yusuf Penyeri Muka Pengasih Suami Isteri

Doa seri wajah surah yusuf surah taha

Jika anda ingin wajah berseri dan bercahaya atau cantik seperti bidadari serta ingin menaikkan seri wajah agar muka sentiasa manis dipandang orang, anda boleh amalkan berbagai amalan dan ayat daripada Al-Quran. Salah satunya adalah doa penyeri wajah Nabi Yusuf yang terbukti amat berkesan.

Sesiapa pun anda sama ada lelaki atau perempuan, anda boleh membaca doa seri wajah Nabi Yusuf ini disamping tidak meninggalkan solat lima waktu serta turut sama mengamalkan ibadah-ibadah lain seperti sedekah amal jariah dan sebagainya.

Doa Seri Wajah Nabi Yusuf


Doa kecantikan untuk menaikkan seri wajah agar wajah sentiasa berseri-seri dan pemanis muka daripada surah Nabi Yusuf ini perlu dibaca setiap kali selepas selesai menunaikan solat fardhu pada setiap hari.

Selain doa seri wajah Nabi Yusuf, anda perlu juga membaca ayat pengasih daripada surah Taha ayat 39 sebagai pelengkap untuk menyerikan wajah serta untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan juga hubungan dengan anak-anak yang akan menghormati ibu bapa mereka.

Dikatakan juga doa seri wajah ini juga sekiranya diamalkan setiap hari dan anda tidak meninggalkan solat, hubungan adik beradik, anak, suami isteri, keluarga, jiran tetangga, saudara mara dan juga sahabat handai akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Doa Nabi Yusuf Pemanis Wajah

Doa Nabi Yusuf penyeri wajah lelaki perempuan

Bacaan Dalam Rumi:

Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin.


Maksud Rumi Surah Yusuf Ayat 4:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku."

Doa Pengasih Penyeri Muka

doa menaikkan seri wajah surah yusuf ayat 4

Bacaan Dalam Rumi:

Untuk surah Taha ayat 39 ini anda hanya perlu baca keratan ayat daripada surah ini seperti di bawah, walau bagaimanapun tidak salah membaca keseluruhannya.

Wa-alqaytu'‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii.


Maksud Rumi Surah Taha Ayat 39:

"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya;

dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu."

Cara Mengamalkan Doa Seri Wajah

Untuk mengamalkan kedua-dua doa seri wajah ini, anda perlu membaca sebanyak tiga kali dan kemudiannya disapukan di muka. Amalan ini juga amat sesuai untuk sesiapa saja yang berat jodoh atau lebih tepat lagi lambat dapat jodoh dan belum berkahwin.

Anda wajib tahu tentang ini iaitu jangan sekali-kali membaca hanya satu doa di atas iaitu dengan memisahkan surah Yusuf ayat 4 dan surah Taha ayat 39 tersebut. Ia perlu dibaca kedua-duanya dalam satu masa selepas selesai solat.

Baca : Doa Supaya Cepat Dapat Jodoh

Surah Yusuf ayat 4 perlu dibaca terlebih dahulu sehingga selesai, kemudiannya anda berhenti sebentar sebelum meneruskan bacaan keratan ayat daripada surah Taha ayat 39. Jangan terus disambung setelah habis membaca surah Yusuf ayat 4 tersebut.

Anda wajib menggunakan doa seri wajah atau doa pemanis muka dari surah Yusuf dan surah Taha ini dengan tujuan untuk kebaikan seperti untuk disayangi suami atau isteri, sesiapa sahaja dan sebagainya. Jangan digunakan ke arah yang tidak baik.

Doa Nabi Yusuf agar dicintai wanita

Untuk kesan yang lebih cepat dan berkesan, anda digalakkan membaca doa seri wajah ini setiap kali bertemu dengan orang yang anda kasihi seperti kekasih, suami, isteri dan sebagainya. Lebih afdal jika dibaca di hadapannya.

Anda tidak perlu membaca doa seri wajah ini dengan nada yang kuat dan jelas, ia memadai dengan membaca ayat pengasih ini di dalam hati ditambah dengan niat di dalam hati dengan niat yang baik dan ikhlas.

Selain membaca doa penyeri muka untuk isteri atau suami, anda boleh juga mengamalkannya dengan sentiasa membaca kedua-dua doa ini setiap kali habis solat dengan niat untuk dikasihi orang ramai atau masyarakat. Bacalah sebanyak 3 kali selepas solat.

Semoga perkongsian doa seri wajah pemanis muka ini akan membantu anda untuk mencapai impian dan keinginan anda untuk dikasihi oleh mereka yang anda sayang. Amalkan dengan kebaikan dan niatkan semuanya kerana Allah SWT. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Resepi Onde Onde Bunga Telang (Buah Melaka)

resepi onde onde bunga telang

Resepi onde onde bunga telang yang cantik dan menawan. Biasanya kuih ondeh-ondeh ini yang juga dipanggil sebagai buah melaka dibuat menggunakan daun pandan dan pewarna hijau. Tapi untuk kali ini ia agak menarik kerana menggunakan pewarna daripada bunga telang.

Cara buat kuih onde onde ini memang sangat mudah guna tepung pulut saja. Ada juga kuih onde-onde ini dibuat menggunakan tepung beras dengan tepung gandum atau tanpa tepung. Semuanya mengikut kreativiti anda sendiri untuk mengolahnya.

Mungkin ada yang tidak tahu bagaimana rupa bunga telang dan di sini kami kongsi gambar bunga telang yang masih berada di pokok. Siapa sangka bunga telang yang cantik ini boleh dibuat kuih onde-onde. Biasanya ia dibuat perwarna nasi kerabu.

sekuntum bunga telang

Tetapi kreativiti resepi ondeh-ondeh dari Puan Lily Azhary ini memang rare dan sangat menarik kerana kuih onde-onde ini dibuat dengan menggunakan pewarna asli daripada bunga telang yang berwarna biru. Sangat cantik selepas siap untuk dimakan.

Resepi Onde Onde Bunga Telang Mudah


cara buat onde onde bunga telang

Ini adalah resepi onde onde bunga telang sebagai pemanis mulut untuk waktu berbuka puasa pada hari ini. Resepi kuih onde-onde ini direka oleh saya sendiri untuk dikongsikan kepada anda yang cuba nak buat. Jom kita tengok cara untuk membuat.

Bahan-bahan

  • Dua cawan tepung pulut
  • Satu cawan air ekstrak bunga telang
  • Dua ketul gula melaka yang dipotong dadu kecil
  • 1/2 biji kelapa parut muda yang diambil putihnya saja
  • Garam secukup rasa

Cara membuat:

Anda perlu rebus terlebih dahulu bunga telang dengan dua cawan air dan perlu jadikan secawan sahaja selepas direbus. Anggaran dalam 50 atau 70 kuntum bunga telang bergantung kepada kepekatan warna onde-onde yang anda kehendaki. Sejukkan dulu.

Setelah sudah sejuk sepenuhnya, anda boleh mula buat adunan dengan mencampurkan tepung pulut dan air bunga telang itu tadi. Uli doh sehingga ia jadi tidak melekat di tangan.

cara membuat onde-onde bunga telang

Bentukkan jadi bulat dan isi inti gula melaka. Tutup adunan dan bentuk bulat semula, ulangi proses tersebut sehingga doh kuih onde-onde anda itu habis.

onde onde bunga telang

Kemudian, rebus onde onde yang telah siap ke dalam air yang mendidih sehingga bebola tersebut timbul. Kemudian toskan, golekkan di atas kelapa yang telah siap parut tersebut yang telah siap digaul dengan garam secukup rasa.


Tips Resepi Onde Onde Bunga Telang

Setelah doh diisi inti dan dibentuk, sapukan bekas atau dulang untuk meletakkannya dengan sedikit minyak untuk mengelakkan onde-onde melekat di bekas tersebut.

Kelapa parut pula sekiranya anda ingin tahan lama, anda perlu kukus sekejap kemudian gaul rata dengan garam. Ini akan menjadikan kelapa parut lebih tahan lama dan tidak basi.

Baca : Resepi Pizza Homemade Tudung Periuk

kuih onde onde

Inilah hasilnya selepas siap resepi onde-onde bunga telang yang sangat cantik warnanya kebiruan-biruan. Rasanya agak berbeza daripada ondeh-ondeh yang menggunakan daun pandan. Tetapi kesedapannya lebih kurang dan terasa gula melaka tersebut.

Cantik kan onde-onde bunga telang ni? Semoga perkongsian Puan Lily Azhary, cara buat dan resepi onde-onde bunga telang yang mudah ini akan membantu anda serta memberikan anda idea untuk cuba membuat kuih ini dengan lebih cepat dan mudah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Petua Hilangkan Gout Dengan Cepat Cara Tradisional

petua hilangkan gout dengan cepat dan berkesan

Jika anda pesakit gout pasti anda sedang mencari petua hilangkan gout atau cara merawat sakit gout yang sedang anda alami sekarang. Sebenarnya, penyakit ini masih ada boleh diubati dengan ubat, penawar, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, anda juga boleh membaca amalan doa sakit gout yang dikongsikan di bawah dengan meminta dari Allah agar disembuhkan penyakit ini selain merawat sakit gout anda dengan petua hilangkan sakit gout dan cara mencegah penyakit ini yang dikongsikan.

Petua Hilangkan Gout Dengan Berkesan


Apa itu sakit gout? Gout merupakan penyakit yang berkait dengan tinggi kandungan asid urik di dalam darah seseorang pesakit gout. Asid urik merupakan hasil pemecahan metabolisma (asid nukleat) tubuh yang sebahagian kecil daripada makanan.

Sebahagian besar asid urik disaring melalui buah pinggang. Manakala, di dalam darah pula, sebahagian besar asid urik berada di dalam bentuk monosodium urik. Bagi pesakit gout, pengumpulan monosodium urik didapati sangat tinggi dalam bentuk campuran yang amat pekat.

cara hilangkan sakit gout

Monosodium yang tinggi dalam bentuk yang amat pekat akan berisiko terjadinya pengumpulan kristal urik pada jaringan yang kemudiannya akan menyebabkan seperti berikut:

  • Tofi atau tophi (nodul subutan akibat pengumpulan kristal urik)
  • Radang sendi dan arthritis
  • Masalah atau penyakit buah pinggang

Antara Tanda-tanda Serangan Gout

1. Serangan gout biasanya mendadak dengan cepat, secara tiba-tiba dan biasanya ia akan berlaku pada waktu malam.

2. Ibu jari kaki akan sakit secara tiba-tiba, terasa bengkak, panas dan juga akan kemerah-merahan.

3. Dalam tempoh serangan iaitu 8 hingga 12 jam, pesakit akan rasa sakit yang teramat sangat atau teruk.

4. Bahagian lain yang berisiko untuk menerima serangan gout adalah pergelangan kaki, punggung tangan, jari-jari, tangan dan juga siku.

5. Selain itu, ia akan menjadikan anda sukar berjalan, pesakit gout akan demam, menggigil dan bisa-bisa badan.

Kaedah Mencegah dan Cara Merawat Gout

Antara kaedah dan cara untuk merawat gout yang boleh pesakit gout amalkan dengan tujuan untuk mencegah gout adalah seperti yang dikongsikan berikut:

  • Mengamalkan pengambilan madu, Habbatus Sauda dan kurma setiap kali sebelum sarapan pagi.
  • Memperbanyakkan meminum air putih atau air mineral.
  • Mengamalkan meminum air barli (biji atau beras).
  • Sentiasa melakukan aktiviti sukan seperti riadah.
  • Membiasakan diri menyapu minyak zaitun ke seluruh badan dan paling kurang sebelum masuk tidur.

Kaedah Rawatan Gout

1. Terapi Bekam

Cara untuk merawat gout dengan terapi bekam perlu dilihat kepada tahapu gout yang menyerang seseorang pesakit. Ini kerana, bukan semua gout yang boleh dirawat dengan terapi bekam. Malahan ada  peringkat gout yang bila dibekam akan memudaratkan.

Kaedah rawatan gout yang menggunakan terapi bekam perlu dibuat dengan berhati-hati, kawasan tofi atau bengkak tidak boleh dibekam kerana ianya akan menjadikan struktur kristal urik akan terganggu menjadikan asik urik akan menumpukan pengumpulan di bahagian sendi lain.

Secara ringkas, untuk membuat terapi beka, terhadap pesakit gout, yang pertamanya harus dikenalpasti tahap gout yang dialaminya sama ada asimptomatik, akut, interkritikal dan kronik. Jika diagnos awal insya Allah ia akan membantu pesakit gout.

Apa yang paling penting adalah jangan sekadar membuatnya dengan sesuka hati dan apabila gout terus dibekam tanpa memikirkan tahap gout dan kesannya. Prinsip perawatan perlu ada dalam setiap ikhtiar untuk merawat apa saja jenis penyakit.

pantang larang penyakit gout

Manakala, titik bekam yang perlu ditumpukan untuk masalah gout (setelah tahap gout dikenalpasti) bukanlah pada tophi (bengkak) tetapi pada titik peransangan metabolisma supaya asik nukleat dapat berkerja dengan baik dalam membahagi kolestrol yang didapati dari pemakanan khususnya.

Titik tersebut adalah: Qofa, Kahil, Bainul Katifain dan Qithon.

Waktu yang sesuai untuk membekam pesakit gout adalah waktu tengahari kerana darah sedang berada di kemuncak, maka secara langsung asid urik di dalam darah akan turut sama dalam keadaan aktif iaitu tidak tepu.

2. Diet Pemakanan

Tenaga perlu bersesuaian dengan keperluan tubuh. Apabila berat badan melebihi atau berlaku kegemukan, penerimaan energi sehari dikurangkan secara berperingkat sebanyak 500-100kkal dari keperluan tenaga normal sehingga berat badan normal.

Ambilkan madu sebanyak tiga sudu dicampurkan dengan Habbatus Sauda 1 hingga 3 sudu atau dicubit dengan tangan setiap kali sebelum makan sarapan pagi.

petua hilangkan sakit gout segera

Protein yang secukupnya iaitu 1, 0-1, 2 gram.kg BB atau 10-15% dari keperluan tenaga secara keseluruhan. Pengambilan air pati delima sebanyak tiga cawan sehari adalah amat digalakkan.

Elakkan dari memakan makanan yang sumber protein yang mempunyai kandungan purin 150 mg/ 100 gram. Sebagai contoh anda perlu elakkan mengambil minuman seperti soya, oat atau kekacang.

Lemak sederhana iaitu 10-20% dari keperluan tenaga penuh. Lemak berlebihan akan mendorong pengeluaran asid urikatau purin menerusi air kencing. Hal ini akan membawa kepada risiko penyakit batu karang. Minum air barli adalah jalan terbaik.

Karbohidrat dapat memberikan lebih banyak iaitu 65-75% dari keperluan tenaga penuh. Kerana kebanyakan pesakit gout artritis mempunyai berat badan yang berlebihan. Maka digalakkan untuk menggunakan sumber karbohidrat kompleks iaitu kurma sebanyak 7 biji sehari sekurang-kurangnya.

Vitamin dan mineral cukup sesuai dengan keperluan iaitu madu dicampurkan dengan minyak zaitun yang perlu diamalkan setiap hari ketika sebelum anda masuk tidur.

Cairan disesuaikan dengan air kencing yang dikeluarkan pada setiap hari. Rata-rata penerimaan cairan yang dianjurkan adalah 2-21/2 liter per hari. Jadi minumlah air putih dengan banyak setiap hari.

3. Terapi Alamiah

Antara terapi Alamiah yang boleh anda ikhtiarkan adalah seperti yang dikongsikan berikutnya:
Minyak zaitun atau minyak kelapa dara dicampurkan dengan kapur siri dan cengkih yang kemudiannya ditumbuk atau dikisar halus serta campurkan dengan kulit kayu manis yang ditumbuk atau dikisar halus.

Kesemua bahan-bahan tersebut disatukan di dalam piring atau bekas dengan nisbah 3 sudu minyak zaitun, satu sudu kapur sirih, satu sudu serbuk cengkih dan satu sudu serbuk kulit kayu manis.

gout makanan yang perlu dielakkan

Gaulkan semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati, kemudian disapukan kepada bahagian-bahagian yang didapati bengkan dan sakit tersebut. Insya Allah akan baik. Atau;

Getah betik muda dicampurkan dengan garam bukit. Sapukan garam bukit di kawasan yang bengkak seterusnya titiskan 3 hingga 5 titik getah betik muda ke atas tempat yang bengkak tersebut. Sebaiknya dibuat ketika waktu pagi, insya Allah akan sembuh. Atau;

Air kelapa muda dengan daun pandan, gula batu dan daun sirih. Air kelapa muda sebiji dicampurkan dengan daun pandan sehelai bersama sama dengan tiga ketul gula batu sebesar ruas jari kelingking dan sehelai daun sirih.

Semua bahan-bahan tersebut perlu digaul di atas api sehingga isi kelapa rata bersatu dengan semua ramuan itu tadi. Kemudia ia boleh diminum pada waktu tengahari. Ramuan ini amat sesuai kepada penderita kencing manis dan darah tinggi. Insya Allah.

Baca : Daun Semambu Penawar Berbagai Penyakit

Doa Sakit Gout

Antara doa, ayat dan amalan yang boleh disertakan bersama-sama dengan ramuan di atas adalah ayat-ayat suci Al-Quran seperti berikut:

  • Istighfar sebanyak 21 kali
  • Selawat 21 kali
  • Al-Fatihah 3-7 kali
  • Ayatul Kursi 3 kali
  • Al Hasyr Ayat 21 3 kali
  • Al Hasyr Ayat 22-24 sekali
  • Al Ikhlas 2 kali
  • Al Falaq sekali
  • An Nas sekali

tanda-tanda dan simptom gout

Maksud Rumi:

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

cara merawat gout dengan berkesan

Maksud Rumi:

22. "Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23. "Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan);

Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

24. "Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya);

BagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana."

Walau bagaimanapun, anda juga boleh mengamalkan selawat syifa seperti yang dikongsikan di bawah selain mengamalkan doa sakit gout di atas. Sebaiknya amalkan kesemuanya supaya lebih cepat disembuhkan. Ini juga adalah penawar gout yang amat mujarab.

doa sakit gout penawar terbaik

Maksud Rumi:

"Ya Allah, berikanlah selawat dan salam kepada Muhammad, yang memberi penawar dan pengubat hati (kalbu), yang memberi kesihatan dan penyembuhan badan, cahaya dan yang menerangkan pandangan mata. Juga ke atas keluarga beliau."

Apa yang paling penting adalah doa. Anda perlu meminta dan memohon kepada Allah akan kebaikan untuk setiap ikhtiar yang anda lakukan untuk sakit gout yang anda alami. Semoga Allah menyembuhkan penyakit yang dideritai.

Semoga perkongsian tentang sakit gout dan petua hilangkan gout berserta kaedah rawatan, penawar penyakit dan doa sakit ini akan dapat membantu anda untuk mencegah kesakitan tersebut. Semoga bermanfaat dan sebarkan kepada mereka yang memerlukan. - Bukit Besi Blog

Punca Berat Jodoh dan Susah Mendapat Zuriat Kerana Gangguan Jin

punca susah  dapat jodoh dan zuriat

Pasti ada di antara anda yang menhadapi masalah susah dapat jodoh atau berat jodoh dan sukar untuk mendapatkan zuriat. Perkara ini mungkin sesetengah orang menganggap segalanya adalah ketentuan Allah SWT yang menentukan.

Walau bagaimanapun, ya benar, jodoh itu rahsia Allah tetapi kita sebagai manusia biasa wajib berusaha dan berikhtiar sekiranya susah mendapat jodoh atau sukar mendapat zuriat iaitu anak. Kita harus berusaha supaya impian kita itu tercapai.

Yang paling penting adalah berusaha dan berdoa kepada Allah apa saja yang kita inginkan disamping mengamalkan doa-doa tertentu serta tidak meninggalkan amalan wajib iaitu solat lima waktu serta ibadah-ibadah lain.

Punca Susah Dapat Jodoh dan Sukar Dapat Zuriat


Jika susah mendapat menjodoh sehinggakan umur semakin berusia dan susah mendapat anak walaupun berpuluh tahun telah berkahwin, ia tidak bermakna semua keinginan anda itu tidak akan dapat dan tidak bermakna ianya tertulis sebegitu.

Terkadang ada sebab yang tertentu yang tidak kita ketahui dan disebabkan itu kita harus berusaha untuk mendapatkan impian yang selama ini kita inginkan. Sama ada dengan cara meminta kepada Allah atau berikhtiar dalam cara perubatan Islam atau tradisional.

Satu perkongsian di laman Facebook yang menarik perhatian ramai apabila perkara yang dikongsikan itu berkaitan dengan tentang punca masalah berat jodoh serta sukar mendapatkan anak dapat diketahui apakah sebab dan mengapa ia berlaku.

kenapa belum bertemu jodoh

Menurut perkongsian tersebut, antara faktor utama masalah susah dapat jodoh mengaitkan dnegan faktor gangguan jin iaitu Jin 'Aashiq (Jin Rindu) yang mana jin tersebut mencintai si fulan atau fulanah dengan menjadi penghalang jodoh sehingga mereka kekal bujang selamanya.

Manakala masalah yang membabitkan kemandulan pula dikatakan juga berpunca daripada gangguan jin dalam rahim iaitu sama ada saka, sihir atau santau yang menjadikan faktor-faktor berikut berlaku:

  • Kitaran haid tidak teratur (Terkadang 2, 3 bulan tak datang haid)
  • Mengalami senggugut yang teruk
  • Kemandulan (Dikatakan jin makan telur)

Untuk seseorang wanita yang mengandung memerlukan kitaran haid sempurna atau teratur kerana'telur' pasangan akan disenyawakan ketika waktu subur.

Walau bagaimanapun, jin tersebut akan merosakkan salurah darah haid yang akan menyebabkan kitaran haid tidak sempurna dan telur wanita itu tadi 'dimakan' atau dirosakkan sehingga ia tidak dapat disenyawakan.

Antara Gangguan Jin 'Aashiq

  • Berkawan, berkenalan tapi tiba-tiba terputus tanpa sebab
  • Ikatan tunang putus berkali-kali tanpa sebab
  • Pasangan batalkan niat, berkahwin dan bertunang di saat akhir sebelum majlis
  • Kerapa mimpi bersama dengan orang yang tak dikenal
  • Nafsu bergelora (terkadang minat kepada sesama jenis)
  • Bayangan atau mimpi disetubuhi
  • Lebam di peha atau badan yang tidak tahu apakah punca

Antara Tanda Gangguan Jin Dalam Rahim

  • Haid tak sempurna
  • Tidak datang haid
  • Senggugut yang teruk
  • Kerapkali gugur tanpa sebab
  • Rahim terbalik
  • Sering mimpi yang menakutkan

Adakah anda mempunyai tanda-tanda dan simptom seperti yang dinyatakan di atas? Sekiranya ya, bertindaklah sekarang dengan bertemu mereka yang pakar dalam perubatan Islam tradisional yang telah pun terbukti kebaikannya.

Jangan kerana sebab-sebab di atas itu, anda yang sukar mendapat jodoh akan menjadi bujang selamanya sehingga tidak berkahwin dan mereka yang tidak mampu mendapat zuriat akan jadi mandul untuk selamanya.

Baca : Doa Supaya Cepat Dapat Jodoh

Segeralah cari jalan penyelesaian atau berikhtiar dengan apa cara sekalipun supaya keinginan anda itu akan tercapai. Rawatan alternatif dan tradisional tidak salah jika anda ingin mencubanya.

Sekiranya anda tertanya-tanya apakah yang harus anda lakukan selepas menyedari anda mempunyai tanda-tanda gangguan dan simptom tersebut, di bawah ini disertakan langkah-langkah yang harus anda ambil:

  • Buat rawatan Syifa dengan pakar bertauliah
  • Bertahajjud dan berdoa kepada Allah
  • Buat mandia Syifa Aura Gold dan niat yang jelas
  • Amalkan sapuan minyak Aura Rich di kawasan rahim dan ari2
  • Berurut dengan bidan bersalin
  • Buat pemagaran rumah dengan garam Aura Gold
  • Beristighfar dan berdoa dengan penuh pengharapan akah akan disembuhkan


Semoga perkongsian daripada Facebook Syifa ini akan dapat membantu mereka yang sukar mendapat mendapat jodoh atau susah mendapatkan zuriat, dapat keluar daripada masalah gangguan jin dan sebagainya. Insya Allah jika berusaha pasti adapat. - Bukit Besi Blog

Amalan Anak Yang Soleh Untuk Ibu Bapa Yang Meninggal Dunia



Kita sebagai seorang anak soleh yang mengasihi, menyayangi dan mencintai ibu bapa, haruslah kita segera membalas segala jasa-jasa kedua-duanya yang telah menjaga dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sejak kecil sehingga dewasa.

Lebih-lebih lagi selepas salah seorang daripada ibu bapa itu telah meninggal dunia. Sebaiknya kita membuat beberapa amalan-amalan baik yang digalakkan dalam Islam yang pasti akan meringankan beban ibu bapa ketika bersemadi di alam barzakh.

Mereka pasti akan gembira kerana mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa menyalurkan rezeki berupa pahala yang mengalir terus ke alam barzakh tanpa henti-henti kerana doa daripada seorang anak.

Bayaran Bantuan Khas Aidil Fitri 2020 RM500 Untuk Penjawat Awam

tarik bayaran bonus hari raya aidil fitri 2020

Kerajaan Malaysia telah membuat pengumuman tentang Bantuan Khas Aidi Filtri untuk semua kakitangan dan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan yang ke bawah yang ketika ini masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 dengan jumlah sebanyak RM500 setiap orang.