Surah Al-Waqiah Rumi dan Jawi Terjemahan Maksud (PDF & MP3)

Surah Al-Waqiah

Bacaan Surah Al-Waqiah Rumi dan Jawi serta terjemahan maksud dalam Bahasa Melayu yang boleh anda download secara percuma dalam bentuk file PDF, audio Mp3 dan boleh diperdengarkan melalui video YouTube.

Surah Ar-Rahman Rumi dan Terjemahan Maksud (PDF & Audio MP3)

Surah Ar-Rahman Rumi dan Terjemahan

Dapatkan bacaan Surah Ar-Rahman rumi dan jawi secara penuh berserta dengan terjemahan maksud dalam Bahasa Melayu melalui gambar, file PDF dan audio MP3 yang boleh anda download secara percuma.

Surah Ar-Rahman adalah surah yang sangat istimewa serta berada di tangga yang ke-55 dalam Al-Quran dan tergolong surah Makkiyah yang mempunyai kelebihan dan kebaikan tersendiri daripada ayat 1 hingga 78 keseluruhan.

Surah Ar-Rahman mempunyai banyak pengajaran serta keajaiban apabila kita membaca serta mengamalkan setiap hari banyak menerangkan tentang Yang Maha Pemurah juga kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Ayat Kursi Rumi dan Jawi Terjemahan Maksud PDF & Audio MP3

Ayat Kursi Rumi dan Jawi

Ayatul Kursi atau juga dipanggil sebagai Ayat Kursi yang amat istimewa dan mempunyai kelebihan dan maksud tersendiri terdapat dalam Surah Al-Baqarah pada ayat yang ke-255.

Ia juga dikenali sebagai Penghulu Segala Ayat suci Al-Quran serta turut mengisahkan tentang keagungan Allah SWT berserta dengan kekuasaanNya yang tiada batasan dalam dunia dan akhirat ini.

Jika anda sedang mencari bacaan Ayat Kursi rumi dan jawi serta maksud terjemahan ayat ini dalam Bahasa Melayu dengan bentuk file PDF, video dan audio MP3, kami sediakan untuk memudahkan anda.

Surah Yasin Rumi dan Jawi Maksud & Terjemahan (PDF & MP3)

Surah Yasin

Dapatkan bacaan Surah Yassin Rumi dan Jawi berserta dengan maksud terjemahan Bahasa Melayu dalam bentuk file PDF, audio Mp3 dan gambar-gambar ayat yang boleh anda download secara percuma.

Surah Yasin adalah surah yang ke-36 dan mempunyai 83 ayat secara keseluruhan di dalam kitab suci Al-Quran. Ia juga salah satu daripada surah Makkiyah yang telah diturunkan oleh Allah SWT di Mekah setelah surah Aj-Jin.

Diberi nama Yasin, Yassin atau Yaasin kerana ia bermula dengan huruf Ya - Sin yang mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan fadhilat yang dapat dilihat melalui tafsir dan terjemahan penuh.

Surah Al-Kahfi Rumi & Jawi Ayat 1-110 Maksud Terjemahan & PDF MP3

Surah Al Kahfi

Dapatkan Surah Al-Kahfi rumi dan jawi termasuk terjemahan maksud dalam Bahasa Melayu yang boleh anda download dalam bentuk file PDF, audio MP3 dan gambar-gambar dalam tulisan Arab.

Banyak keistimewaan dan kelebihan Surah Al-Kahfi jika ia dibaca serta diamalkan dalam kehidupan seharian walaupun sekadar ayat 1 hingga 10 atau 10 ayat yang terakhir di dalamnya yang penuh dengan kebaikan.

Doa Selamat Majlis Kesyukuran Ringkas Sesuai Semua Program

Doa selamat majlis kesyukuran

Setiap sesuatu program atau sebarang acara adalah sebaiknya dimulai dengan lengkap pembukaan bacaan doa selamat majlis kesyukuran, kenduri, perhimpunan di sekolah, perpisahan tak kiralah samada ianya majlis rasmi atau tidak rasmi.

Doa majlis ringkas ini harus juga dibaca pada majlis-majlis yang lain seperti sempena sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan, pertunangan, makan malam, persaraan, gotong royong dan sebagainya.

Berikut dikongsikan teks bacaan doa selamat pembukaan majlis, perhimpunan dan penutup majlis dalam rumi dan jawi yang boleh anda bacakan ketika berada dalam program berkaitan untuk menyerikan lagi majlis yang diadakan.

Surah An-Nas Rumi dan Jawi (Maksud Terjemahan & Kelebihan)

Surah An Nas Rumi dan maksud terjemahan

Surah An-Nas merupakan surah yang terakhir selepas surah al-Falaq dan yang ke 114 di dalam kitab suci Al-Quran. Ia terdiri daripada 6 ayat yang diturunkan sebelum hijrah serta tergolong dalam surah Makkiyyah.

Ucapan Doa Hari Lahir Ringkas Untuk Orang Tersayang

Doa hari lahir untuk anak perempuan lelaki ayah dan ibu sahabat suami isteri kekasih

Ucapan selamat hari jadi atau sanah helwah pasti tidak lengkap sekiranya tiada sambutan majlis doa hari lahir yang perlu dibacakan kepada mereka yang tersayang sempena ulang tahun kelahiran.

Sebagai orang Islam dan umat Rasulullah SAW kita diwajibkan berdoa walau dalam apa keadaan sekalipun dan ini termasuk doa untuk hari lahir dengan penuh kesyukuran kepada seseorang yang kita sayangi.

Tafsir Maksud Mimpi Ular Dalam Islam (Petanda & Alamat)

Mimpi ular

Semalam anda mimpi ular hitam masuk dan ada di dalam rumah? Tapi ingin tahu tentang tafsir dan maksud daripadanya serta apa arti petanda dan alamat yang sedang bermain di fikiran, bukan?

Sebenarnya, setiap manusia di dunia ini pasti akan bermimpi ketika sedang tidur dan ia adalah perkara biasa yang tentunya akan berlaku kepada semua orang.

4 Maksud Mimpi Gigi Patah Tercabut & Tertanggal Atas - Bawah

maksud mimpi gigi patah

Pasti ramai yang nak tahu apakah maksud mimpi gigi depan patah, gigi bawah tanggal semua dan gigi geraham tercabut. Bila kerap sangat bermimpi tentunya kita nak tahu apakah maknanya, arti, petanda dan alamatnya dalam agama Islam.

Biasanya, mimpi tentang gigi dikatakan berkait dengan kematian serta menandakan alamat yang tak baik yang menyebabkan ada rasa takut sehingga ingin mencari jawapan dan maksud tafsir mimpi tersebut.

Senarai Logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM

logo halal yang diiktiraf Malaysia

Kepada anda yang ingin semak, kami kongsikan senarai penuh logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi tahun 2021.

Senarai lengkap logo halal dan badan pensijilan halal luar negara ini telah dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Sejak daripada tarikh 1 Disember 2020, pihak JAKIM telah pun iktiraf sebanyak 84 logo halal daripada 46 buah negara dari seluruh dunia.

Senarai Logo Halal Yang Diiktiraf JAKIM


logo halal china yang diiktiraf jakim

Melalui laman Facebook rasmi JAKIM, Menteri tersebut menyatakan dengan adanya logo-logo halal ini semua pengguna boleh:

Kenalpasti sebarang logo halal dari luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM pada setiap produk yang diimport serta dijual di pasaran antarabangsa.

Memudahkan pengimport untuk mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal untuk mengelakkan keraguan dan kerugian.

Rakyat Malaysia yang pergi melancong ke luar negara akan dapat mengenali logo halal yang telah diiktiraf ini apabila berada di mana-mana negara.

Selain itu, apa yang menarik adalah pihak kerajaan Malaysia telah menyatakan akan melaksanakan pendigitalan kod bar produk makanan halal tidak lama lagi.

Ini bermakna, selepas ini rakyat Malaysia boleh menggunakan aplikasi logo halal yang boleh dimuat turun di telefon Android dan Iphone masing-masing.

Aplikasi ini adalah perlu bagi mereka yang sering pergi ke negara lain seperti untuk melancong, urusan kerja dan sebagainya.

46 Negara Yang Mempunyai Logo Halal JAKIM

logo halal korea

  • Australia
  • Austria
  • Argentina
  • Bangladesh
  • Belgium
  • Bosnia & Herzegovina
  • Brazil
  • Brunei
  • Canada
  • China
  • Chile
  • Croatia
  • Egypt
  • France
  • Germany
  • India
  • Indonesia
  • Iran
  • Ireland
  • Italy
  • Jepun
  • Kazakhstan
  • Kenya
  • Lithuania
  • Maldives
  • Morocco
  • Netherlands / Holland
  • New Zealand
  • Pakistan
  • Philippines
  • Poland
  • Portuga;
  • Singapore
  • South Africa
  • South Korea
  • Spain
  • Sri Lanka
  • Switzerland
  • Taiwan
  • Thailand
  • Tunisia
  • Turkey
  • Ukraine
  • United Kingdom
  • United States of America
  • Vietnam

Buat masa sekarang, cara nak tahu sama ada logo halal yang terdapat pada sebarang produk atau makanan, anda perlu merujuk kepada senarai yang dikongsikan.

Download Senarai Logo Halal

Logo halal adalah perkara pertama yang perlu dititikberatkan sekiranya anda berada di negara lain seperti Korea, Australia, China dan lain-lain.

Ini kerana apabila kita termakan sesuatu yang tidak dapat dipastikan halal dan haram pastinya ia amat meragukan kerana terdapat juga logo palsu.

Jadi, supaya perkara ini tidak berlaku kepada diri anda sendiri dan juga keluarga, sila semak status halal dan muat turun senarai tersebut melalui telefon anda.


Bahagian Pengurusan Halal JAKIM

Berikut adalah sedikit penerangan tentang bagaimana penilaian audit JAKIM dilakukan untuk diberikan logo halal kepada syarikat yang lulus.

Langkah tersebut dibuat adalah untuk menentukan kesahihan halal dan haram sesuatu barangan dengan teliti supaya ia boleh digunapakai oleh semua orang Islam.


Dengan adanya senarai lengkap yang terdapat tanda halal, semuanya akan menjadi mudah sewaktu anda berada di negara orang, hanya rujuk pada telefon.

Pastikan anda tidak tertipu dengan sebarang logo halal palsu dan sila buat semakan dan kenalpasti sebelum anda ditipu ketika berada di luar negara.

Semoga perkongsian senarai logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM ini akan dapat membantu serta memudahkan percutian dan urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Doa Mata Rabun Penyembuh Pandangan Penerang Penglihatan

Doa untuk mata rabun

Jika anda ada masalah dengan penglihatan kabur, katarak, pedih dan sebagainya yang berkaitan. Ada doa untuk mata rabun yang boleh anda baca daripada ayat suci surah Al-Quran.

Surah Al-Mulk Rumi & Jawi Terjemahan Bahasa Melayu (PDF & Mp3)

Surah al-mulk rumi

Dapatkan surah Al-Mulk dalam rumi dan jawi ayat 1-30 terjemahan maksud dalam Bahasa Melayu. Surah ini boleh di download dalam bentuk audio Mp3, file PDF dan gambar-gambar dalam tulisan Arab.

Sesiapa yang sering menghafal dan membaca surah Al-Mulk pasti mendapat kelebihan dari bacaan tersebut iaitu antaranya adalah terlepas daripada seksaan dan azab kubur.

Doa Tidur & Doa Selepas Bangun Tidur (Elak Mimpi Buruk)

doa sebelum tidur

Apabila nak masuk ke bilik untuk lena dan merebahkan diri selepas keletihan seharian, anda ada baca doa tidur sama ada sebelum atau selepas bangun pada hari esok?

Kelebihan Solat Berjemaah di Masjid & Surau (Suami Isteri)

kelebihan solat berjemaah

Menunaikan solat adalah ibadah wajib bagi semua umat Islam di dunia ini. Sembahyang fardhu pula adalah lebih baik jika dilakukan secara berjamaah malah keistimewaan dan kelebihan solat berjemaah sangat besar.

Cara Solat Jenazah Ringkas Lelaki & Perempuan

Solat jenazah

Sebagai seorang lelaki dan perempuan dewasa, anda wajib belajar cara mengerjakan solat jenazah dengan betul serta perlu tahu hukum, kedudukan, lafaz niat dan doa secara keseluruhan dalam ibadah ini.