Mempunyai zuriat adalah impian setiap pasangan yang telah berkahwin. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih ada suami isteri yang tidak mempunyai anak walaupun telah bertahun lamanya berumahtangga.
Petua Cepat Hamil Dalam Islam dan Cara Mendapatkan Zuriat
Mempunyai zuriat adalah impian setiap pasangan yang telah berkahwin. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih ada suami isteri yang tidak mempunyai anak walaupun telah bertahun lamanya berumahtangga.
Doa Supaya Mudah Tidur Nyenyak dan Mimpi Indah
Masalah susah tidur nyenyak nak lelapkan mata pada waktu malam pasti berlaku pada ramai orang. Terutamanya mereka yang stress atau memang payah lena tetapi tidak mudah untuk melelapkan mata.
Resepi Roti Pizza Gardenia Sedap & Mudah Tanpa Oven
Pernah makan roti pizza guna roti sandwich Gardenia Wholemeal? Memang sedap sangat dan simple saja resepi serta cara buat makanan ini. Yang menariknya tanpa oven dan dicampurkan dengan sosej, cheese mozarella, mayonis dan banyak lagi.
Doa Anak Soleh & Solehah Rajin Solat Berjaya Dunia & Akhirat
Setiap ibu bapa di dunia ini pasti menginginkan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah, lelaki dan perempuan malahan bukan setakat anak yang baik mendengar kata, rajin solat dan menghormati orang tua tetapi juga mengharapkan agar anak taat kepada suruhan Allah SWT.
Cara Makan Buah Zuriat Untuk Hamil (Khasiat & Kelebihan)
Buah zuriat amat dikenali di negara Arab dan jadi tumpuan rakyat Malaysia yang menunaikan Haji dan Umrah. Buah yang dikenali sebagai Dom atau Doum di kota suci Mekah ini dicari oleh mereka yang inginkan anak atau kaum ibu yang ingin hamil.
Senarai Ayat Ruqyah Penawar Sihir dan Gangguan Jin (PDF & Mp3)
Ayat Ruqyah sememangnya amat terkenal dengan kebaikan dan kelebihan ayat suci ini yang menjadi penawar sihir, pembakar dan pengusir gangguan jin jika diamalkan dengan membaca atau diperdengarkan bacaannya.
Resepi Gulai Kawah Kelantan Daging Tulang Lembu Ala Kenduri
Apabila tiba musim kenduri atau majlis perkahwinan, antara menu utama adalah masakan daging dan ayam yang dibuat kari atau dipanggil juga gulai kawah yang biasanya akan dimasak dalam kuantiti yang banyak.
Masakan yang paling sedap ini selalunya digandingkan dengan daging atau tulang lembu serta ada juga menggunakan ayam. Walau bagaimanapun, resepi gulai kawah Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka atau style utara pasti mempunyai sedikit perbezaan dari segi bahannya.
Di utara gulai kawah batang pisang amat popular dan rasanya pasti padu terangkat dan sangat sedap dan ia agak berbeza dengan masakan gulai Kelantan. Tapi bolehkah makanan ini kita masak sendiri untuk makan di rumah bersama keluarga?
Resepi Gulai Kawah Kelantan Ala Kenduri
Cikgu Afy telah berkongsi resepi gulai kawah Kelantan yang terbukti sangat menyelerakan seperti yang dipaparkan di Facebook miliknya. Katanya dia ingin memperkenalkan resepi ini kepada semua pengguna media sosial.
Bila masak atau buat sendiri, gulai ini pasti bau semerbak yang sangat wangi membangkitkan selera dalam rumah seperti berada di tempat kenduri kahwin di kawasan kampung. Rupanya cara masak gulai kawah sangat mudah katanya.
Menurut Cikgu Afy, resepi gulai kawah Kelantan yang asal tidak perlu ditumis. Semuanya disediakan di atas 'darat' dan ada beberapa bahan rahsia tambahan yang tidak dimasukkan dalam kari biasa.
Rempah gulai kawah homemade dari Kelantan ini membuatkan rasa gulai yang dimasak tidak seperti rasa rempah kari yang boleh beli di kedai atau di pasar raya. Nak tahu apakah rahsia resepi ini, sila baca seterusnya dan buat sendiri.
1. Anda perlu sangai rempah ketumbar sehingga mengeluarkan bau wangi dan kemudian kisar sehingga menjadi halus.
2. Bahan Kisar Untuk Sekilo Daging
- 4 biji bawang merah (saiz besar dalam gambar)
- 5 hiris nipis serai
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
Gambar bahan di atas tidak menunjukkan kuantiti sebenar yang diperlukan. Setelah semua bahan di atas dikisar, boleh masukkan ke dalam bekas.
3. Bahan Tambahan
- 1/2 sudu besar serbuk rempah ketumbar (yang disangai tadi)
- 1/2 sudu besar kerisik
- 1 relung kecil manisan “nise”
- 1 gelas air asam jawa (secubit asam jawa + segelas air)
- 1 senduk budu
- 8 sudu besar rempah kawah cikgu afy
4. Masukkan semua bahan kisar itu tadi serta bahan-bahan tambahan di atas.
Gambar di atas adalah rupa rempah gulai kawah Kelantan yang digunakan. Walaupun ia seakan warna kari biasa tapi rasanya sangat berbeza. Sila gaul sehinggs sebati dalam bekas seperti ini.
5. Untuk Bahagian Lauk
Untuk bahagian lauk anda boleh mengikut selera anda sendiri sama ada nak guna tulang lembu, daging kambing dan ayam pun boleh. Saya gunakan lauk seperti berikut:
- Perut
- Daging
- Hati
- Paru-paru
- Tulang lembu
6. Lauk dan juga rempah perlu digaul sehingga sebati seperti ditunjukkan dalam gambar. Anda perlu buat seperti ini dahulu.
7. Seterusnya masukkan dalam kuali. Saya menggunakan kuali bagi menggantikan kawah. Pastikan anda tidak membuka api pada masa ini.
8. Kemudian masukkan terlebih dahulu 1/2 cawan santan pekat. Saya guna santan dari perahan kelapa segar dan kacau rata.
Ketika inilah proses yang kita sebutkan gulai 'darat' kerana bahan-bahan disediakan sebelum diletakkan di atas api, faham kan?
Setelah itu, barulah dibuka api yang paling perlahan. Pastikan ia ditutup dengan tudung periuk dan renehkan selama 1 jam untuk gulai pecah minyak dan daging menjadi separa lembut.
*Untuk gulai kawah yag sebenar sepatutnya santan diletakkan habis pada peringkat pertama dan dimasak sehingga daging empuk.
Disebabkan masak dalam kuantiti sedikit, cara ini menjadi untuk dapatkan rupa gulai yang cantik menawan dan menyelerakan.
Baca : Resepi Nasi Minyak Terengganu Ayam Masak Merah
Selepas kuah mula pecah minyak, barulah dimasukkan santan untuk kali yang kedua. Masukkan sebanyak 1/2 lagi santan pekat campur dua cawan air.
Kemudian masukkan bahan perasa peringkat kedua iaitu:
*Kuantiti perasa mengikut citarasa sendiri serta ikut kuantiti kuah yang terhasil. Renehkan lagi selama satu jam untuk daging empuk betul-betul dan santan pecah minyak dan cantik.
Tips Tambahan
Jika gulai kawah daging atau tulang lembu yang anda masak pada waktu malam dan bangun esok pagi, kuah jadi pekat, sila tambahkan air secawan dua mengikut kepekatan atau cair kuah yang anda inginkan.
Apabila air ditambah, anda juga perlu tambahkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa yang sesuai dengan diri anda dan keluarga.
Walau bagaimanapun, apabila masak gulai guna kawah dengan kuantiti yang banyak dengan kuantiti sedikit pasti ada sikit perbezaan. Jadi, anda perlu ikut cara masak gulai kawah dengan betul supaya menjadi.
Selepas kuah mula pecah minyak, barulah dimasukkan santan untuk kali yang kedua. Masukkan sebanyak 1/2 lagi santan pekat campur dua cawan air.
Kemudian masukkan bahan perasa peringkat kedua iaitu:
- 1/2 sudu besar perencah Hilal
- 1 1/4 sudu besar garam
- 1/2 lagi nisan/nise atau gula melaka
- 1 sudu besar gula
*Kuantiti perasa mengikut citarasa sendiri serta ikut kuantiti kuah yang terhasil. Renehkan lagi selama satu jam untuk daging empuk betul-betul dan santan pecah minyak dan cantik.
Tips Tambahan
Jika gulai kawah daging atau tulang lembu yang anda masak pada waktu malam dan bangun esok pagi, kuah jadi pekat, sila tambahkan air secawan dua mengikut kepekatan atau cair kuah yang anda inginkan.
Apabila air ditambah, anda juga perlu tambahkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa yang sesuai dengan diri anda dan keluarga.
Walau bagaimanapun, apabila masak gulai guna kawah dengan kuantiti yang banyak dengan kuantiti sedikit pasti ada sikit perbezaan. Jadi, anda perlu ikut cara masak gulai kawah dengan betul supaya menjadi.
Semoga perkongsian resepi gulai kawah Kelantan yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Al-Habibi ini akan dapat membantu anda dan memudahkan anda untuk menyediakan masakan yang biasanya berasaskan tulang lembu, daging dan ayam ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog
Resepi Kerabu Sotong Ala Thai Mudah & Simple Paling Sedap
Kalau anda mengidam nak makan kerabu sotong campur mangga atau suhun, lebih baik buat sendiri sebab puas hati boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Resepi dan cara nak buat makanan ini sangat simple dan mudah.
Walau bagaimanapun, resepi kerabu sotong mempunyai berbagai versi dan ada yang berpendapat ala Thai yang paling sedap kerana bahan-bahannya pelbagai seperti tanpa atau campur sos ikan, bunga kantan dan banyak lagi.
Jika mengikut selera sendiri, saya lebih suka resepi kerabu sotong Thai ringkas kerana rasanya yang tersendiri iaitu ada masam, masin dan manis, semuanya cukup lengkap dan amat menyelerakan. Di bawah ini adalah gambar resepi ala Thai.
Jika anda jenis yang suka memasak pastinya anda mempunyai kreativiti yang tinggi. Jadi, anda boleh mengolahkan resepi yang akan dikongsikan ini mengikut selera sendiri dengan mencampurkan bahan-bahan lain yang sesuai.
Resepi kerabu sotong Thai yang dikongsikan ini adalah hasil perkongsian daripada Puan Afy Al Habibi. Katanya, kerabu ini boleh dimakan begitu saja iaitu ratah tanpa nasi. Ia lebih sedap dimakan bersama nasi dengan hidangan sup atau tomyam.
Resepi Kerabu Sotong Ala Thai Simple Sedap
Sediakan 3 ekor sotong saiz XL dan hiris bulat seperti dalam gambar di atas. Kemudian celurkan sekejap dengan air panas dan toskan. Kuantiti sotong boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa anda sendiri.
Bahan-Bahan Hiris
- 1 biji mempelam lemak
- 1/6 setiap jenis lada benggala
- 1/3 bunga kantan
- 1/3 carrot
- 3 biji tomato ceri
- 1 batang serai
- 1 batang daun ketumbar
- 1 biji bawang merah
- 1/4 bawang besar
- 4 tangkai cili padi merah dan hijau
Kemudian masukkan bahan-bahan berikut dengan menggunakan mangkuk yang lebih besar dan sesuai dengan semua bahan tersebut.
- 2 sudu besar kicap sotong
- 1 sudu besar sos tiram
- 3/4 sudu besar gula perang castor
- 1/3 sudu besar garam bukit
Selepas itu, perahkan 3 hirisan buah lemon dan ambilkan jus lemon sahaja. Tambahkan juga secubit dua serbuk lada hitam dan cili flakes. Kacau sehingga sebati.
Baca : Resepi Sos Cili Thai Homemade
Masukkan semua bahan-bahan hirisan itu tadi berserta sotong yang telah siap dipotong serta dicelur itu tadi ke dalam mangkuk. Gaulkan kesemuanya sehingga rata.
Baca Juga : Resepi Sambal Belacan Sedap Ala Thailand
Anda pasti tidak sabar nak makan kan? Sebab baunya juga amat menyelerakan selain terasa kecur air liur bila memandangnya berkali-kali. Pasti anda akan meratahnya walau sedikit nanti, kata Puan Afy Al Habibi.
Untuk pengetahuan anda cara dan resepi sotong kerabu yang dibuat oleh pakar masakan terkenal seperti Azie Kitchen, Sheila Rusly, Yatie Kitchen dan Che Nom hampir sama hanya bahan saja mungkin berbeza.
Cubalah buat sendiri di rumah, memang sangat mudah dan yang seronoknya resepi kerabu sotong ini adalah yang paling sedap terangkat. Nak lagi sedap, campurkan suhun dan mangga ala Thai style. Selamat mencuba. - Bukit Besi Blog
Zikir & Doa Pagi Hari Menjemput Rezeki Amalan Rasulullah SAW
Waktu pagi adalah permulaan hari di mana segala pekerjaan dan aktiviti dilakukan. Agama Islam juga memberikan satu perhatian yang khusus berkaitan dengan waktu di pagi hari.
Pasti di antara kita ada yang tertanya bagaimana cara untuk sentiasa memastikan hidup dalam penuh kegembiraan serta dilimpahkan rezeki yang tanpa disangka dan tanpa henti.
Sebenarnya, banyak cara yang boleh kita lakukan iaitu dengan zikir dan doa yang telah diamalkan oleh Rasulullah di pagi hari. Itulah rahsia bagaimana untuk kita hidup dengan penuh keberkatan dan diredhai Allah SWT.
Zikir & Doa Pagi Hari Amalan Rasulullah
Nabi Muhammad SAW juga telah mengajarkan kita tentang doa khusus untuk waktu pagi kepada seluruh umatnya iaitu doa yang dibacakan pada setiap pagi seperti berikut:
Sebenarnya, dengan membaca doa waktu pagi hari seperti yang dilakukan oleh Rasulullah, akan meningkatkan darjat umat Islam itu sendiri di sepanjang hari.
Selain itu ia akan mendatangkan keberkahan pembuka pintu rezeki yang melimpah ruah dan lancar seperti mana yang diidamkan oleh semua orang.
Rasulullah SAW juga turut mengajarkan kita agar sentiasa memanjatkan doa dan dzikir setiap kali selepas selesai menunaikan solat Subuh atau pun di waktu pagi hari seperti berikut:
Niat Waktu Pagi Sebelum Kerja atau Berniaga
Sahaja aku berkerja dan berniaga kerana Allah Taala. jadikanlah lisanku, perbuatanku mengerjakan kebajikan setiap saat dan kurniakan pahala serta rezeki yang melimpah ruah lagi banyak untuk kami. Tutupi aib kami dan selamatkanlah kami dunia dan akhirat.
Hadiahkan surah Al-Fatihah kepada Nabi, sahabat dan keluarga Baginda.
Bacakan juga surah Al-Fatihah untuk ibu bapa, diri sendiri, suami, isteri dan prospek-prospek anda.
- Sedekahkah RM2++ di tabung masjid atau surau pada waktu Subuh
- Selawat dan istighfar setiap saat lebih dari 100 kali
- Baca Asmaul Husna
- Baca Doa Dhuha
Ya Allah jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika haram sucikanlah.
Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kam isegala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Baca Zikir-Zikir di Bawah Sebanyak 100 Kali
1. Ya Mughnu - Maha Memberi Kekayaan
2. Ya Ghaniy - Maha Kaya
3. Ya Fattah - Maha Pembuka Rahmat
4. Ya Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
5. Ya Latiff - Maha Lembut Terhadap HambaNya
6. Ya Rahman - Maha Pemurah
7. Ya Rahim - Maha Penyayang
8. Ya Wahhab - Maha Pemberi
Baca Doa Ini 100 Kali Selepas Selesai Solat Dhuha
Amalkan semua tugas yang telah dikongsikan di atas selama 7 hari berturut-turut tanpa henti. Insya Alla, anda akan dapat melihat kesannya yang Allah berikan kepada kita. Jadikan Allah bisnes partner kita.
Terlalu banyak zikir, doa dan surah Al-Quran yang boleh kita bacakan ketika selepas Subuh atau di waktu pagi. Selain beberapa doa di atas, anda juga boleh membaca ayat Kursi dan sebagainya. - Telegram
Baca : Amalan dan Doa Murah Rezeki Mustajab
Zikir Pagi Amalan Sunnah Rasulullah
Selain yang dikongsikan di atas, berikut kami kongsikan antara zikir berserta doa utama yang sering Rasulullah SAW amalkan ketika waktu pagi selepas Subuh sehingga terbitnya matahari.
1. Membaca Ayat Kursi Satu Kali
Antara kelebihan dan fadhilat bacaan ayat kursi ini adalah:
Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang. (HR Al Hakim 1:562)
2. Baca 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & An Naas)
Ia perlu dibaca sebanyak 3 kali setiap satu dan fadhilatnya seperti dikongsikan di Facebook, antaranya adalah:
Siapa yang mengucapkannya masing-masing tiga kali ketika waktu pagi dan petang, maka segala sesuatu akan dicukupkan untuknya. (HR. Abu Daud no. 5082, Tirmidzi no. 3575)
3. Membaca Sayyidul Istighfar Satu Kali
Kelebihan, kebaikan serta fadhilat membaca Sayidul Istighfar adalah seperti berikut:
Barangsiapa mengucapkan zikir ini di siang hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati pada hari tersebut sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni syurga.
Barangsiapa yang mengucapkannya di malam hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati sebelum pagi, maka ia termasuk penghuni syurga. (HR. Bukhari no. 6306)
4. Membaca Doa Pelindung Diri
Doa pelindung diri ini perlu dibaca sebanyak 3 kali dan antara kelebihannya adalah:
Barangsiapa yang mengucapkan zikir tersebut sebanyak 3 kali di pagi hari dan 3 kali di petang hari, maka tidak akan ada bahaya yang tiba-tiba memudaratkannya.
Doa Pagi Ringkas
Semua bacaan doa pagi hari dan amalan zikir harian yang kami kongsikan di atas sangat baik diamalkan setiap hari setelah selepas Subuh diikuti dengan amalan-amalan sunnah yang lain seperti bersugi dan lain-lain.
Jelas sekali doa pagi harus diamalkan tiap-tiap hari kerana dengan membaca semuanya pasti kita akan lebih bersemangat di pagi hari serta pasti akan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT. Insya Allah. - Bukit Besi Blog
Subscribe to:
Posts (Atom)